10 Jul 2014

Celcom Kena Hentam Dengan Artis Di Twitter


Bil Cecah RM9,000 Dafi Tegur Syarikat Telco Macam Tahi

PETALING JAYA: Penyanyi Dafi naik berang dan menegur sebuah syarikat telekomunikasi gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26, berkata, dia benar-benar kecewa selepas menerima bil mencecah RM9,000 selain beberapa masalah lain yang berlaku sejak dua bulan lalu.

"Bayangkan selama ini mereka selelu meminta saya membayar bil tepat pada masanya dan akan menyekat talian sekiranya sudah sampai had yang ditetapkan.

"Tetapi ketika saya di Pulau Boracay, Filipina mereka tidak menyekat talian saya pula sehinggakan bila saya melambung ke RM9,000.

"Dah lama saya bengang dengan syarikat telekomunikasi ini. Ada saja masalah mereka. Memandangkan ramai yang mengeluh mengenai perkara sama, saya pun mengambil tindakan untuk meluahkan rasa tidak puasa hati secara umun di laman Instagram," katanya yang dihubungi mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Rabu.

Dafi kini sedang bercuti di Perth Australia bersama pengurusnya, Afeeq.

Pada Selasa lalu, Dafi telah meluahkan perasaan di akaun Twitter miliknya mengenai perkhidmatan syarikat telekomunikasi berkenaan yang sering menimbulkan masalah.

Status berkenaan berbunyi: Say no to xxxxxx! Payment nak orang buat on time... service macam taik! Penipu! Help me spread the word! Tell ur friends and family!

Status itu turut membuatkan ramai pengikutnya yang turut mempunyai masalah sama menyokong tindakan dia melakukan luahan itu secara umum.

Sementara itu, ditanya tidakkah dia takut berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang daripada pihak terbabit, kata Dafi, sebagai pengguna dia berhak bersuara sekiranya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

"Buat apa saya nak takut. Sebagai pengguna, saya berhak untuk bersuara. Bukankah pelanggan selalunya betul?" tegasnya.

Punca Sebenar Dafi AF Maki Hamun Celcom, Service Macam Taik Dan Penipu!


Dafi AF nampaknya tidak dapat menahan kemarahannya apabila menerima layanan buruk dari sebuah syarikat telekomunikasi (telco) berhubung isu pembayaran. Tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tetapi marah sangat Dafi nampaknya. Menerusi akaun Twitternya, Dafi menulis "say no to Celcom! payment nak orang buat on time... service macam taik!!!! penipu!!!! help me spread the world!! tell ur friends and family!!! Apa yang mencuri tumpuan Pasalartis, Dafi merupakan salah seorang selebriti yang terpilih oleh telco (atau agensi telco) tersebut untuk menjadi jurucakap ataupun ejen promosi salah satu produk mereka. Jadi jurucakap pun tidak dapat layanan istimewa? Huhu... sabar jelah Dafi.. - Pasalartis










IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maxis pun samer jugak...kaki mentekedarah duit org.....bila kita buat silap...kiter kene....dia org yg buat silap...kita jugak yg kene....hampeh.....

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BETUL...CELCOM MACAM HAWAU..JANGAN GUNAKAN CELCOM...MAKAN DUIT...

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah..... bukannya bapak dia menteri ka? Haaa ambik kau. Rasa apa yang rakyat rasa....

Tanpa Nama berkata...

rocky de Langat says: kat Malaysia ni sejak hamper 30 tahun masyarakat dididik nak kutok syarikat buleh, nak saman buleh tapi menang tak buleh sebab polisi pentadbiran dah macam tu; eloknya pengguna (kita suma la) bersatu dan berkorban dalam hal2 konsumerisma bagi ajar sikit syarikat2 nih macam negara2 barat; orait, lepas ni aku tutop akaun dengan celcom.

Amuraria berkata...

macam gomen nak jaga kroni kot ? banyak sangat komplen tentang telco semua tapi tindakan hampeh ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Tukar je pd Altel

Tanpa Nama berkata...

Boikot Celcom, servis memang macam ****?

Tanpa Nama berkata...

Dah ramai yang kena, tapi Anak emas BN siapa boleh bertindak?

Tanpa Nama berkata...

Beritahu anak muda dan pelajar sekolah jangan guna Celcom

Tanpa Nama berkata...

Bila PRU Mereka sebar SMS palsu?

Tanpa Nama berkata...

Alamak, aku guna Celcom le.
Macam mana ni. Beri sikit ide, step by step ye. Kalau short cut aku tak faham.

Misalnya kalau nak terminate macam mana?
Lepas tu nak tukar ape?
No tel kena tukar ke..macam2 nak tau.
Tolong ye.

Tanpa Nama berkata...

Memang betul. ...Celcom kaki con Dan kangkalikong punya syarikat cekik Dan hiap Sarah zombi kampong Taik..

Tanpa Nama berkata...

CELCOM/maxis sama aja hampeh

Tanpa Nama berkata...

Kerana monopoli punya pasal artis kena bayar rm9000 bil no hal beb janji duit masuk plus kerajaan akan protect kroni diaorang.

Takkan selesai punya selagi dacing yg memerintah. Sebab kalau betul diaorg tak jaga kroni dah lama diaorang gubal undang - undang anti monopoli sepertimana diamalkan di beberapa negara yg lain.

Tanpa Nama berkata...

Kata Dafi dia kena charge yg melambung bila dia ke luar negara...Itu salah dia lah kalau dia tak kontrol penggunaan talian. Ini namanya... guna tak hingat.

"Tetapi ketika saya di Pulau Boracay, Filipina mereka tidak menyekat talian saya pula sehinggakan bila saya melambung ke RM9,000.

Tanpa Nama berkata...

Jangan gaduh-gaduh...mai ramai-ramai pakai Tune Talk Tone Excel boleh buat side income dan banyak kelebihan lain...

Unknown berkata...

Maxis line mcm tahi....tututp jelah maxis ni...service apa mcm ni

Tanpa Nama berkata...

Hg ni x phm ke?
Celcom haram jadah ni,akn sekat cal hg bila sampai limit.contohnya kalau limit hg 300rm,maka bila smpi.rm300,celcom akn sekat.
Yg bdk ni komplen,bila dia obesi,celcom saja x sekat bila bil dia dh cecah rm300.
Kalau aku jd dia pun,aku stil ingat penggunaan bil aku x cecah rm300 lg sbb slalunya bila cecah 300 celcom kimak.dh barr.
Phm?

Tanpa Nama berkata...

Guna internet kat luar negara bukan guna axiata punya group...memangla melambung...cas yg kena pay per use dan credit limit xfuntion bila kat luar negara

Tanpa Nama berkata...

Celcom mcm haram jadah..
Maxis plak,kita sama2 kaya kan ananda,bg dia buat tokong besaq2 guna duit kita topap..
Digi,bg kaya cina yg sedia kaya
Ingat nk tlg melayu celcom,depa pekena kita balik.cilakaa

hafiz bin ahmad berkata...

Askum.....saya pun mepunyai pengalaman yg sama..semasa saya menunaikan fardu haji ,bill celcom saya mencecah rm 15000 gara2 teron internet,, saya dah terbayar melalui giro rm 2,800..bila complain ..mereka kata kena byr jugak..kenapa tak beri peringatan mcm biasa.. kalau bill dah dekat limit..maklum dan lebih lebih...bar... ni teruskan juga...dgn bill tu saya boleh gi haji dan umrah sekali lagi...

Tanpa Nama berkata...

nampaknya semua yg komen terlalu hebat balam bidang telekomunikasi.

1) Korang semua pernah baca ka term and condition semasa pakai sesuatu perkhidmatan?
2) pernah bandingkan perbezaan di dalam term n conditon diantara telco ??
3) pernah semak dan bandingkan apa perbezaan service/teknologi yang diberikan diantara CELCOM, ALTEL, RED TONE n lain2 ??

Majoriti orang kita tidak pernah membaca term n condition sesuatu perkhidmatan. Kita hanya terpengaruh dengan IKLAN sahaja. Ini lah kes2 yang akan berlaku apabila kita ambil sambil lewa.

Bacalah kontrak anda sebelum melanggan x kira streamyx, unifi, LTE 4G, CELCOM, DIGI, ALTEL, o lain2...

Tanpa Nama berkata...

Tip bila guna roaming kat luar negara ...dalam setting utk network guna manual jgn sesekali letak mode auto and select network yg dicadangkan telco