24 Jun 2014

[VIDEO] Bongkar Lagi: Timb Menteri Ada Saham Dalam Konsesi UiTM Tapah


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Rahman (gambar) merupakan pemegang saham minoriti dalam konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah, kata PKR.

"Hari ini saya boleh mengesahkan ahli Parlimen Pasir Salak adalah pemimpin Umno yang mempunyai pegangan minoriti dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, konsesi penswastaan UiTM cawangan Tapah dianugerahkan kepada UniTapah Sdn Bhd dengan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyewakan kembali kampus itu kepada UiTM.

Beliau mendakwa, salah seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd ialah Sri Rahayu Tajuddin, iaitu anak kepada Tajuddin.

"Sri Rahayu juga pernah menjadi setiausaha Umno Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Tajuddin.

"Ini mengulangi perkara yang sama dalam konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM lain apabila setiap syarikat konsesi turut mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno atau ahli perniagaan yang rapat dengan Umno," katanya.

Rafizi berkata, seorang lagi pengarah dalam UniTapah Sdn Bhd yang mempunyai hubungan dengan Tajuddin adalah Vignesh Naidu Kuppusamy Naidu melalui usahasama perniagaan bersama di antara mereka.

"Selain UniTapah Sdn Bhd, Tajuddin dan Vignesh Naidu mempunyai hubungan melalui sebuah syarikat pembinaan iaitu Everfine Resources Sdn Bhd yang mana Tajuddin adalah pengerusinya dan Vignesh Naidu pengarah syarikat itu.

"Kepentingan beliau dalam syarikat konsesi ini dipegang melalui sebuah syarikat iaitu Detik Utuh Sdn Bhd.

"Syarikat itu mempunyai kepentingan sebanyak 9.8% dalam UniTapah Sdn Bhd manakala saham selebihnya dipegang oleh sebuah syarikat pembinaan yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur iaitu Crest Builder Holdings Berhad (melalui Crest Builder International Sdn Bhd)," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Tajuddin memiliki 450,000 saham di dalam Detik Utuh Sdn Bhd, menjadikan beliau pemegang saham terbesar.

Rafizi berkata, saham selebihnya dimiliki oleh Vignesh Naidu (150,000 saham) dan Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (400,000 saham).

Obata-Ambak Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dikawal oleh keluarga isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Pengarah di dalam Detik Utuh Sdn Bhd adalah individu yang rapat dengan Tajuddin iaitu anaknya sendiri, Sri Rahayu dan kenalan perniagaan beliau iaitu Vignesh Naidu dan Haniff Mahmood.

"Walaupun pegangan Tajuddin tidak sebesar pegangan ahli politik Umno lain dalam konsesi yang saya dedahkan sebelum ini, ia mengesahkan setiap konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM menguntungkan sekurang-kurangnya ahli politik Umno dengan bayaran sewa yang cukup membebankan rakyat," katanya.

Rafizi sejak minggu lalu melakukan pendedahan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan Umno memiliki konsesi penswastaan UiTM di seluruh negara.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah pemimpin pilihan umat minoriti. Umat Majoritilah yang jadi mangsanya.

Tanpa Nama berkata...

dalam umno ni buat apa pun tak mengapa atau semua boleh, inilah untungnya punyai pengikut dan penyokong yang bodoh, bangang, bengap, yang memenangkan keparat-keparat umno.

Tanpa Nama berkata...

Saya seorang peniaga dan telah pergi ke bank/institusi milik kerajaan untuk memohon pembiayaan RM 100k saja di AgroBank,BSN dan SMECorp.Amat sedih saya dilayan seperti peminta sedekah dan pegawai2 tu buat macam duit tu bapak dia orang punya. Last2 aku pergi bank OCBC,bank cina dan diberi pembiayaan RM 200k.Tapi laki Shahrizat pulak senang2 dapat RM 250juta.Inilah UMNO.

marhaintua berkata...

PESAKA dan NGO Melayu yang lantang kononnya menjaga hak kepentingan MELAYU. harus minta si timbalan menteri terbabit melepakan jawatan kabinet untuk tumpukan tugas jadi usahawan.

Banyak lagi taiknya ketika jadi Pengerusi FELCRA.

Peneroka FELCRA

Tanpa Nama berkata...

Pengundi melayu yang masih tidak faham apa makna wakil rakyat atau konon nya YB. Pengundi melayu yang mengagungkan wakil yg dipilih. Wakil yg diangkat untuk bekerja mewakili rakyat dalam segala kehendak rakyat bukannya diangkat wakil untuk jadi kaya. Bahasa kasarnya Wakil rakyat itu adalah barua rakyat supaya buat kerja untuk rakyat. Tapi dah terbalik kuang, wakil rakyat diangkat seolah olah rakyat pilih wakil untuk jadi kaya raya. wakil untuk jadi kaya dan rakyat sentiasa jadi barua dan macai....Melayu.. Melayu.. Melayu bodoh sampai kemampus.

Tanpa Nama berkata...

bAHARU PADAN MUKA KERANA PILIH WAKIL RAKYAT BEGINI.