20 Ogo 2014

[VIDEO] Mahasiswi Diaibkan Oleh Rakan Lelaki Di Facebook

Wan Nur Shaqyra (tengah) bersama kedua ibu bapa menunjukkan laporan polis dan gambar yang mengaibkan tersebut Wan Nur Shaqyra (tengah) bersama kedua ibu bapa menunjukkan laporan polis dan gambar yang mengaibkan tersebut.

Kuantan - Seorang mahasiswi bukan sahaja berdepan dengan situasi memalukan dan menyedihkan tetapi terkilan apabila diaibkan seorang rakan lelaki di laman sosial Facebook, tiga hari lalu.

Wan Nur Shaqyra Husna Wan Azlan, 21, menerima kiriman gambar daripada aplikasi ‘WhatsApp’ daripada rakan baiknya kelmarin yang menunjukkan gambar mereka diapit dengan gambar binatang iaitu anjing dan khinzir.

Menurutnya, sebaik menerima gambar itu, dia terkejut dan sedih selain rasa diaibkan.

“Saya dan rakan tidak tahu apa motif lelaki terbabit menyunting gambar kami dan meletakkan gambar binatang di antara kami.

“Saya hanya mengenali lelaki itu kerana dia berkawan rapat dengan seorang lagi rakan serumah saya ketika belajar di sebuah institusi pengajian awam di Ipoh,” katanya ketika ditemui di sini.

Wan Nur Shaqyra yang juga anak bongsu kepada Yang Dipertua Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Seluruh Pahang (Bakkiss) Wan Azlan Wan Salleh itu berkata, dia yang sudah tamat pengajian empat bulan lalu bingung dengan situasi tersebut.

Katanya, gambar mereka turut dimuatkan di laman sosial atas nama ‘Jet Pejuang’.

“Selepas melihat gambar itu, saya dan bapa menghubungi lelaki itu supaya meminta maaf dan padam gambar tersebut.

“Dia akur dan meminta maaf namun hanya dibuat secara sambil lewa selain turut membuat kenyataan berbaur ugutan,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Nur Syaqyra membuat laporan polis di Balai Polis Beserah untuk membersihkan namanya dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Sementara ibu Wan Nur Syaqyra, Nora Muda, 46, turut melahirkan rasa sedih di atas insiden yang menimpa anak bongsunya.

“Perkara itu tidak wajar berlaku dan ia memalukan kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam.

“Saya cukup berharap pihak bertanggungjawab mengambil perhatian serius terhadap perkara ini dan si pelaku patut diadili,” katanya. -SH










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



2 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Biar Polis siasat ..

Kita nk tahu kedua dua cerita ...

Apa pun mengaibkan mengugut org.bukan saja salah dari segi undang2(Penal code) malah Alquraan jelas melarang (Al Nisa 149)

Tabah lah menghadapi Ujian...mungkin ada hikmah yg tersembunyi yg x terjangkau d fikiran.

In sya Allah.

Tanpa Nama berkata...

Lelaki ini berotak buruk