Guru berpolitik hanya rugikan BN
GOMBAK - Gesaan pemimpin Umno supaya penjawat awam khususnya guru kembali ke pangkuan BN dengan membenarkan mereka berpolitik hanya akan merugikan parti itu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada jaminan warga pendidik itu berpihak dan memberi sokongan kepada parti pemerintah jika mereka diberi kelonggaran untuk menceburi bidang politik.
"Mereka (guru) tidak akan sertai BN tetapi mereka sertai Pas dan kerajaan akan hadapi masalah bila guru menjadi pengikut parti pembangkang.
"Kerajaan kena ingat apabila mereka masuk politik, mereka tidak semestinya menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Siri Syarahan Perdana Presiden' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang meminta warga pendidik itu kembali ke pangkuan BN.
Katanya keputusan kerajaan sebelum ini menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan boleh melemahkan BN.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir menambah jika cadangan itu tidak diperhalusi, kelonggaran itu dikhuatiri akan mengancam kerajaan kelak.
"... mereka bukan sahaja tidak akan sertai BN malah lebih buruk lagi akan menentang kerajaan pemerintah," katanya lagi. -SH
Menteri gesa guru kembali pada BN
Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan untuk menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan menggesa para penjawat awam tersebut kembali ke pangkuan BN.
“Mari bersama Umno, MIC, MCA atau BN. Guru sebenarnya pengerak (dalam parti). Barangkali kita sudah buat kesilapan 10 hingga 12 tahun lepas, tidak benarkan guru memegang jawatan dalam politik.
“Maka guru terpaksa letak jawatan sebagai setiausaha cawangan bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua bahagian dan seterusnya.
“Tetapi baru-baru ini kita telah benarkan guru aktif semula, jadi saya merayu kalau boleh guru kembali semula kepada kami, bantulah kami,” katanya dalam Majlis Penghargaan Guru di Kuala Lumpur, hari ini.
Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno dan BN, menghadiri majlis makan tengah hari bersama Yayasan Pendidikan Cheras selaku Menteri Wilayah Persekutuan.
Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Bahagian Timbalan Menteri Pelajaran II P Kamalanathan dan ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, yang merupakan pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras.
Tengku Adnan juga berkata guru yang tidak menyertai politik boleh melemahkan BN kerana golongan itu sejak awal lagi merupakan penggerak parti.
“Barangkali itu juga yang melemahkan kita. Ia kerana kita tidak mempunyai penggerak di kalangan guru, guru besar dan pengetua,” katanya.
Sekatan penglibatan guru dalam politik ditarik balik pada tahun 2010, namun kakitangan awam lain masih dihalang bergiat aktif dalam dunia politik.
Tengku Adnan berkata demikian susulan kenyataan seorang guru yang ditegur oleh seorang pegawai khas di Kementerian Pendidikan kerana menyiarkan poster kempen DAP Dyana Sofya Mohd Daud di akaun Facebooknya.
Seorang pegawai Kementerian Pendidikan didakwa meminta guru tersebut menutup akaun Facebook berkenaan dan memberi amaran untuk terus mengawasi tindakan guru wanita berkenaan. -mk
ULASAN GB
Nampaknya Mahathir telah sedar bahawa jika kaum guru dibenarkan berpolitik, UMNO BN akan berdepan masalah kerana beliau mengetahui bahawa kaum bijak pandai termasuk para guru, tidak akan memilih untuk menyertai UMNO BN, sebaliknya akan memilih untuk menyertai PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat.
Bukan saja kaum guru, penjawat awam divisyen A pun jika dibenarkan aktif berpolitik mereka tidak akan menyertai UMNO BN.
Jika sebelum ini Mahathir sendiri yang menggesa UMNO supaya "berlapang dada terima profesional sertai Umno kerana menurutnya Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS, dan akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya", tetapi kini Mahathir mengubah nadanya untuk membantah saranan supaya kaum guru aktif berpolitik.
Yang nyata, perubahan sikap Mahathir mendedahkan fakta bahawa biarlah UMNO BN terus didominasikan oleh golongan yang bodoh-bodoh. Dan ini akan memudahkan Mahathir untuk mempastikan kelansungan survival politik anaknya Mukhriz di Kedah yang bakal terancam jika menerima tentangan hebat jika golongan profesyenal dibenarkan berpolitik kerana ia akan menyebabkan PAS akan bertambah kuat di Kedah.
Juga bererti mengesahkan kata-katanya dulu, UMNO hanya untuk mereka yang bodoh-bodoh, bukan untuk yang pandai-pandai seperti golongan profesyenal dan para guru. Yang profesyal dan yang pandai-pandai akan memilih PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
13 ulasan:
Mahathir pernah kata hanya yang bodoh saja akan sokong UMNO.
Memang benar ..... majoriti cikgu-cikgu adalah orang berilmu, rajin belajar dan banyak membaca ... yang betul-betul berdedikasi tidak akan menerima 2 X 5 = 7 .... yang menerima sebagai betul bulat-bulat adalah cikgu-cikgu yang pemalas, bercita-cita tinggi nak jadi kaya raya, yang gila nak dapat geleran "dato"... mereka akan jadi pembodek, menjadi barua umno dan menjadi macai umno yang bodoh ... YANG TIDAK MAHU MENERIMA 2 X 5 = 7 SEBAB ITU MEMANG TIDAK BETUL TIDAK AKAN MENYERTAI UMNO ....!!!!!!!!!
Yg nak jawatan, harta dan menekan kawan sahaja yg masuk politik melalui umno..ramai guru yg tak aktif di sekolah telah masuk politik dsn sangat aktif dalam politik. Tinggalkan sekolah utk pergi berkempen atas tiket umno dibenarkan, pergi melihat ceramah parti pembangkang kena tindakan.Herankan pergi dengar ceramah salah, tinggalkan murid2 sebab pergi berkempen umno dsn bn tak salah walaupun tiada kebenaran daripada jpn, pegawai kat PPd pun 2x14 perangainya.
Tun M...sebenarnya hari ini ada guru yg sokong BN, malangnya guru tersebut adalah guru yg bodoh, malas mengajar, kaki ampu ,bodek dan akhirnya BN bagi kepada mereka jawatan guru kanan,penolong kanan dan pengetua..sbb itu sistem pendidikan kita makin teruk sbb ditadbir oleh si Bodoh...Bagi guru biasa yg tidak menyokong BN mereka kekal sebagai guru biasa sampai pencen dan mereka tidak akan sokong BN sampai kiamat...inilah hakikat layanan kerajaan pada kaum guru...
Guru yg islamik tak mungkin menyokong UMNO yg penuh amalan mungkar...Jika betul UMNO mengamalkan Al-Quran dan Hadis mustahil guru yg islamik tidak akan.menyokong...perbetulkan dulu UMNO jika betul inginkan sokongan guru yg islamik...Hanya guru yg mungkar penyokong UMNO mungkar....
Tepat sekali.sy sokong 100 peratus ulasan tuan. Sebab itu kita lihat program yg dianjurkan syok sendiri saja
Kalau adapun yg berpendidikan tinggi. Degree dan PHD dia berkemungkinan dapat dari universiti yg mengamalkan business jual degree dan PHD.
komentar 1 - 6, semuanya betul dan tepat sekali, itulah hakikatnya dimana-mana saja dipelusuk negara ini.
ditempat saya, guru yang sertai dan ada jawatan dalam umno ada lesen kelas F dan dapat kontrak, jam 9.30 pagi berada di tempat projek, tinggalkan kelas (jadi pengkhinat bangsa). disiasat guru tersebut tidak mengambil cuti.
Guru besar tak berani nk tegur atau ambil tindakkan kerana orang umno.
Saya nak tanya, gaji yang dimakan haram ke halal?
Klu anda jenis yg tak kesah diketuk dan dikentut masuklah umno.. klu anda jenis yg tak suka berfikir dan malas nak perah otak masuklah umno.. sebab umno dicetuskan khusus utk mereka yg malas, yg nak senang je, yg tak perlu berfikir tapi mampu beri anda kesenangan asalkan anda sanggup diketuk dan dikentut bila perlu..
Jadi lah guru yg brkualiti...jgn cmpr aduk dgn mana mana parti politik...
Pa Guard pun sokong tpi dihalang Oleg Mak Gard
Benarkan atau tak benarkan, guru dan sesiapa saja yang ada pendirian tak akan sertai UMNO. Hanya yang ada kepentingan saja yang akan menganggotai parti tersebut. Itulah sebabnya UMNO tak mahu rakyat cerdik. Selagi mana rakyat boleh dicucuk hidung selama itulah UMNO akan terus berkuasa. Zaman sudah berubah. Makan yang sokong UMNOm hanyalah warga saluran satu dan dua dan yang berkepentingan.
Bila dpt duit cara itu x haram tapi kalau hal babi bersungguh2 mengatakan haram. Makan babi haram tapi minum arak , berzina di bolehkan di kalangan org2 mcm ni..
Catat Ulasan