Kapten Zaharie kini jadi suspek utama kehilangan MH370
Polis Malaysia kini menganggap suspek utama di sebalik kehilangan Pesawat MH370 adalah juruterbang penerbangan tersebut, iaitu Kapten Zaharie Shah, lapor The Sunday Times, United Kingdom.
Akhbar itu melaporkan, Zaharie menjadi sasaran kini selepas semua yang lain di atas pesawat dibersihkan.
"Penyiasatan jenayah tidak menolak kemungkinan kerosakan mekanikal atau perbuatan pengganas, tetapi polis berpendapat jika ia adalah kerana tindakan manusia, maka Kapten adalah orangnya," lapor akhbar itu.
Polis cawangan khas kini menumpukan penyiasatan ke atas Zaharie selepas semua yang lain di atas pesawat yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Beijing 8 Mac lalu itu dibersihkan.
Menurut media itu, polis sudah menemubual lebih 170 orang dan mendapati Kaptan Zaharie – seorang yang periang, suka kepada gajet dan selalu membuat posting dalam media sosial itu – tidak membuat sebarang komitmen sosial atau kerja di masa depan.
Ia berbeza dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh lain-lain termasuk pembantu pilot, Fariq Hamid dan lain-lain kakitangan di atas pesawat itu, lapor The Sunday Times.
Kaptan Zaharie menjadi fokus pada awal kejadian kehilangan pesawat itu apabila simulator penerbangan ditemui di rumahnya yang mengandungi rehearsal pesawat sejauh Lautan Hindi atau mendarat di landasan yang pendek.
Ia dipadamkan dari simulator tersebut, namun berjaya ditemui kembali oleh pakar-pakar yang menyiasatnya. ~TMI
ULASAN GB
Sungguh aneh, laporan polis yang menyatakan bahawa "Kapten Zaharie kini jadi suspek utama kehilangan MH370" itu dikeluarkan dan disiarkan oleh akhbar The Sunday Times, U.K. bukan Malaysia.
Kita tak tahu apa sebabnya dan siapa yang memberikan maklumat kepada pihak akhbar berkenaan.
Nampaknya Kerajaan Malaysia masih terus ingin meletakkan kesalahan kepada Kapten Zaharie sekalipun blog ini pernah siarkan tentang "Najib Ditegur Kerana Tuduh Juruterbang Larikan Pesawat".
Najib Ditegur Kerana Tuduh Juruterbang Larikan Pesawat
Penyiasatan terhadap pesawat MH370 yang hilang masih belum dapat membuktikan juruterbang sengaja membawa pesawat Boeing 777-200ER itu ke satu destinasi lain, lapor portal Daily Beast.
Dalam satu artikel bertajuk "The baseless rush to blame the pilots of Flight 370", wartawan portal Clive Irving berkata terdapat sedikit maklumat yang dicemari oleh prestasi pihak berkuasa Malaysia.
"Mereka seperti sekumpulan anggota polis di tempat kejadian yang mendakwa apa yang mereka temui dan apa yang tidak bagi mendapat perhatian.
"Menyedihkan perdana menteri sendiri mengeluarkan teori tidak berasas: juruterbang yang melakukannya," katanya.
Unit perisikan Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Malaysia mendakwa seseorang dalam kokpit sengaja mengubah haluan pesawat selepas ia gagal dikesan radar pada 8 Mac sewaktu pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan menuju ke Beijing.
Namun pesawat yang dinanti itu tidak pulang selepas 10 hari berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Irving berkata, terdapat dua bukti kukuh dalam kehilangan pesawat milik MAS itu.
“Selepas pertukaran rutin terakhirnya dengan menara kawalan, juruterbang tidak menghantar isyarat Mayday atau kecemasan. Kata-kata akhir yang diucapkan juga tenang dan normal: ‘Baik, selamat malam.’
“Transponder yang menghubungkan pesawat dengan dunia luar melalui penghantaran dan penerimaan maklumat melalui kedudukannya, dimatikan.
“Ringkasnya, dua faktor ini menyebabkan Boeing 777 boleh hilang. Kemungkinan atas sebab reka bentuk, gangguan manusia atau kegagalan teknikal,” katanya.
Artikel tersebut turut menyebut dua kaedah bagi pesawat secara automatik melaporkan perkembangannya dan satu daripadanya melalui Sistem Laporan dan Komunikasi pesawat (ACARS).
“Dalam kes pesawat MH370, tiada mesej yang dihantar ke Boeing dan pembuat enjin Rolls Royce bagi menyatakan masalah,” katanya.
Katanya, seminggu kemudian didapati Boeing 777 turut dihubungkan ke sistem satelit yang beroperasi di London oleh Inmarsat.
“Untuk beberapa jam selepas sistem komunikasi lain terhenti, pesawat menghantar isyarat ‘ping’ kepada satelit,” katanya.
Irving juga membangkitkan berkaitan isu kebolehan pesawat memantau dan melapor keadaan namun jumlah dan kualiti maklumat mungkin berbeza jika MH370 merupakan pesawat Airbus dan bukan Boeing.
“Kokpit pesawat Boeing dan Airbus berbeza daripada segi bagaimana pesawat itu diarahkan. Boeing 777 berpegang kepada idea tradisional di mana juruterbang berkuasa kepada pesawat.
“Manakala, Airbus lebih meletakkan kepercayaan kepada sistem pengurusan penerbangan berkomputer kerana ingin mengurangkan kesilapan manusia.
“Tiada laporan keselamatan mana-mana syarikat mendakwa lebih baik daripada pesaing,” katanya.
Beliau turut mengkritik penganalisis di televisyen yang mengeksploitasi fakta simulator kapten di rumahnya bagi mempraktikkan belok kiri.
“Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan salah seorang juruterbang paling lama dengan 18,000 jam di dalam kokpit. Beliau tidak perlu berlatih untuk membelok kerana sudah banyak kali melakukannya.
“Simulator mungkin digunakannya bagi membolehkannya terbiasa dengan perisian baru sistem 777. Juruterbang biasa menggunakan simulator bagi menambah kepakaran,” katanya.
Katanya, hasil penyiasatan hanya akan dapat diperoleh selepas bertahun-tahun ia dijalankan.
“Sekarang pelbagai kemahiran diperlukan seperti saintifik, forensik, pengurusan, ketenteraan, undang-undang dan politik. Ia melibatkan perbezaan bahasa dan budaya.
“Kerja penyiasatan yang dijalankan setakat ini tidak memberangsangkan,” katanya.
Beliau mengulas Putrajaya yang memohon bantuan 25 negara bagi meluaskan operasi pencarian.
“Kini, kebanyakan negara diminta memeriksa rekod radar sama ada melintasi koridor udara antarabangsa atau ketenteraan,” katanya.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
3 ulasan:
APA yg nak komen....dngan kadar jinayah memboyot dijalanan, ketempangan didunya politik, salah urus tadbir semakin gawat, siapa yg yakin lagi dgn kenyataan sebigini...
Siapa nak percaya Kapten Zaharie menjadi suspek utama kes kehilangan MH370.
Aneh & pelik. tiada persoalan dan tiada penyiasatan dibongkar. Kenapa isi kargo MH370 awalnya dikatakan beberapa ton manggis kemudian berubah menjadi bateri. Apa muslihatnya kenyataan flip flop sebegitu. Kalian bercakap berkait dgn nyawa manusia,patut ke cara sedemikian diperlakukan dan dipertontonkan kpd umum?
Catat Ulasan