22 Jun 2014

[ASTAGHFIRULLAH] Siapa Yang Tergamak Kurung Remaja OKU Ini?


Sadis: Dikurung hingga kurus umpama mayat

NILAI - Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menyelamatkan seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dikurung di sebuah rumah pangsa, di sini semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati), kira-kira jam 2 pagi tadi.

Remaja tempatan berusia 15 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak terurus, di mana tubuhnya kurus kering seperti mayat, dipercayai akibat kekurangan zat.

Lebih menyedihkan, remaja malang yang dikurung dalam sebuah bilik tidak bertingkap itu juga dibiarkan bergelumang dalam persekitaran kotor dipenuhi najis dan tanah.

Difahamkan, baju dipakai mangsa didapati telah mereput akibat sudah terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri selama berada di situ.

Menurut Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, pihaknya sama sekali tidak menyangka akan menemui remaja terbabit, kerana tujuan asal pihaknya menyerbu kediaman itu kerana dimaklumkan didiami pendatang tanpa izin.

"Remaja itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan juga telah dikesan dan kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bagi tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini, awal pagi tadi. -SH


Dikurung sampai kering


Nilai: Sedih dan memilukan apabila seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun ditemui dalam keadaan derita dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak di sini, ketika Ops 6P Jabatan Imigresen, awal pagi tadi.

Operasi bermula jam 2 pagi diketuai Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman bersama 115 anggotanya, 30 Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), empat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan lima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyerbu rumah berkenaan.

Menurut Faizal, hasil maklumat awam beliau memecah masuk rumah itu dan pada mulanya menyangka menemui mayat di dalam sebuah bilik namun terperanjat apabila kanak-kanak terbabit masih bergerak.

Menurutnya, remaja itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

Ibu remaja malang terbabit kemudiannya ditahan sebaik pulang bekerja untuk siasatan lanjut dan kes dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
-HM










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




6 ulasan:

Ali Wowberita berkata...

astaghfirullah.....

terkejut tgk keadaan anak ni.....siapala mak bapak /penjaga yang terlalu kejam ni....@#@$ betul...

Tanpa Nama berkata...

Syaitan manalah yg jahanam kurung oku mengalahkan binatang ni ah? Memang sial dan jahanam betul.

Sintuk Prihatin berkata...

Kalau kejiranan prihatin, kanak-kanak ini tidak akan sempat kurus, tidak akan sempat kering ! Bapa mungkin tak bertanggungjawab dan ibu dalam tekanan, kemarah kepada bapa dilepaskan kepada anak. Bermula dari kejiranan kemudian kepada agensi atau jabatan berkaitan dan perkara seumpama ini boleh dielak. "KEJIRANAN PRIHATIN JIWA MASYARAKAT"

Tanpa Nama berkata...

Kat kampung aku ada budak oku (Islam) lebih kurang macam remaja ni. Bapa ada masalah dadah, keluar masuk pusat.
Persatuan gereja ada bagi bantuan kerusi roda. Orang putih yang datang sendiri serahkan kerusi roda pada keluarga ni.
Mungkin kita sibuk memperbetulkan orang lain, sedangkan kita terlupa perkara asas. Apa la aku nak jawab besok.

Tanpa Nama berkata...

ROS PANDA CINA lebih ISTEMEWA dimata
lembu2 um NO dan B angkai N egara 1
MALAYSIA

Tanpa Nama berkata...

adakah satu kebetulan dimana "perjumpaan" budak oku ini sejurus beberapa hari perbahasan di parlimen mengenai jwpn sahidan kasim ttg e kasih.utk mklumt lanjut try cari pe jwpnnya