21 Ogo 2014

Padah Ikut Teman Lelaki Lalu Berkahwin Di Negara Orang...

KANDUNGAN SMS yang diterima mendakwa Suliza mahu berkahwin dengan Laili.

Rintihan anak dari Sumatera

Melaka: “Ummi tolong adik ummi...adik dah tak tahan duduk sini. Nak makan pun susah sampai kena kerja di sawah setiap hari,” rayu Suliza Kassim, 18, ketika menghubungi ibunya, Azizah Ahmad, 49, petang, kelmarin selepas dua bulan terkandas di Jambi, Sumatera, Indonesia, kerana mengikut kekasihnya pulang ke negara asalnya.

Anak bongsu daripada lima beradik itu kini terkandas di kampung kekasihnya selepas dibawa pulang lelaki terbabit dikenali sebagai Laili Iskandar 30-an yang membawa Suliza masuk secara haram ke negara itu pada Jun lalu.

Azizah kini tidak mengetahui bagaimana nasib anak gadisnya selepas mendakwa Suliza sudah bernikah dengan lelaki terbabit dan kini hamil serta bekerja keras untuk menyara kehidupan hariannya.

Tertekan dengan nasib menimpanya, ibu tunggal yang menghidap tiroid dan penyakit jantung kini dirawat di Hospital Melaka selepas menerima panggilan anaknya merayu membantunya pulang.

Menurut Azizah, dia amat risau mengenangkan nasib anaknya yang memberitahu terpaksa bekerja di bendang terlebih dulu sebelum boleh makan, sedangkan anaknya itu tidak pernah melakukan kerja berat walaupun dibesarkan di Felda. -hm

ULASAN GB

Disiarkan kisah masyarakat ini untuk berehat sementara hal-hal politik yang boleh menyebabkan stress.

Juga supaya menjadi pengajaran terutama kepada gadis-gadis belasan tahun (juga puluhan) supaya tidak terlalu mengikut kehendak nafsu sehingga akhirnya membawa kepada penyesalan diri yang tak diduga.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



7 ulasan:

Man berkata...

Assalam.
Cintaaaaaa..... Keh3....
baru kau tahu...... buat tak nak tanya Mak Bapak dah kena baru nak minta tolong...... betul2 menyusahkan Mak Bapak.....

Dalam Filem P.Ramlee berkata...."kecik2 tak nak mampus sudah besar menyusahkan orang"

Dekat Malaysia ni ramai orang Melayu.... pilih saja yg bertanggungjawab atau tak.... nak pilih bangsa Asing buat apa?

Pada Ibu yg terlibat sabarlah mungkin dugaan daripada Allah...
saya doakan semoga beliau tabah...

Tanpa Nama berkata...

Gb . Anak dara ni kena ilmu pengasih. Ilmu tu batal bila lepas jimak. Waktu tu dah terlambat nak patah balik....

Tanpa Nama berkata...

Kena ilmu angau tu.. siap msg mintak restu. kalu ilmu pengasih,mesti msg jgn cari daku SKRG..

cinta punya psl dah lupa psl susah masa depan..semua org, parent kena tambah bajet utk cucu baru..

Anti Fitnah berkata...

Inilah akibat bila membuat keputusan tanpa merujuk kepada orang tua dulu.
Iktibar bagi anak gadis yang suka berkahwin lari. Lagipun ini bukan kali pertama kes ini berlaku.

bekas army berkata...

Mereka telah diijabkabul... kalau sah pernikahan mereka... tk baik dan berdosa kita memisahkan mereka.. bersabarlah wahai ibu dan ayah yg membesarkannya

Tanpa Nama berkata...

Satu pengajaran kpd gadis-gadis Melayu yg tergila-gila akan Mat Afro,Abang Bangra,Mat Indon dan pendatang yg berkeliaran.

Tanpa Nama berkata...

Sy berkahwin dgn org indonesia, tp suami sy seorang yg sgt rajin bekerja, dia kahwin dgn sy slps berjumpa bapa dn keluarga sy untuk minta izin, kami tak kahwin koboi, atau kahwin lari, sy tak perlu bekerja hanya menjaga anak di rumah, suami bg cukup makan dan pakai, klu dah jodoh itu semua kuasa Allah,jgn di hina, yg salah ialah kahwin lari dan belakangkan keluarga.