20 Mei 2014

[WASPADA] Cermin Kereta Dibaling Dengan Tanah/Telur

Sekadar perkongsian

Malam tadi sekitar pukul 12.30 pagi saya melalui jalan biasa untuk ke KLIA.Ketika pulang melalui jalan LBJ-Seremban2 10km dari Jayajusco tiada satu kenderaan yang kelihatan.dengan tidak semena-mena terdengar bunyi dentuman kuat dicermin hadapan yang mengejutkan kami.

Apabila diamati segumpal tanah seolah-olah di baling oleh seseorang.wah! Terlintas dibenak fikiran ini pastinya taktik jenayah untuk membuatkan kami berhenti dengan membersihkan tanah yang menghalang pandangan.

Syukur kepada Allah swt saya meneruskan perjalanan dengan keadaan cermin hadapan yang sedikit kabur....

kesimpulannya,

1.jangan berhentikan kenderaan anda di kawasan sunyi tanpa pengguna jalan raya yg lain.

2.sekiranya tanah ataupun telor pada cermin anda,jangan gunakan wiper kerana ia akan mengaburkn lagi pandangan.

3.hati-hati dengan taktik licik lanun darat.. -sumber:fb



JANGAN BERHENTIKAN KENDERAAN JIKA DIBALING TELUR DI BAHAGIAN CERMIN HADAPAN


Ini adalah peringatan yang tak pernah jemu kami kongsikan. Jika anda memandu di waktu malam dan ada telur dibaling ke cermin hadapan kereta, pastikan jangan berhenti dan terus memandu ke kawasan orang ramai atau ke Balai Polis.

Juga jangan sesekali menggunakan wiper untuk membuang telur tersebut kerana telur bercampur air jika di'wiper, akan menghilangkan kejelasan pandangan cermin depan sehingga 92.5%. Jika ianya berlaku, pastinya anda akan berhenti di tepi jalan dan terus akan menjadi mangsa rompakan secara berkumpulan.

Ini adalah teknik yang semakin popular digunakan perompak jalanan tetapi kesedaran masih kurang pada ramai pemandu di Malaysia.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hudud

Tanpa Nama berkata...

Semua geng penyamun jalanan ini belajar dengan pemimpin2 penyamun yg mengurustadbir Malaysia. Yg kat atas sana samun ratisan juta yg kat bawah ratusan tinggit kira ok lah. Bagi yg kena samun ratusan ringgit malang sungguh lah habeh 4 kampit beras 10kg.

Tanpa Nama berkata...

Anon 11:27,
Saya sokong komentar saudara! Selama ni kita hanya takut kepada penyamun di jalan raya tetapi kita terlepas pandang penyamun yang terlibat dengan pemerintahan negara yang dipilih melalui pilihan raya! Padahal penyamun jenis kedua ini lebih bahaya kerana mereka menguasai tadbir urus negara dan mampu memanipulasi undang-undang negara!

paktehku berkata...

...Perlaksanaan hukum hudud dapat membenteras jenayah samun ini dan termasuk perasuah...

Tanpa Nama berkata...

Perlu di potong tangan dahulu (Mengikut hukum hudud). Baru ada kesedaran. tapi bukan potong suka - suka tanpa saksi dan bukti yang sahih.

Tuduh orang curi ikut sedap mulut, maka badan lu akan binasa mengikut hukum hudud. 40 sebatan keatas penfitnah.

Tanpa Nama berkata...

Kereta yang saya pandu pernah terkena situasi yang sama semasa saya ingin membawa akan kecil saya menerima rawatan ke hospital seremban. Cermin kereta saya pecah terkena balingan batu. dan selang beberapa minit ada penunggan motor sikal membantu saya untuk ke kedai cermin kereta. Setelah itu baru saya tahu tektik mereka. Berhati-hati dengan kumpulan berkulit gelap yang kini bermaharaja dengan tektik mereka dari simpang empat hinggalah ke kajang.