24 Jun 2014

[VIDEO] "Gadis Pailang" Mengaku Bersalah Pukul Pelajar Tkn 3


Tiga pelajar perempuan yang dirakam terbabit dalam kes ‘video pailang’ yang pernah heboh di media pada awal bulan lepas telah membuat pengakuan bersalah.

Pengakuan tersebut dilakukan atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada individu lain.

Ketiga-tiga pelajar berkenaan yang berusia 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib itu telah dituduh melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari sekolah yang sama.

Kejadian berkenaan berlaku pada bulan April 2014.

Pelajar-pelajar berkenaan telah mengaku bersalah di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman.

Hukuman akan ditetapkan pada 11 Julai ini selepas meneliti segala laporan akhlak mereka yang tertuduh.

Seorang tertuduh telah dikenakan dua pertuduhan iaitu mencederakan dan melakukan ugutan jenayah manakala dua lagi tertuduh telah dituduh atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Pendakwaan telah dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya Nur Nisla Abd Latif manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Kesemua tertuduh hadir ditemani oleh ibu bapa masing-masing dan dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan kesemua mereka dikehendaki melaporkan diri di balai polis berkaitan setiap minggu.

Pada awal bulan ini, video tertuduh yang membelasah mangsa di samping memanggil diri mereka pailang telah dimuatnaik di laman Youtube.

Video tersebut telah menjadi viral di laman sosial Facebook dan mendapat banyak reaksi orang ramai yang mengecam tindakan pelajar-pelajar berkenaan. -astoawani



IMBAS KEMBALI











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




4 ulasan:

mansor berkata...

pastikan hukuman yang keras sebagai pengajaran kepada budak2 tolol itu dan pengajaran kepada yang lain termasuk ibubapa mereka..

Unknown berkata...

Pakaian masing2,ank melayu skrg

Tanpa Nama berkata...

Ini tandanya sistem pendidikan negara sudah porak poranda dah. Selagi UMNO tak tumbang selagi itu masalah ini tak akan berkurang bahkan bertambah ada lah.

Tanpa Nama berkata...

Lagi 10 tahun baru sedar kenapa mak bapak hantar dia pg sekolah dulu...itu pun kalau sedar dan tak jadi kupu2 malam la kan...