Papagomo minta bayar ansuran RM100 sebulan
"Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.
Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.
Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.
Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.
Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.
Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.
Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.
Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.
Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. -Bernama
ULASAN GB
Seorang sahabat GB dari kalangan orang UMNO bertanya kepada GB semula setelah GB ajukan soalan "Benarkah Papagomo sekarang seorang nelayan?"... katanya "Engkau percaya kata-kata papagomo si kaki kelenteong tu?"
"Kalau beliau boleh kelentong orang lain dengan video dan foto seks & lucah yang pelbagai versi, inikan pula kenyataan-kenyataannya yang dibuat hanya untuk tujuan melepaskan dirinya...
Papagomo mendakwa dirinya sebagai nelayan hanya untuk memperdayakan mahkamah, memperdayakan Anwar dan memperdayakan orangramai. Beliau cuba mengelak untuk membayar RM800,000 kepada Anwar. Sedang beliau mempunyai wang yang banyak ... beliau hidup mewah... beliau hidup macam anak raja.... wang hasil dari pembikinan video dan foto lucahnya untuk mengaibkan dan menjatuhkan pemimpin PR pun beliau dah dapat jutaan ringgit...
Peguam Anwar perlu dapat perintah mahkamah supaya akaun papagomo disita dan disiasat. Transaksi disemak. Untuk mempastikan beliau benar-benar tidak berkemampuan.
Fitnah atau Defamation boleh dikategorikan kepada dua iaitu libel dan juga slander. Libel adalah fitnah-fitnah yang dilemparkan dalam bentuk yang kekal seperti di buku, majalah, video, filem, tugu dan sebagainya. Manakala slander pula merujuk kepada fitnah yang disampaikan dalam bentuk kata-kata atau gerak gaya (gestures).
Fitnah juga telah diperuntukan sebagai suatu jenayah khusus dalam kanun keseksaan di Bab 21, dari seksyen-seksyen 499-502. Seksyen 499 telah mentakrifkan perkataan “fitnah” dengan agak terperinci dan menyeluruh.
Penjenayah yang didakwa dengan jenayah fitnah ini jika disabitkan, boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Justeru itu, selain dari hukuman gantirugi, mahkamah perlu menimbangkan hukuman penjara kepada pemfitnah tegar seperti papagomo ini.
Dan selain fitnah, jika papagomo didapati bersalah berdusta mendakwa beliau sebagai seorang nelayan, mahkamah perlu menimbangkan hukuman yang lebih berat lagi kerana pernyataan palsu tersebut.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
12 ulasan:
10 mamat gomo nie cakap,bukan setakat kata kata nya,waima abjad nya pun perlu ditapis.jika dah dasar pembohong,hidup nya penuh dengan pembohongan.
Kata Papagomo, "Rakyat vs Dajjal".
Dia ni memang Dajjal. Hidup penuh dengan 1001 pembohongan, penyelewengan, penganiayaan pada manusia lain, munafikun, ....
Manusia durjana ....
Dia nelayan darat... lebih kurang spesis buaya darat dan lintah darat... apa sahaja yang berkaitan dengan nelayan darat ini tidak boleh dipercayai.
muka cantik plak lagi bontot kerbau tapi menipu hingga mahkamah pun dia tipu.
moga mahkamah siasat seteliti nya segala kelentongan mangkuk pemfitnah tegar ni yang hanya berusaha nak lepaskan diri ! ABU !
Pasal LAW ni aku bukan faham sangat tapi takde ke cara mufliskan saja mangkok hayun ni ?
Apa hairan, orang unmo memang hebat semua boleh buat
Tidak perlu dan layak dikasihani.Masa menfitnah ada ke dia fikir kasihan,maruah dan susah orang difitnahnya.Sekarang masa untuk dia menuai hasil seterusnya.
Peguam DSAI tidak wajar terima tawaran Dajal ni.Kalau dia tak mampu bayar hantar aje kepenjara.Itu tempat yg paling layak untuknya.
usah percaya lembu nie...100% yg keluar dari mulutnya dusta belaka...
Come onlah mr. Papagamo, seluruh internet komuniti tahu lu ni penipu beb. Tak payah lu nak kelentong lu anak nelayan, anak pesawah, anak monyetkah or what so ever sebab tak ada satu pun lu punya kata itu fakta semuanya auta belakalah.
Sebab itu bagi para ibubapa lu kenalah ajar anak lu bercakap tu biar berfakta beb bukan Auta belaka sejak dari kecil lagi(tampar anak lu beb kalau cakap benda auta belaka sebagai pengajaran bukan tampar macam John Cena di WWE pula). kalau tidak anak lu pada hari dewasa kelak akan cakap benda auta sahaja hari - hari dan akhir jadilah macam papagamo.
rocky de rasidi says: wa rasa ini balasan bukan pasal pitnah DSAI je; lebey terok lembu ni kasik jahat sama BEKAZ BINI muallaf dia; dia boley manipulate institusi kerajaan utk dapat perintah jaga anak dan rampas anak gitu2 jek; berkasar pulak dengan bekaz bini; ni balasan sikit baru dari golongan teraniaya terutama bekaz bini
Catat Ulasan