Kenyataan Mustafa isu calon MB belum muktamad'
SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu bukan satu keputusan muktamad.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad sebaliknya berkata penentuan calon sebenar bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin Pas Pusat sebelum diserahkan kepada istana Selangor.
"Kita lihat, apa yang dinyatakan Datuk Mustafa hanya sekadar bayangan saja namun kita mahu dengar keputusan akhir berkenaan siapa calon layak daripada pimpinan Pas Pusat sendiri.
"Namun demikian, pihak saya (Pas Selangor) tidak menghantar nama untuk dicalonkan bagi jawatan itu (menteri besar baharu)...kita serahkan saja pada Pas Pusat untuk menentukan siapa yang layak sebelum nama dihantar (ke istana) Rabu depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ditanya sama ada nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut tersenarai sebagai calon menteri besar baharu yang dicadang Pas Pusat, Iskandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Semalam, Mustafa berkata, Pas akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga Adun daripada PKR untuk menjawat kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Menurutnya, ia berikutan Pas Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon bagi jawatan tersebut. - Bernama
ULASAN GB
Dah pun bersilang seketa sesama sendiri.
Semasa ramai AJK Pas Pusat menyatakan Tuan Presiden membuat kenyataan bahawa TS Khalid Ibrahim perlu kekal sebagai MB itu sebagai kenyataan peribadinya, ada juga yang menyelar kenyataan-kenyataan AJK PAS Pusat tersebut sehingga ada yang mencadangkan supaya Mat Sabu, Hanipa Maidin, Dzulkefly Ahmad dan lain-lain dikenakan tindakan disiplin. Marah sangat bila kata itu kenyataan peribadi presiden.
Sekarang PJ Selangor buat kenyataan yang tidak menyenangi kenyataan Setiausaha Agong PAS Mustaha Ali yang telah tegas menyatakan: MUKTAMAD - Jawatan MB Selangor Milik PKR.
Ia seolah-olah menganggap kenyataan Mustafa Ali sebagai kenyataan peribadi Mustafa, menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas semalam berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu bukan satu keputusan muktamad.
Iskandar berkata penentuan calon sebenar bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin Pas Pusat sebelum diserahkan kepada istana Selangor.
Apakah Iskandar terkilan dengan kenyataan Mustafa Ali itu yang menutup jalan bagi namanya tersenarai sebagai MB? Wallahu 'alam....
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
25 ulasan:
Bila jawatan MB dah nampak di mata, dekat kat mulut, air liur pun mula mengalir, tiba-tiba .... tapi masih mengaku tidak berminat dan serah kepada pusat. Kalau dah serah kepad pusat, awat yang hang dok sanggah kenyataan Setapa tu?
Kuasa = Wang = Nafsu = Tabur Fitnah = Penting Diri = Munafikun ... untuk manusia yang mengejar kemewahan di dunia. PAS ... Zaman Allahyarham TG Fadzil sudah berlalu, TGNA pun dah uzur, ... PAS sekarang???? Masih serupa dengan aspirasi Allahyarham ...
Kalau kita banding PAS dengan LIM GUAN ENG, tindakan siapa lebih Islamik walaupun kita tahu LGE tu bukan Islam orangnya?
PAS ... jangan bawa sifat kemunafikun yang ada pada UMNO ke dalam PAS. Dunia memang INDAH. Nikmat-nikmat yang Allah swt beri kepada kita bukan semata-mata memberi nikmat tapi UJIAN. Kerana nikmat inilah, kita sanggup buat apa saja sehingga ke tahap pengkhianatan.
PAS ... semakin hari semakin nampak ahlinya terutama yang memegang jawatan tu dah menyerupa Islam ADAT. Islam bukan lagi agama anutan tapi adat turun temurun. Allah swt tu dah jadi hak milik Melayu dan bukan hak sejagat. Adat menyatakan Melayu tu Islam dan Islam tu Melayu. Adakah kita nak berkefahaman sebegini? Siapalah Melayu tanpa Islam? Apa pulak Islam tanpa Melayunya? Marilah kita berfikir secara mendalam. Islam tidak membenarkan pengkhianatan.
Tuan,
Kemana Iskandar selama ni. Dia ni Pesuruhjaya PAS Selangor ke si Khairudin yang jadi Pesuruhjaya PAS.
Aik...bila timbul bab kepentingan diri baru nampak gaya pesuruhjaya. Alahai...ada tokoh dan kemampuan ke nak jadi MB Selangor yang baru macam ni?
Tu pasai la ada pepatah melayu - ukur baju badan sendiri. Bukan ukur baju pakai saiz badan orang......hahaha
Kalau begini pas..aku dah 4kali pangkah pas...next time sorri la pas kalau masih tak ubah dan ikut pihak atasan...menyampah jikan kalau masih perangai tak ikut hormat kata pihak atasa dan masih gila mic.....ubah la....
Setuju 100% dgn kenyataan anti fitnah.
Org dah nmpak sifat tamak dan sellfish mereka yg jelas yg nk sgt jwt mb - by hook of by crook.
pepatah akan menyatakan - bila kaduk naik junjung....
bla org x layak diberikan jawatan.. jadilah macamtu...
Cakap bohong bersilang kata....itulah Allah tunjukkan lagi puak-puak ni. Yang terpedam di hati dan isi benak hakiki menjelma lagi.
Rupa-rupanya ramai pemimpin PAS yang gila kuasa dan pangkat.
Yang di bawah diarah wala', yang di atas terbayang-bayang impian kuasa dan pangkat.
Yang tidak sehaluan diarah pecat...yang sekandang disokong angkat.
Kekal bersama PR hanyalah mainan untuk jaga strategi bagi sesetengah pemimpin yang gila kuasa dan ingin membentuk kerjasama dengan BN...
Sekarang telah terbukti, presiden pun sudah tidak dihormati...setiausaha pun tidak dihormati...keputusan mesyuarat sudah menjadi bahan jenaka...lulus kemudian pandai-pandai sanggah pula di luar mesyuarat.
Tahniah kepada PAS kerana sekarang bukan isu MB lagi yang menjadi perhatian...sebaliknya sikap flip flop yang tidak dapat dikawal presidennya...
Bersengketalah wahai pemimpin PAS...ramai yang sudah bertepuk tangan dan ramai juga yang sudah mencebik bibir. Mahu ditegur nanti gerombolan wala' menyerang. Mahu disokong bolehkah diharap negara berkebajikan yang bagaimana jika isu yang sedikit tetapi PAS yang kucar kacir...
Betullah kat Ishkandar tu, dan Mustafa pun betul. Apa nak disibukkan. Bukankah kedua2nya kata perkara tersebut akan di putuskan dalam mesyuarat Pas Pusat. Kalau nak komen atau buat pandangan pun tunggulah selepas Pas Pusat bermesyuarat. Cuma yang peliknya masing2 dalam Pas ni suka nak tunjuk hebat, kata itu kata ini tanpa sedar apa yang mereka kata akan dimunipulasi oleh musuh2 Pas, baik dalam PR mahupun dalam Pas sendiri. Diharap pemimpin2 Pas berhenti memberi pandangan dan pendapat bila ditanya oleh media.
pekong-pekong UG mula terdedah,,,
Sebenarnya yg buat laporan berita sengaja putarbelit kenyataan utk menggambarkan Pas bercelaru. Kemudian disusuli dgn komen macai yg tak tau apa2 cuma baca berita putarbelit aja. Yg benci Pas ambil kesempatan laga2kan PR. Macai PKR pula sama2 kutuk Pas konon teringin kerusi MB. Kenapalah tak mau faham. Yg nak terkencing terberak pertahan kerusi MB utk DSWI tu siapa sebenarnya?Siapa yg pelahap sangat tu, Pas ke?Yg buat Kajang Move dan pecat TSKI tu Pas ke?
Selagi Hadi Awang
Selagi Stopa Ali
Selagi ostad2 lebai UG
Selagi puak2 gganu..
Selagi Ahmad Yaakub n Nik Amar
Selagi adinda lebai Temerloh
Selagi geng2 diatas tuu ada,,
selagi itulah LOBANG..
LOBANG BIAWAK yg gelap
Lobang BIAWAK samar gelap PEKAT
Lobang BIAWAK penoh 'bangkai'
ddlm itu lobang BIAWAK..
ddlm itu lobang BIAWAK
lebai2 bahalol disuruh walaq
lebai2 ostad2 tolol wajib WALAQ!!
Tak perlulah sokong ulama ajak terjun lubang biawak
TGNA bila bercakap istiqamah dan boleh dipercayai, TGHH bercakap bercabang-cabang diikuti UG
GB..rasa-rasanya kalau beginilah sikap PAS terus-menerus.ada ke orang akan menyokong[undi]PAS lagi terutamanya orang atas pagar dan pengundi cina..maaf saya hanya bertanya...? akhirnya siapa yang untung...?
BN yg untung..Pakatan rakyat perlu betul pada namanya..PAKATAN...bukan putaran ok..asik corner,selekoh bagai buat apa...yg buat strategic pulak buat sendiri sendiri je..apa punya pakatan...
Aku rasa semua untung sebab pasti akn ade jln kluar yg lain.kita dijadikan sbgai khalifah..so x kan ada yg biar berlalu bgtu jer.yg oenting penyakit dlman klau x kena ubat yg elok payah dia nak sembuh.bila kena dgn ubatnya tgok dah ramai yg gatal menggelupur.siapa yg untung.kitalah pengundi pasal bley kenal mana intan n kaca.
Anon 1:00
Abih tolong ceritalah benda yang betul kalau tahu? Ramai yang sudi mendengarnya. Kalau tak tahu baik dok dendiam.
jgn mrhkn nyamuk klmbu dbakr dn jgn dgr gurh dlngit air tmpyn dicurhkn. kmelu calun MB msh lgi dln rundgn sulit PR yg x prlu dhebohkn utk mgelakkn keuntgn dri pihk umno. olh itu kita jgn trlalu emosi dlm hal ini. brfikrlh scra bijk dn waras.
Dia tanya dua tiga soalan tu. Jawapan kpd soalannya tu barangkali benda yg betul. Siapa tau tolonglah jawab ramai yg nak tau.
in response to Sebenarnya yg buat laporan berita sengaja putarbelit kenyataan utk menggambarkan Pas bercelaru. Kemudian disusuli dgn komen macai yg tak tau apa2 cuma baca berita putarbelit aja. Yg benci Pas ambil kesempatan laga2kan PR. Macai PKR pula sama2 kutuk Pas konon teringin kerusi MB. Kenapalah tak mau faham. Yg nak terkencing terberak pertahan kerusi MB utk DSWI tu siapa sebenarnya?Siapa yg pelahap sangat tu, Pas ke?Yg buat Kajang Move dan pecat TSKI tu Pas ke?, by Anonymous.
"Kajang Move" adalah benar. Tak nampak ker betapa frustnya Mahathir sampai dia balun Najib apabila rahsianya utk tawan Selangor terbongkar apabila PKR ambil langkah lebh awal tukarkan TSKI?
PAS yg x tahu mengenai strategi politik cuba buat kacau, akhirnya PAS yang terima musibah perpecahan. PKR dan DAP tak da hal pun.
Sekalipun PAS sentiasa berbangga kuat berkerja semasa pilihanraya dengan jentera yg bagus, tetapi tanpa strategi segala-galanya itu tidak bermakna.
Tak dinafikan gerak kerja bawahan pas memang baik dan mantap. Dgn pelbagai sokongan dan bantuan dari segenap ahli termasuk unit amal pas. Tapi jgn lupa, yg nak mengundi tu siapa? Unit amal sendiri ke atau gerak kerja bawahan? Pengundi ada sentimen tersendiri, dgn sikap pas yg mcm Ularmak ni jgn terkejut kalau jadi pembubaran dun silap aribulan 5 kerusi dun pun tak merasa.. fikir2 kan.. jgn takbur jgn bongkak..undi pengundi bkn melayu dan islam byk membantu pas selama ini
in response to "Kajang Move" adalah benar. Tak nampak ker betapa frustnya Mahathir sampai dia balun Najib apabila rahsianya utk tawan Selangor terbongkar apabila PKR ambil langkah lebh awal tukarkan TSKI? PAS yg x tahu mengenai strategi politik cuba buat kacau, akhirnya PAS yang terima musibah perpecahan. PKR dan DAP tak da hal pun. Sekalipun PAS sentiasa berbangga kuat berkerja semasa pilihanraya dengan jentera yg bagus, tetapi tanpa strategi segala-galanya itu tidak bermakna. , by Anonymous.
Pas Selangor dulu masa tak masuk Pakatan Rakyat ada beratus-ratus kerusi dalam stor Pakatan Kenduri Kendara....dalan DUN hampeh..
Amat setuju dengan Anon 1.53pm 29hb.Selagi manusia- manusia tu ada dlm PAS, keadaan tidak akan aman dan maju.
Pas ni politik dah lama tapi masih bebal lagi. Contohilah erdogan di turki bagaimana partinya yg muda dr pas dah berjaya tumbangkan kerajaan sekular paling tegar dibumi islam sebelum ini. Klu ikut kaedahnya islam akan berkembang dan berkembang kemudian kemudian klu jatuh dan terus jatuh dan berkembang dan terus berkembang semula.tapi klu kita lihat pas ni mcm flip flop je. 1999 dah dapat kelantan dan tganu. 2004 jatuh tganu.2008 dah dapat kedah dan kelantan.2013 jatuh kedah. Benda islam yg baik sunahnya akan berkembang dan berkembang tapi tidak pd pas. Ana pun x mahu komen pjg tapi fikirlah ustaz pas bhw perjuangan pas mcm ada yg x kena. Klu pas setia sama pr ana rasa pas boleh kembang.tapi klu buat feel mcm skrg hamPAS le jwbnya.
Kalau bab politik majukan negara semangat setiakawan pas perlu berguru dengan dap dan pkr tapi kalau bab kejar harta pangkat dan tidak jujur pada kawan belajarlah pada umno yaa
Catat Ulasan