21 Ogo 2014

Nakhaei Ahmad Keluar UMNO?


Menurut laman sosial facebook Mohd Nakhaei bin Ahmad, beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau bukan lagi seorang ahli UMNO.

Kenyataan penuhnya berbunyi:

Mengapa saya harus keluar UMNO? Saya menyertai UMNO untuk perjuangan bagi menegakkan agama, memertabatkan bangsa, dan negara. Perjuangan itu sudah tiada lagi di dalam UMNO sekarang. Tidak wajar lagi saya berada di dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan UMNO lagi.

Nakhaie pernah menjadi Naib Presiden PAS dan pernah menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS. Beliau juga pernah mengasaskan pertubuhan ABIM pada 1975.

Ustaz Ahmad Awang, bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia pernah menulis mengenai Nakhaei. Petikan:

Ketika dalam PASlah beliau memenangi kawasan Parlimen Baling, manakala apabila menyertai UMNO, nak jadi calon di kawasan yang sama pun ditolak dan tersepit di antara Datuk Seri Abdullah Badawi (sekarang Tun) dan Dr Mashitah Ibrahim.

Nakhaei menyertai UMNO pada 1989 sebelum pilihan raya umum Malaysia 1990. Selepas itu dilantik menjadi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Ketika Operasi Lalang 1987 beliau dikatakan berada di luar negara dan terlepas dari ditangkap. Beliau pernah tewas dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian Baling, Kedah.

Beliau juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Di persada politik tanahair, nama Nakhaei semakin hilang semenjak beliau menyertai UMNO. Beliau seperti tersisih dan disisihkan di dalam UMNO.

Tulis Ahmad Awang lagi,

Ustaz Nakhaie terus dirundung malang apabila kalah untuk merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Baling dan seterusnya terpaksa melupakan niat untuk menjadi calon Ahli Parlimen Baling walaupun telah turun berkempen sebelum senarai nama-nama calon diumumkan, apabila ternyata kemudiannya Dr Mashitah calon yang dipilih partinya. Lebih mengecewakan lagi perasaan Nakhaie apabila dia hanya mendapat satu pencalonan sahaja untuk bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000. Semenjak itu nama Nakhaie terus dilupakan oleh UMNO tetapi Nakhaie terus menjiwai UMNO untuk perpaduan Melayu, kononnya.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Padan muka. Sesal dulu pendapatan sesal sekarang dah jadi kupang besi!

Putra IJ80 berkata...

Saya ttiba teringat lagu Shidee klu x silap tajuk nya "Sayang semua sudah terlambat"...

x pyh lah ckp bende dari awl awl lagi PAS dah tahu...

Tapi nak gek masuk UMNO..dapat lah jawatan yg bolh makan sja coz x bolh lawan dgn Allahyarham Dato'Dr Hamid Othman org kuat agama UMNO merangkap menteri di Jabatan PM.

Sedih ramai org.PAS yg kecewa dgn sikap nya masa tue hanya Allah saja yg.tahu...

Tapi org PAS biasa lah x mau kata apa apa coz dia mau membersihkan UMNO kata nya...

Bila gas nk abis..ttiba tepuk air di dulang....sendiri dah tau...

Kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, semoga jadi tauladan dan sempadan bagi yang dah terlajak dan masih bersama UMNO tu dan yang nak ber UG sangat tu. Belum terlambat mengundur perahu selagi hayat di kandung badan. Jangan psywar dahlah....cepat-cepat resign dari segala jawatan yang dilantik UMNO tu.

air gunung berkata...

Err errr err.nak jd macai jap.hinsss hinss.
Ni mesti langkah kajang dah bermula.anwar beli nakhaie.juta juta.nanti dpt jawatan kat selangor pasal badrul amin dah senyap.errr ape lg eaa.ahh x taw lah.

Tanpa Nama berkata...

Sian.. itu la bila org ugama pikiaq dunia, dunia lari, ahkirat pun tercicir. PR mesti bersatu menghadapi dugaan yg mendatang ini dan terus beristiqamah dengan pejuangan menegak ugama Allah dan keadilan di bumi malaysia tercinta ini. Bersatu menghadapi ribut rintangan yang membadai sekarang dan sama2 memastikan umno bn dilenyapkan dari muka bumi malaysia.

Tanpa Nama berkata...

PKR candate in next GE?

Tanpa Nama berkata...

nakhaieni elok berehat dah dari politik.

Tanpa Nama berkata...

Sendiri bikin sendiri solve lah

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni nak kuar PAS depa dah x kisah lg dah. Yang penting bg diaorang masa kuarPAS sebab kuar PAS dan masuk Umno ialah Naib Presiden PAS.

sb dehlawi berkata...

ambil pengajaran wahai ulama ug

BaDiN berkata...

masuk tong taik maka beliau terpalik sama.Mau rujuk kepada PAS semula ke bila melihat PAS semakin kuat.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz,

Kembalilah ke pangkuan PAS. Jangan malu.

Tanpa Nama berkata...

Ada yg tk dpt dr najib la tuu..haha

Tanpa Nama berkata...

dalam mana-mana parti pun sokonglah secara ikhlas bukan kerana nak pangkat nak nama nak dapat habuan tolong melayu tolong islam tolong perbetulkan keadaan la ni

Tanpa Nama berkata...

Salah seorang peserta debat olok2 pas-umno semasa era pm mahathir.

anabaling87 berkata...

Tak pa ustad ooi, selagi belum mati maka ustad buleh kona pi mana pun, nak U Turn ka, asalkan sebelum pejam mata sempat berada pada jalan yang betul. Bab orang nak kata, biag pi sebab depa ada mulut, lagu mana pun orang akan kata, itu normal and semulajadi....

Tanpa Nama berkata...

Tuan Haji Mohd Nakhaei Ahmad: 'Perjuangan itu sudah tiada lagi di dalam UMNO sekarang. Tidak wajar lagi saya berada di dalam parti yang sudah korup perjuangannya'.
Silap tu Tuan Haji.. UMNO sudah pon korup semasa Tuan Haji melangkah masuk UMNO lagiiii.

Tanpa Nama berkata...

Masuk Pas Ada harapan join puak UG

Tanpa Nama berkata...

kebenaran tetap menghayun humban kan kebathilan.....hanya masa saja yg menentukan, atas kehendak illahi.

Tanpa Nama berkata...

kebenaran tetap menghayun humban kan kebathilan.....hanya masa saja yg menentukan, atas kehendak illahi.

Tanpa Nama berkata...

Doa seorg ibu itu ckup hebat n berkat......

Tanpa Nama berkata...

akhirnya bau tong taik yg disangka kasturi tak dapat di hidu kerana lantungan baunya..tetapi ada yg teringin sangat nak duduk bersama ulat taik umno mungkin mereka rasa bau tong taik seharum khasturi

Tanpa Nama berkata...

Dibayar duit, ia parti yang kuat.
Tak dapat duit, ia parti yang korup.

ini bukan ustad cap ayam tp ustad cap ketam.

Tanpa Nama berkata...

Umno bagus tetapi org2 yg tidak ikhlas perjuangannya dan mengejar jawatan saja yg kecewa. Pemimpin2 pas pasti kecewa jika mrk masuk no utk kejar jawatan kerana kepimpinan mereka tidak boleh menandingi krpimpinan umno..mrk pasti kalah