12 Jul 2014

Pemimpin UMNO Terlibat Promosikan Skim MLM Zhang Jian?


Jutawan' Cina Kini Di Taiwan

PETALING JAYA: Zhang Jian, yang mengisytiharkan dirinya sebagai jutawan Cina yang didakwa mengendalikan syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) haram di sini telah meninggalkan negara ini dan dikenalpasti berada di Taiwan.

Pihak berkuasa mempercayai bahawa dia sebenarnya berselindung menggunakan nama palsu bagi menjalankan perniagaan di Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias ​​Ahmad berkata, siasatan ke atas Zhang mendedahkan beliau enggan memberikan nama sebenarnya.

"Siasatan menunjukkan dia telah meninggalkan negara ini untuk ke Taiwan namun kami percaya dia akan kembali tidak lama lagi.

"Apabila dia kembali, kami bersedia untuk mengambil tindakan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Alias ​​berkata pegawai penguatkuasa kementerian akan memperhebatkan serbuan di premis di mana skim pemasaran pelbagai peringkat beroperasi, dengan empat premis - di Puchong, Petaling Jaya, Skudai (Johor) dan Pulau Pinang - sudah disita dan barang-barangnya dirampas," katanya.

Kementerian itu mengisytiharkan skim pemasaran pelbagai peringkat yang dipelopori Zhang sebagai haram kerana syarikat itu tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia tidak mempunyai lesen daripada kementerian untuk menjalankan pernigaan MLM.

Model perniagaan Zhang telah menimbulkan kening. Menurut iklan dalam talian syarikat, orang ramai boleh mendapatkan wang besar tanpa perlu bekerja.

Alias berkata, syarikat pelbagai peringkat (MLM) yang melibatkan Zhang Jian itu adalah haram kerana tidak berdaftar bagi menjalankan operasi di negara ini, antaranya di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Skim itu dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan.

Menurut Alias, berdasarkan siasatan awal, syarikat itu menawarkan pembelian pakej terpilih yang dijanjikan mampu menjana pulangan tinggi tanpa perlu menjual apa-apa produk atau perkhidmatan.

Tambahnya, peserta skim ini juga digalakkan untuk mencari peserta bawahan bagi meningkatkan pulangan pendapatan.

Adalah dipercayai syarikat itu berjaya mengumpul pelaburan kira-kira RM300 juta sejak ia mula perniagaannya di Malaysia dikatakan kadang-kadang lewat tahun lepas.'Jutawan' Cina Kini Di Taiwan. -mstar

ULASAN GB

Yang peliknya bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO boleh terlibat sama, siap bergambar dengan Zhang Jian dan gambar-gambar itu digunakan oleh Zhang Jian memperdaya sekalian rakyat di utara kononnya skim tersebut disokong oleh pemimpin-pemimpin berkenaan?

Siapa yang mengaturkan pertemuan dan sesi bergambar Zhang Jian dan menteri-menteri berkenaan?

Betapa mudah pemimpim-pemimpin UMNO diperdaya untuk memperdaya rakyat pula!







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




7 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Lanun sahaja yang suka kepada Lanun.

Tanpa Nama berkata...

Money will win everyone heart apa nak buat NAAMANU semua hantu duit mcm Amerika sesiapa ketua negara ketiga nak jmpa President pasti melalui pelobi ... bila guna pelobi wang adalah prinsipnya...kah...kah...kah

Tanpa Nama berkata...

Halal boleh makan sapa kata haram

Tanpa Nama berkata...

Zahid Komidi memang kelako. Dia cuma buat kerja untuk promosi diri sendiri jer. Negara nak lingkup lantaklah.

Amuraria berkata...

sesama ali baba & 40 penyamun beres daa ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Dpt commission promosikan pd org2 Me Layu

Tanpa Nama berkata...

Melayu dumbno di sumbat duit sikit saja boleh gadai bangsa...

Bahakol.