12 Jun 2014

[PANAS] Farhan Lapor Polis Pernah Dicederakan Abby Abadi, Abby Jawab...


Bekas Suami Dedah Gambar Dicederakan Abby Abadi

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga Abby Abadi akhirnya terjawab apabila bekas suami pelakon itu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan dikasari secara fizikal dan emosi semasa mereka bergelar suami-isteri.

Muhammad Noor Farhan, 24, memberitahu, Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

Dedahnya lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.

Muhammad Noor Farhan menunjukkan kesan cedera pada lengan kirinya dan laporan polis yang dibuat pada 17 Mei lalu.

"Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini," dedahnya kepada mStar Online ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada Rabu.

Terdahulu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Muhammad Noor Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.

Malah dia memberitahu telah pun membuat satu laporan di Balai Polis Ampang dekat sini pada hari sama dia dicederakan sebagai salah satu langkah keselamatan.

Abby turut didakwa turut menyebabkan tekanan emosi kepada Muhammad Noor Farhan sepanjang perkahwinan mereka.

"Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini dalam mahkamah tetapi sekadar membuat laporan polis untuk melindungi diri saya sekiranya apa-apa berlaku.

"Abby juga tahu saya buat laporan polis mengenai kejadian tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan, pergaduhan di antara mereka sering tercetus apabila Abby tidak mempunyai wang dan sering mendesaknya sehingga membuatkan dia tertekan dan tidak pulang ke rumah.

Jelas Farhan, dia kecewa apabila Abby tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan diri untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab dan Abby sering mengeluarkan kata-kata menguris perasaan kepadanya dan menambah tekanan dalam rumah tangga mereka.

"Setiap kali dia tidak mempunyai wang dia akan menyerang dan mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.

"Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan," katanya.

Pasangan berkenaan berkahwin di Selatan Thailand pada 9 Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, Muhammad Noor Farhan enggan mengulas dakwaan kejadian berlaku akibat sikap Abby yang mengawal hidupnya sepanjang hampir setahun perkahwinan mereka.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Noor Farhan berkata, dia sudah tidak mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak melihat sebarang peluang untuk mereka kembali berbaik.

Malah dia lega apabila kes perceraian tersebut selesai dengan baik apabila pihak mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya menerusi SMS terhadap Abby.

"Cukuplah... Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya," jelasnya.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan balas Abby mengenai pendedahan bekas suaminya itu tidak berjaya apabila seorang wanita yang menjawab panggilan memaklumkan Abby tidak berada bersamanya selain enggan memberi sebarang kenyataan.

"Mungkin boleh cuba menghubungi Abby esok (Khamis) tetapi sekiranya tiada sebarang balasan itu bermakna dia tidak mahu menjawab apa-apa soalan daripada media," kata wanita berkenaan.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. -mstar


Abby Abadi Beri Penjelasan Mengenai Dakwaan Bekas Suaminya

untuk menjelaskan kembali apa yang berlaku. Iyalah kan, takkan la kita nak dengar sebelah pihak je kan? Jom dengar apa respons Abby Abadi di bawah ini :

Abby Abadi telah menggunakan akaun Instagramnya untuk memberikan penjelasan mengenai dakwaan bekas suaminya, Farhan. Kalau anda terlepas pandang, Farhan telah membuat laporan polis yang menyatakan Abby telah mencederakan dirinya daripada segi fizikal dan mental. Malah Farhan turut berkongsi beberapa gambar bahagian badannya yang jelas menunjukkan kesan luka.

(Menurut Farhan, laporan polis itu dilakukan sekiranya terdapat kesusahan dalam proses memohon penceraian dan sekiranya hakim memerlukan bukti. Namun Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya membuat penjelasan panjang lebar mengenai kontroversi ini. Tulis Abby:-

Assalamualaikum……. Selamat Petang! ALHAMDULLILLAH……… Syukur pd ALLAH. Berdasarkan kenyataan dr Farhan kepada media di mahkamah tadi, ini penjelasan Sy. Sy tiada saksi disini. Hanya ALLAH SWT Maha Mengetahui semua ini……

Terkejut Sy baca kenyataan2 yg dibuat ini. Sehabis baik Sy tutup ‘semua’ cerita yg tak perlu org luar tahu sepanjang kami bersama sbg suami isteri, walaupun berbagai andaian dibuat berdasarkan kenyataan biasa Sy sebelum ini…. hari ini Muhammad Noor Farhan Che Bakar dengan jayanya mereka2 cerita utk tutup cerita yg sebenarnya. Anak3 Sy, bibik Sy, kawan2 terdekat Sy pun tak sangka yg Farhan cakap dia didera…..

Walhal sebelum ini kalaupun ada bergaduh situ sana sini, tp semuanya baik2 saja. Biasalah hidup rumahtangga kan? Dah tentu ada pasang surutnya…. Sy ada msg dia cakap pasal kenyataan ini, tp dia tak jawab pula… Sy berani je nk berdepan. Jumpakan lagi senang cerita. Kenapa mesti buat kenyataan yg secara tak sedar membuka aib sendiri? Yg kenyataan dia, Sy minta duit, tak bagi Sy marah.. yg tu palsu.

Amboiii! Banyaknya duit dia yer… Kata Sy baling kunci motor? Pegang kunci motor pun Sy tak pernah……. Kenapa mcm tu @cintaku_hanya_padamu yer? Setiap kali ada yg tak kena, gaduh.. bukan nk selesaikan. larikan diri… Tak balik2.

Sy ajak bincang… taknak….. alih2 utk yg terakhir kali ni keluar cerita begini? Ingat ALLAH tak ni? Sejujurnya ‘cerita rekaan’ ini tak terjangka dek akal Sy………Hampir 95% cerita itu di reka semata2 nk selamatkan diri dia. ALLAHUAKHBAR….

Mohon ALLAH SWT jaga dia. Tak sangka cubaan dia mengaibkan sy sejauh ni………… ALHAMDULLILLAH…. Satu saja dari Sy: Untuk Sahabat2 diluar sana, Anda buleh baca, buleh dengar je apa yg dia kata… tp percaya jangan. Sebab dia mmg dah terbiasa MENIPU.

Jangan tokok tambah cerita Sahabat… kalau taktahu lebih baik diam saja k……..Tak selesai lagi. Banyak episod lagi ni…… Tunggu tindakan seterusnya di Mahkamah nanti. Sy terima takdir ini sebagai ‘ujian’ utk Sy. Wat lek Wat Peace je k)

-mstar


ULASAN GB

Izinkan GB untuk menglas sedikit di dalam kes di atas.

Dari kenyataan kedua-dua pihak, memang wujud krisis rumahtangga dan ia berlaku dengan tidak ada penglibatan pihak ketiga seperti kebanyakan masalah rumahtangga yang sering kita dengar setiap hari.

Apa yang jelas kita lihat dari awal lagi, pasangan tersebut tidak berjaya lantaran tidak memenuhi apa yang dianjurkan Islam iaitu SEKUFU.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.

Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang dibina.

Abby telah terbiasa dengan cara kehidupannya. Benar beliau telah berubah, berubah di zahirnya. Dari terdedah kepada berhijab dan menggabungkan dirinya di dalam jemaah. Namun ia masih belum memadai dan mencukupi untuk mendidik jiwanya yang masih panas dan keras. Beliau bukan sekadar perlukan seorang teman hidup tetapi beliau juga perlukan seorang pembimbing rohaniah. Sedangkan Farhan yang usianya jauh lebih muda dari Abby, tidak dapat memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh "jiwa" Abby.

Sebagai seorang anak muda yang berusia 24 tahun, Farhan masih muda belia dan belum memiliki pengalaman serta ilmu yang mencukupi untuk mendidik isterinya disampaing menjadi ketua keluarga. Itu sebab mengapa beliau mengasingkan diri apabila rumahtangganya dilamun badai... beliau tidak ada pengalaman menghadapi semua itu...

Mereka bertemu - bercinta, tetapi kerana tidak sekufu, maka cinta itu gagal di tengah jalan kerana jiwa masing-masing belum terbiasa untuk menerima sifat-sifat kekurangan pada pasangan.

Zahirnya indah, tapi batin-batinnya berantakan. Maka berlakulah hal yang di atas.

GB tidak menyalahkan Abby atau Farhan. Ia adalah pengalaman hidup yang perlu dilalui oleh setiap insan yang normal. Belajar dari pengalaman, barulah kita akan menjadi dewasa dan matang...

BERSABAR DAN BERTENANGLAH DENGAN DUGAAN HIDUP, SENTIASA BELAJAR & BERUSAHA MEMPERBAIKI KEKURANGAN DIRI ITULAH KETETAPAN HATI ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

Semuga kedua-duanya dilimpahi hidayah dan rahmat Allah swt. untuk terus menjalani kehidupan di hari-hari mendatang...









IKLAN BERBAYAR



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku suka komen GB.

MerakLangit 7

Tanpa Nama berkata...

Farhan tu lelaki ker pompuan?

Tanpa Nama berkata...

Agaknya Abby cuma nak mempraktikkan 'urutan cakar harimau' agar rumahtangga bahagia seperti yg pernah diajar oleh seorang ustazah dulu.... tapi mungkin tersilap teknik kot....

Tanpa Nama berkata...

Betul GB.
Perlu juga menjadi peringatan....ketika hubungan baik jangan sesekali membuka aib atau mendedahkan tentang hubungan kepada umum kerana itulah tanggungjawab suami isteri. Begitu juga bila sudah berpisah...simpanlah aib antara satu sama lain kerana jika dihebah2kan bermakna kita membuka keaiban atau umpatan kerana kita tidak lg mempunyai apa2 hubungan....tidakkah itu buruk adabnya.

Tanpa Nama berkata...

bukan sekadar tidak sekufu...banyak lagi...
Farhan...oh Farhan...

Tanpa Nama berkata...

Abby menunggu GB dtg melamar dia...tp GB x dtg2...hehee...