3 Jul 2014

[VIDEO] Parlimen NZ Bahas Isu Serangan Seksual, Di Malaysia?


Parlimen NZ bahas isu 'serangan seksual'

Isu seorang diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual di New Zealand mendapat perhatian Parlimen negara kiwi itu.

Ia bermula apabila jurucakap hal ehwal luar negara Parti Buruh David Shearer mahukan sebuah perbahasan segera dibuat berhubung isu itu.

Shearer, seperti dilaporkan TVNZ, mempersoalkan cara menteri luar negara itu Murray McCully mengendalikan isu itu dengan mendakwa mangsa tidak diberikan keadilan selepas tertuduh pulang ke Malaysia.

McCully mengakui bahawa terhadap beberapa kelemahan dalam pengendaliannya.

“Ia sesuatu yang tidak dinafikan oleh anggota daripada bahagian ini di dalam dewan,” McCully dilaporkan sebagai berkata.

Pegawai tentera yang ditugaskan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington pada Mei dituduh memecah rumah dan menyerang dengan niat merogol seorang gadis 21 tahun di rumahnya di ibu negara itu.

Bagaimanapun, ia kemudian didedahkan bahawa tertuduh telah pulang ke Malaysia melalui perbincangan tidak rasmi antara dua kerajaan dan dia kini disiasat oleh pasukan tentera negara ini.

Kementerian luar New Zealand baru sahaja meminta maaf kepada kerajaannya berhubung pengendaliannya terhadap kes melibatkan kekebalan diplomatik. ~mk


ULASAN GB

Berbeza sungguh senarionya dengan Parlimen Malaysia.

Di sini, semua tak boleh bincang. Speaker yang bernama Pandikar Amin itu akan berikan pelbagai alasan apabila ada usul-usul menyentuh kepentingan negara dibawa oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk dibahaskan.

Kes penting seperti kehilangan MH370 pun tidak boleh lansung dibincangkan. Apabila speaker dikritik, maka wakil rakyat itu akan dihalau keluar dari Dewan Rakyat malah ada yang sampai digantung beberapa bulan.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa boleh buat dah di dalam dewan rakyat kebanyakkan calon UMNO dari kalangan orang bodoh dan dapat kelulusan cara backdoor. Mana mungkin diaorang dapat jawap soalan dari Pakatan Rakyat yang rata - ratanya orang bijak dan dapat kelulusan dengan cara yang sah.

Tanpa Nama berkata...

Di Parliamen Malaysia pula MP2 umno akan berbahas apa pangkat yang patut dan layak diberikan kepada tertuduh.Mungkin nanti ada yang mencadangkan beliau dilantik sebagai ketua bahagian kerana keberaniannya memecah masuk rumah orang di negara luar.

jilaltahrir berkata...

bukan dlm parlimen msia je tuan2..d jbtan2 kjaan juga begitu...bos besa xbole d tegur...bagi pndapt pun tiada berguna...melayu terus ego..sikap asobiyah terus d terap ke dlm roh bos2 kjaan nie..

Amuraria berkata...

apa speaker spesis kangkung tah kongkang pun sama boleh buat di mesia ? ampu & kelentong bole la ! ABU ! !

Tanpa Nama berkata...

Di Malaysia semua perkara tak boleh dibincang di Parlimen kecuali bab Sex dan Lebian.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa kerajaan takkan ambil tindakan terhadap pegawai tentera ini demi kepentingan aset tetap dalam peti undi-peti undi awal dan pos tiap kali ada pilihan raya.

Anti Fitnah berkata...

Parlimen ... Sarkis.
Watak utama ... Pendikar Amin.

Apa yang boleh dibincang di Parlimen Malaysia hanya hal-hal yang rutin sahaja. Budak Tahun 6 pun boleh bincang. Hal-hala seperti kebajikan rakyat, kehilangan MH370, ... tidak boleh dibincang kerana takut pembangkang mengeluarkan semua fakta yang tidak terjawab oleh najib and the geng.

Ingat kata-kata Allahyarham P. Ramlee, alif min nun tendang wau, ... sarkis.

Yang MP BN hanya tahu memainkan isu-isu perkauman sahaja. HARAMJADAH, HARAMJADAH, HARAMJADAH sungguh.