Kereta guru yang bermasalah, bukan dibakar pelajar
BANTING - Kebakaran kereta milik seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima Garang di sini hari ini adalah disebabkan litar pintas, bukan dibakar oleh pelajar seperti dilaporkan di laman sosial.
Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu di kereta berkenaan, sebuah Proton Waja.
"Pasukan bomba Banting bergegas ke lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat dan api dapat dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian. Hampir keseluruhan kereta itu terbakar," katanya.
Pelajar dikatakan panik apabila menyangka guru pemilik kereta berkenaan rentung dalam kejadian itu.
Pelajar, Sofiatul Hidayah Azman Naim, 18, ketika ditemui berkata kereta milik gurunya yang diletakkan di perkarangan sekolah itu terbakar secara tiba-tiba dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi tadi.
"Seluruh pelajar kelas kami nampak kebakaran itu dan pada mulanya kami sangka cikgu kami berada dalam kereta itu sebelum sekumpulan pelajar lelaki bertindak memadamkan api menggunakan hos air berhampiran.
"Bagaimanapun, kami lega apabila dapat tahu cikgu tidak berada dalam kereta," katanya. - Bernama
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI
2 ulasan:
Banyak kali dah keta waja terbakar disebabkan wiring. Di tempat aku ni pernah berlaku sekali juga kpd seorang guru wanita semasa sedang menghantar anak ke sekolah di waktu pagi
Jangan menuduh pelajar yg membakarnya kalau tiada bukti aah
Catat Ulasan