24 Jul 2014

Batik Al-Fatihah: Dibeli Di Kawasan Masjid India, Bukan Di India, Dijual Oleh Peniaga Melayu..


Baru- baru ini kecoh apabila wanita yang berasal di negara Korea ini dituduh menghina agama islam dengan memakai baju tulisan ayat Al - quran.

Maka munculah ribuan ustaz dan ustazah dalam facebook mengecam beliau tidak kurang juga ada yang mendesak supaya beliau dikenakan tindakan yang berat.

Namun ada juga dikalangan rakan-rakan facebook yang menyindir golongan ustaz - ustazah facebook dengan mengatakan kalau beliau berpakaian begini semua nak kecam tapi kalau perempuan-perempuan islam yang berpakaian seperti terlanjang tak nak kecam pula sedangkan ia menyebabkan lelaki ghairah dan berdosa besar serta dijanjikan azab oleh Allah di Akhirat nanti

Berikut perkongsian tentang baju yang mak cik korea tersebut pakai cuba tengok siapa yang menjual baju tersebut? orang Melayu namun tidak dapat dipastikan adalah beliau melayu islam atau melayu bukan islam jika beliau seorang peniaga Islam pasti lebih peka dengan isu ini. -FB/WA



ULASAN GB

Jika tweet di atas benar, maka apa yang digembar-gemburkan oleh sekalian macai untuk meniupkan api perkauman kononnya kaum Cina cuba hendak menghina Islam dan Melayu kini terkena batang hidung sendiri.

Peniaga yang menjual kain tersebut juga perlu diserbu dan disiasat dan perlu dihalang untuk menjualnya bagi tujuan membuat pakaian. Batik tersebut mungkin sesuai sebagai hiasan dinding dan seumpamanya, bukan untuk tujuan lain yang boleh dilihat mencemarkan ayat suci Al-Quran.

Sepatutnya bukan sahaja pelancong Korea itu disiasat, tetapi yang TERLEBIH PENTING ialah menyiasat semua mereka yang terlibat di dalam menyebarkan PROPAGANDA PERKAUMAN yang boleh menteruskan huru-hara di dalam negara ini.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




9 ulasan:

otaklunyai berkata...

memang ramai melayu yang bahlol skrg nih.... buat malu bangsa jer...

Tanpa Nama berkata...

Siasat dgn terperinci dulu barulah buat komen atau laporan.....akibatnya kena muka sendiri macai2 disebelah sinuun la tu....ambik engkau kerana mempersendakan dn mengutuk cara rasis.....kah...kah..kah...ABU

IbnAbdHalim berkata...

Mungkin si penjual itu melayu bukan islam. Kalau dia islam tidaklah dia jual. Patut si penjual dan si pereka disiasat dan dihukum joka tersabit kesalahannya.

Tanpa Nama berkata...

Macai UMNO memang disuruh tiupkan api dengan serombong buluh itulah sebabnya mereka diam bila kena atas batang hidung bangsa sendiri,itu perkasa dan jati dan lain2ngo yang mesera UMNO belum beruara jika bersuara mungkin kesini lama suadah disapu bawah karpet.

Tanpa Nama berkata...

suruh kpn siasat dulu sblm buat statement, memalukan......

Tanpa Nama berkata...

WAKAKAKAKAKAKAKA...

WAKAKAKAKAKAKAKA...

WAKAKAKAKAKAKAKA...

Mana dia kaki-kaki rasis tu? Kena batang sendiri. senyap terus. Apasal tak buat demo kat kedai penjual? BODOH punya RASIS MELAYU...

BaDiN berkata...

tak salah kan kalau Perumpamaan ini dipakai.
Kuman Di Seberang Nampak Tapi Gajah Depan Mata Tak Nampak.Islam dihina kerana Umat Islam yg bersalah.

Tanpa Nama berkata...

kena terima hakikat, tak smua melayu itu Islam.

Lebih teruk lagi di indonesia yang terlalu liberal, tak semua org indonesia itu Islam.

Tanpa Nama berkata...

Adakah melayu Perkasa atau Jati?