12 Jul 2014

Polis Buru Cybertrooper UMNO Bernama Padi Jantn Kerana Ugut MB Kedah


Facebook Mukhriz Mahathir Fan Club telah menyatakan bahawa empat laporan polis telah dibuat keatas keatas nama 'Padi jantn' atau Mohamad Taufik B. Ali di balai polis sekitar negeri Kedah.

Laporan polis dibuat atas ugutan tembak dan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah dan Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah.

Pihak polis memandang serius perkara ini dan telah membuat serbuan dirumahnya pada pukul 10 malam tadi. Tetapi suspek tiada dirumah dan dipercayai telah melarikan diri.

Bila melarikan diri, kes ini akan lebih teruk. Nasihat kami pada si Padi jantn, serah diri dan selesaikan kes ni, sebelum ianya menjadi besar dan berat,
menurut Facebook berkenaan.

Padi Jantn dikenali sebagai salah seorang cybertrooper UMNO.

Antara komen melampau dikesan dilakukan Padi Jantn pada gambar Mukhriz dan Syed Unan ialah 'jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampus dua makhluk ini dulu sebelum tembak Sonny Ho si kafir harbi'.

Satu lagi komen Padi Jantn yang berunsur ugutan berbunyi 'dengan puak ini bukan boleh cakap dengan Facebook bro! Kena cakap dengan peluru. Sama la juga dengan Zionis dan Yahudi dalam UMNO ni, kena cakap dengan peluru or anak panah ja'.

Akhbar UMNO, Utusan Online melaporkan, Polis digesa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun laman sosial Facebook, Padi Jantn yang mengugut untuk menembak Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, satu laporan polis telah dibuat atas faktor keselamatan Menteri Besar dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.

"Saya menyedari mengenai komen tersebut apabila selesai menunaikan solat Jumaat hari ini dan saya minta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang menyayangi Menteri Besar agar melaporkan kepada polis.

"Kita menggesa agar siasatan segera diambil oleh pihak polis bagi menahan individu yang menggunakan nama Padi Jantn ini bagi memberi pengajaran kepada orang ramai supaya lebih menjaga adab ketika menggunakan laman sosial," katanya.

Menurut Mohd. Rawi, beliau terkilan kerana banyak individu yang bersikap tidak matang dan melampau semasa menggunakan laman sosial sehingga sanggup membuat kenyataan menembak pemimpin negeri seperti Mukhriz.

"Pihak polis tidak wajar membiarkan individu seperti Padi Jantn ini tanpa dikenakan hukuman yang sewajarnya.

"Di dalam fikirannya telah wujud sesuatu yang bersifat jenayah dan tidak mustahil ancaman seperti ini akan terus dilakukan jika dia tidak ditahan," jelasnya.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




3 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Inilah spesis yang memalukan Islam, Melayu dan yang sewaktu dengannya. Dahlah tak mampu menonjolkan kebaikan tetapi asyik menonjolkan keburukan yang membawa imej buruk kepada orang Islam terutama orang Melayu. Manusia yang berMentaliti rendah sahaja selalu mengutamakan kekerasan dan keganasan dalam menyelesaikan masalah.
Hidup Melayu. Hidup Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

blogger yg ugut nak bunuh TGNA dah tangkap ke belum?

Unknown berkata...

GERENTI X JUMPA BUKAN SBB PADI JANTANGGG PEGI PALESTIN TP DIA BLOGER UMBONGOK