16 Sep 2014

Petrol & Diesel Dikenakan GST, Rakyat Terus Tertekan Di bawah UMNO BN...


Sah Harga Minyak Naik Lagi Dengan GST

Laporan akhbar Sin Chew Daily yang turut dipetik oleh laman kereta paultan.org mengesahkan bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas petrol dan diesel.

Mengikut laporan, pengesahan ini dibuat oleh Ishak Daud, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) minggu lalu.

Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak.

Pada kadar GST 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen. Jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 80 liter seminggu bersamaan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini bermakna bil petrol satu isi rumah biasa akan meningkat sebanyak RM50 sebulan.

Pada masa yang sama, kenaikan harga minyak ini juga akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang lain.

Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah dan saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan (kenaikan terus harga minyak dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain) bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.


Saya juga telah menyatakan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan penarikan balik subsidi minyak dengan menghadkannya kepada golongan tertentu dan sebahagian pengguna akan terpaksa membayar harga penuh tanpa subsidi.

Saya dimaklumkan keputusan itu telah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini.

Sudah tentu apabila ini juga dilaksanakan, bebanan akibat kenaikan harga minyak itu adalah lebih tinggi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang menyusul juga lebih tinggi.

Pada ketika pegawai-pegawai Jabatan Kastam dan Eksais telah mula mengesahkan mengenai kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia.

Saya menggesa supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak mengesahkan dengan segera bahawa harga minyak akan naik dengan pelaksanaan GST dan berterus terang dengan rakyat.

Pada masa yang sama, saya seru seluruh rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman-laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan


GST will include petrol, not in zero-rated list – Kastam

The Goods and Services Tax (GST) is set to kick off in April next year, and while there will be a long list of basic necessities exempted from the tax, petrol will not be in it.

This was disclosed by Royal Malaysian Customs Department senior assistant director Ishak Daud at a GST briefing organised by Universiti Tunku Abdul Rahman and Malaysian Institute of Chartered Secretaries and Administrators in KL yesterday.

He told Chinese language newspaper Sin Chew Daily that the government plans to announce the addition of 80 to 85 zero-rated items at or before the 2015 Budget, which is scheduled to be tabled in Parliament in October. Zero rated = no GST.

It was previously reported that the government was considering the possibility of exempting RON 95 petrol and diesel from GST. Both are exempt from the current sales tax, which the 6% GST will replace. This means that if the rate of fuel subsidy remains the same, price of petrol is set to increase come April 2015.

The “mass market” RON 95 petrol, currently priced at RM2.10 per litre at the pumps, is subsidised by the government. RON 97 prices are fixed based on a managed float with the monthly price determined by market forces. Earlier this week, it dropped 10 sen to RM2.75 per litre.
-paultan.org










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isu ini boleh dibawa dalam kempen di DUN Pengkalan Kubor oleh PAS.

Tanpa Nama berkata...

Dengan sistem cukai sedia ada, golongan yg patuh & jujur bayar cukai ialah mereka yg ada payslip bulanan. Golongan lain akan cari jalan utk elak @ meminimunkan byr cukai walaupun pendapatan berlipat ganda. Bagi mengelak perbuatan segelintir golongan pengilang, pemborong, peruncit dan peniaga yang cuba elak dari bayar cukai dengan tidak isytihar sumber, aliran dan jumlah pendapatan mereka, GST dpt kesan income sebenar mereka. Give it a try.

Tanpa Nama berkata...

Tak pa asal kan ubn .cukup masa dpt brim.kha kha..

Tanpa Nama berkata...

sah Hadi buat hal lagi, masih mahu TSKI jadi MB, ada juga orang mahu wakil bebas jadi MB

Tanpa Nama berkata...

Tak mengapaaa... Kita harus menyokong apa sahaja yang Kerajaan mahu lakukan.. Depan belakang, Kiri Kanan. Negara kita jugak, bukan negara orang lain..

(Mampushhh!!!!! )

Tanpa Nama berkata...

Hehehe gst bakal gegarkan poket, sediakan duit sebelum gst.

Tanpa Nama berkata...

Betul la cite ni??

Ahmad Dzul Mohd berkata...

Tentang bahan api inilah kali pertama ianya dinaikkan harga jika ia merupakan salah satu agenda GST PM Najib dan memandangkan rakyat Malaysia perlu berdiri dikala ingin menonton wayang dipawagam kini yang lama telah diterapkan dinegara jiran contoh diThailand maka ianya satu proses untuk menaikkan semangat cintakan negara secara patriotik maka dimasa mendatang generasi ini akan lebih mengenangkan jasa negara kepada mereka bukannya parti politik UMNO dan masa mendatang UMNO perlu hadapi rakyat yang patriotik ini yang akan berani menunjukkan ketidak puasan hati mereka dijalanan seperti yang berlaku di Thailand dan Indonesia iaitu semangat kebangsaan mengatasi segala-galanya dikehidupan harian tidak terjadi diSingapura dan Malaysia hari ini maka tidaklah seindah laungan SATU MALAYSIA PM Najib?