11 Ogo 2014

Kit Siang Selar Tawar Khalid Sertai Parti, Ahmad Yaakob Nafi Berbuat Demikian


MB Kelantan nafi tawar Khalid Ibrahim sertai PAS

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob nafi mempelawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR untuk menyertai PAS seperti dilaporkan media semalam, kata Setiausaha Akhbar Mohd Asri Mat Daud.

Asri berkata, sebaliknya Ahmad yang juga pemangku ketua Dewan Ulama PAS apabila ditanya mengenai masa depan Khalid mengatakan itu merupakan hak menteri besar Selangor penggal kedua itu.

“Pemangku ketua DUPP hanya menyatakan ‘itu kita tidak boleh nak komen, itu hak dia’ apabila ditanya tentang masa depan politik Khalid selepas ini,” kata setiausaha akhbar kepada menteri besar Kelantan itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Laporan berita yang berkait dengan menteri besar Kelantan merangkap pemangku ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) di bawah tajuk 'PAS Pelawa Abdul Khalid Keahlian PAS' sebagaimana yang dilaporkan oleh portal online Mstar adalah tidak tepat sama sekali,” katanya.

Semalam portal berbahasa Melayu milik The Star itu melaporkan Ahmad mempelawa Khalid untuk menyertai PAS.

Menurut Mstar, menteri besar Kelantan itu memberitahu, pintu keahlian PAS sentiasa terbuka untuk khalid yang dipecat daripada PKR pada Sabtu kerana masalah disiplin.

"Terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana dipecat PKR.

"Tetapi, kita perlu menunggu pertemuan beliau dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan melihat nasihat yang akan diberikan untuk tindakan selanjutnya," katanya seperti dilaporkan Mstar di Kota Baru.

Asri berkata, Ahmad mengatakan Dewan Ulama PAS Pusat tidak pernah membincangkan tentang urusan pemecatan Khalid sebagaimana yang tersiar dalam Buletin Utama TV3 pada jam 8 malam semalam.

“Apa yang dinyatakan ialah perbincangan tentang hal tersebut akan dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama sudah membincangkan hal ini, mungkin mereka yang melaporkan berita tersebut keliru antara Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama,” katanya. -TMI

Tindakan tidak bermaruah tawar Khalid sertai parti, kata Kit Siang


Katanya, tindakan mengambil kesempatan atas krisis tersebut dengan menawarkan Khalid yang dipecat PKR menyertai parti lain dalam PR, tidak berpendirian dan tidak bermaruah.

"Ia sangat menjengkel dan menjijikkan untuk sesiapa yang mengambil kesempatan dalam krisis menteri besar dengan melayan cadangan Khalid masuk PAS atau DAP supaya PAS atau DAP boleh mendapat jawatan tersebut, sekiranya Khalid terus menjadi menteri besar," kata Lim.

Ahli parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan tersebut tidak berprinsip dan menghormati konsep kesepakatan dalam PR.

"Tiada parti politik atau pemimpin politik yang dihormati akan menimbang cadangan hina itu," katanya.

Lim sebaliknya mahu pemimpin PR menumpukan kepada usaha untuk memulih dan menyakinkan semula rakyat susulan krisis yang berlaku di Selangor.

"Cabaran yang paling besar dihadapi PAS, PKR dan DAP adalah untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada Pakatan," katanya.

Lim bagaimanapun sedikit lega apabila ketiga-tiga rakan dalam PR menyatakan komitmen untuk kekal dalam gabungan tersebut walaupun selepas Khalid dipecat.

"Saya bersyukur ketiga-tiga parti komponen PR menyatakan komitmen kekal bersama walaupun selepas pemecatan Khalid daripada PKR semalam," katanya.

Menurut Lim, krisis di Selangor yang dihadapi ketika ini adalah terburuk dihadapi Pakatan.

"Sama ada Pakatan boleh terselamat dan selesaikan krisis menteri besar dengan cepat bergantung kepada integriti politik dan saling hormat-menghormati dalam Pakatan," katanya.

PKR terpaksa mengambil langkah memecat Khalid selepas usaha mereka mendesak menteri besar dua penggal itu berundur gagal.

DAP sudah menyatakan sokongan kepada PKR untuk menggantikan Khalid dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagaimanapun PAS belum ada keputusan rasmi.

Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mempelawa Khalid masuk PAS selepas dipecat dilihat sebagai petanda tidak baik.

Bagaimanapun, kepimpinan PAS pusat berbeza pandangan dengan kepimpinan ulamanya yang seolah-olah tidak bersetuju dengan pemecatan Khalid.

Khalid juga bertegas masih menteri besar Selangor yang sah dan menunggu keputusan daripada Sultan Selangor yang bakal diputuskan dalam mesyuarat esok.


ULASAN GB

Bercempera.

Yang mana satu betul? Kenyataan Ahmad Yaakob semalam menyatakan "PAS pelawa Abdul Khalid Keahlian Parti", namun setiausaha akhbarnya menafikan Ahmad Yaakob pernah menyatakan demikian.

Persefahaman selama ini sesuatu pihak dalam PR tidak akan mengambil ahli yang dipecat daripada parti lain dalam pakatan itu. Sudah jelas.

Akhbar MSTAR nampaknya keterlaluan memmmesongkan fakta untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan kita berharap pemimpin dan ahli parti di dalam PR tidak termakan dengan berita-berita palsu dari media mesra-BN.

TGNA sendiri pernah menyelar orang yang melompat parti.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah kena hentam kiri-kanan,tak mengaku pulak.Dasar ulamak mulut celupar.Pantang jumpa mikrofon nak bercakap aje,salah betul belakang kira.Inilah taraf MB PAS.

Istiqomah berkata...

Mana2 pimpinan jangan bercakap pasal Khalid/MB. Apa2 pengumuman hendaklah datang dari Setiausaha. Kalau tidak isu menjadi bertambah kalut.

Musuh mengambil peluang sekarang . Nasi dah jadi bubur. Tapi bubur boleh lagi dimakan. Jadi bertenang.

Isu ini telah menjadi pengajaran pada PKR/DAP/PAS supaya lebih telus dalam membuat satu pengurusan dan tindakan supaya tidak mendatang kerugian besar.

Tanpa Nama berkata...

Itu TGNA cakap tahun 2008.Sekarang sudah berubah dan dia pun tidak lagi jadi MB Kelantan.Pendirian ulamak PAS dulu berbeda dengan yg ada sekarang.Sekarang depa dah pakai Vellfire.

Tanpa Nama berkata...

Kawasan aku pkr. Lepas ni aku sekrga tak undi .pkr ni.

Tanpa Nama berkata...

klau pas ada telor dan maruah aku cabar sokong bubar dun selangor supaya pas tahu berape kerusi dia akan tinggal..sjk menang kat selangor 15 kerusi puak ug cukup2 perasan yg mereka terlalu bagus hingga menafikan pengundi2 bkn melayu, pas patut sedar diri bahawa kemenangan di selangor bkn menunjukkan pas kuat, kalau pas kuat kenape n. terengganu yg mempunyai 96% pengundi melayu masih tak menang.kpd din ayam and the gang pergi balik terengganu kasi hura harakan umno bukan menghuru harakan pakatan rakyat sekiranya rasa pakatan dah tak relevan baik kluar jgn tikam rakan dr belakang itu bkn sifat org islam itu sifat org munafik, menghuru harakan parti rakan itu kerja setan.

zamani berkata...

kalau undur diri dari parti saya rasa parti lain boleh buat tawaran tapi kalau di pecat sesiapa yang membuat tawaran adalah parti bangkai yang tak lebih dari kelakuan setan.

mohamad berkata...

Istilah melompat parti seperti didakwa olih TGNA tidak bolih dipakai dalam kes TSKI. TSKI bukan lagi ahli PKR dan dia tidak menjadi ahli mana mana parti. TSKI boleh untuk menyertai UMNO, PAS, DAP, PSM atau mana mana parti disabah atau serawak asalkan dia bolih mendokong dasar parti. kesalahan mungkin dari segi adab tidak pula melanggar perlembagaan parti melainkan diyakini kemasukan dalam sebuah parti tersebut dengan niat untuk merosakkan parti atau boleh membawa kesan buruk terhadap parti. Politik malaysia menjadi amat lucu dan pelik bila mencampur aduk kan antara konflik politik dan konflik personal. Kadang kadang pemimpin politik bolih duduk makan minum semeja tapi ahli ahli yang terlalu emosional seolah olah bila berbeza politik tak boleh bertegur sapa, sekat segala kemudahan dan keistimewaan hatta kalau bolih tak mau lihat lagi orang tersebut wujud atas muka bumi. Kalau lah ramai spesis macam ini, politik mereka sama lah politik zaman kesultanan melaka. Sikap orang melayu berpolitik. Bila tak suka akan menafikan semua perkara, tak kira orang itu bijak, cekap, pandai, hebat diperingkat antarabangsa, bijak dalam bidang ugama, ulama atau apa juga kelebihan sudah tidak penting. Yang penting tidak lagi menjadi penghalang kepada matlamat nafsu serakahnya. Berapa ramai cerdik pandai melayu dibenamkan olih pemain politik jahat sebegini. Tak bolih dibunuh secara politik dibunuh karektor dengan macam macam fitnah rekaan.

PKR selamanya berkata...

walau apa pun yg cuba dikatakan oleh pucuk pimpinan PAS waima TGNA sekalipun, kami rakyat bawahan takkan tertipu lagi.
Pengkhianatan PAS terhadap perjuangan PR untuk menghancurkan UMNO dan menyatukan semua agama dan bangsa di Malaysia sebagai satu entiti dan tiada perbezaan sudahpun membuka pacaindera kami.
Kami yakin, PAS ada mempelawa TSKI menyertai PAS demi kuasa dan politik PAS semata2.
PAS dipersilakan keluar dr PR jika masih bermaruah.

Tanpa Nama berkata...

Khalid dipecat bkn melompat der

BaDiN berkata...

Masalah PR mendahului zaman ada baiknya sebelum Malaysia kita perintah.segala onak dan duri mesti dipancung terlebih awal agar Kesepaduan PR bertambah kukuh dikemudian hari.Isu Mb Selangor adalah simbol masalah dikemudian hari setelah malaysia berjaya ditawan PR(mungkin masa tu tiada lagi PR tapi ada nama baru pula),Masalah PR harus diatasi segera jagan hannya Kekuatan perpaduan PR hanya disandarkan kpd Anwar shj.DAP harus berubah sikap jgn hanya bergantung kekuatan PR kpd ketua Umum PKR,terimalah kenyataan bahawa PAS mampu menggantikan Anwar sebagai Pemimpin utk semua.Seandainya Konspirasi Umno berjaya melokapkan Anwar apakah masa depan PR berkubur.Sediakan Payung Sebelum Hujan supaya keadaan tidak menjadi masalah.PAS mampu menggalas tugas tersebut sekiranya PKR,DAP setuju utk berubah.Anwarisme tiba masanya akan pergi.Dimasa inilah pengganti Ketua PR harus ditampilkan,siapa lagi jika tidak PAS.Kenapa DAP masih mencurugai PAS dalam diam,Kenapa DAP masih belum mahu menerima Pimpinan PAS sebagai Ketua PR altenatif kpd hanya PKR.Di Selangor ada jawabannya sebagai jalan penyelesaian setelah Malaysia kita tawan.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH Ulama Muda UMNO kerana berjaya mempengaruhi ulama Pas dalam tindakan mereka

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan anonymous 9.57 pg
memang macam tu tingkah laku pemimpin pas dari kalangan UG. Cakap tanpa berfikir kononnya mereka faqeh dalam semua aspek.

Putra IJ80 berkata...

Maaf sya katakan...Kelantan akan jatuh ke tangan BN utk PRU14 ini kerana orang orang nya sudah meresap dlm jmeah PAS malah ada di kalangan nya memeggang kuasa executive sebab itu Husam Musa x der dlm exco setelah ketiadaan TGNA dlm Kerajaan Negeri...

Kita lihat dan Tunggu...in sya Allah

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kita tak perlu kata apa-apa. Yang keluar kt akhbar atau mana2 media selama ini antah betul atau tidak kita tak tahu. Elok kita muhasabah diri. PAS ke, PKR ke, UMNO ke, DAP ke...... semuanya parti politik. Duk bertelagah sama sendiri, apa kita dapat. Elok kita boikot jer puak2 nih. Kita minta kat DS Najib agar bermurah hati bagi kita BRIM skali lagi ke..... bagi bonus 2 bulan gaji ker..... itu rasanya lebih berfaedah. Jom.... boikot cerota ceriti camni

Tanpa Nama berkata...

Memang ko puak bn pun.haha.bodo


in response to Kawasan aku pkr. Lepas ni aku sekrga tak undi .pkr ni., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Dulu masa krisis di kedah chek habaq dah kat blog pak tt...

hangpa jangan kait mb bagi jatuh nanti semua orang jatuh tersungkoq...

hangpa usik sikit-sikit cukup la...

masa tu hangpa degil tak mau dengaq cakap chek...

cengeh tak memasal...

tengok-tengok pru13 mai dengan abang mat sekali tersungkoq...

la ni hangpa buat lagi perangai tak semenggah begini...

kesian aku tengok kelaku hangpa...

:-(

Tanpa Nama berkata...

Secara am, kata tuan benar. Tapi perlu pikir case by case.

in response to Istilah melompat parti seperti didakwa olih TGNA tidak bolih dipakai dalam kes TSKI. TSKI bukan lagi ahli PKR dan dia tidak menjadi ahli mana mana parti. TSKI boleh untuk menyertai UMNO, PAS, DAP, PSM atau mana mana parti disabah atau serawak asalkan dia bolih mendokong dasar parti. kesalahan mungkin dari segi adab tidak pula melanggar perlembagaan parti melainkan diyakini kemasukan dalam sebuah parti tersebut dengan niat untuk merosakkan parti atau boleh membawa kesan buruk terhadap parti. Politik malaysia menjadi amat lucu dan pelik bila mencampur aduk kan antara konflik politik dan konflik personal. Kadang kadang pemimpin politik bolih duduk makan minum semeja tapi ahli ahli yang terlalu emosional seolah olah bila berbeza politik tak boleh bertegur sapa, sekat segala kemudahan dan keistimewaan hatta kalau bolih tak mau lihat lagi orang tersebut wujud atas muka bumi. Kalau lah ramai spesis macam ini, politik mereka sama lah politik zaman kesultanan melaka. Sikap orang melayu , by mohamad.

Tanpa Nama berkata...

Dulu - dulu...
berdusta = UMNO,
sekarang
berdusta = geng UG PAS

Tanpa Nama berkata...

MB kelantan sekarang bukan TGNA yang disukai umat islam dan bukan islam, umat islam pun meluat dengan MB sekarang

Tanpa Nama berkata...

Yahudi APCO berjaya memperbodohkan ulamak Pas...buat banyak yang sunat tak buat wajib tak apa....

Tanpa Nama berkata...

Fahami dulu apa kata MB kelantan.tidak dipelawa cuma menyatakan pintu sentiasa terbuka.itu sahaja.tak mungkin hang pun bengong mcm lim kit siang.lim kit siang tak faham bahasa ok ler sebab dia cina.memang tak beberapa faham.masalah nya hang pun tak faham struktur ayat.cuba duduk diam diam dan cuba fahami apa yg ditulis mstar tu.palat ler jika melayu sendiri terlalu bodoh utk memahami maksud ayat.palat bebenor.terserlah kebodohan sendiri.biar ler lim kit siang aje yg bodoh.pelaq.pelaq.

Tanpa Nama berkata...

Anon 4.46pm(11Ogos) - Jangan kutuk sangat MB Kelantan sekarang,Ahmad Yaakub,sebab dia sekadar boneka UG.Yang sebenarnya berkuasa diKelantan sekarang ialah Nik Amar,menantu TGNA ,Tim.MB Kelantan,disokong kuat oleh Nik Abduh anak TGNA.

hashim jusoh berkata...

Komen paling bodoh yg pernah aku baca.

in response to walau apa pun yg cuba dikatakan oleh pucuk pimpinan PAS waima TGNA sekalipun, kami rakyat bawahan takkan tertipu lagi. Pengkhianatan PAS terhadap perjuangan PR untuk menghancurkan UMNO dan menyatukan semua agama dan bangsa di Malaysia sebagai satu entiti dan tiada perbezaan sudahpun membuka pacaindera kami. Kami yakin, PAS ada mempelawa TSKI menyertai PAS demi kuasa dan politik PAS semata2. PAS dipersilakan keluar dr PR jika masih bermaruah., by PKR selamanya.

Tanpa Nama berkata...

Hashim jusoh

kau akan baca komen dari aku yang kau rasa paling bodoh. Pada aku lebih baik bodoh dari terus diperbodoh bodoh....

Tiada lagi Pakatan Rakyat.
cukup
Baik UMNO yang jelas salah
Dari Pas dan PKR yang berlakon tak sudah

Kalau tak nampak se
pakatan antara pakatan
kes kota damansara masih tak cukup jelas ke

HIDUP UMNO
HIDUP MELAYU
Aku rasa nak bertepuk tangan tengok kebangangan Pakatan Rakyat


Terbakar ke?

kihkihkihkihkihkihkih....... biar Pakayan Rakyat yang goyang, hang steady sorang-sorang kat kerusi mb.