MIC beri amaran BN kalah Teluk Intan jika terus hina kaum lain
Pemimpin MIC hari ini memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) agar tidak memberi kenyataan menghina sensitiviti pelbagai kaum kerana ia memberi kesan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Sabtu ini.
Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam (gambar) menggesa pemimpin BN memperlihatkan imej yang lebih inklusif kepada rakyat Malaysia.
"Kebanyakan kenyataan seperti itu berlaku dengan keterlaluan, anda cuba menyatakan perkara yang anda rasakan boleh mendapat sokongan satu kumpulan namun ia mungkin tidak disukai kumpulan lain pula.
"Ia perlu tindakan seimbang dan kita perlu menjaga keseimbangan dengan tindakan paling optima," katanya kepada pemberita di Hospital Teluk Intan hari ini.
Apabila diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kaum Cina yang menyokong DAP sebagai tidak bersyukur, beliau berkata ia sepatutnya dielakkan.
"Apa pun situasi yang terjadi, bagaimana kita (pemimpin) perlu membaca secara politik, tetapi... kita mesti harus memperlihatkan tindakan yang boleh diterima semua orang. Ini merupakan salah contoh isu yang perlu dielakkan daripada terjadi," katanya.
Beliau berkata empat hari akan datang adalah amat penting bagi PRK Teluk Intan dan pemimpin BN perlu fokus dalam mempertahankan undi dan meningkatkan sokongan.
"Elakkan serangan peribadi, kita mempunyai banyak kemajuan positif bagi semua aspek demokrasi di negara ini dan kita sepatutnya menggunakan kelebihan daripada cuba melakukan perkara yang mungkin menjejaskan peluang kita," katanya. – 27 Mei, 2014. -TMI
Hina pengundi Cina: Zahid perlu mohon maaf, kata Kit Siang
Lim Kit Siang hari ini menyelar kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menyifatkan pengundi Cina yang tidak mengundi Barisan Nasional (BN) sebagai tidak bersyukur.
Ketua Parlimen DAP itu berkata rakyat adalah tuan, dan golongan yang tidak bersyukur adalah mereka yang diberikan mandat memerintah tetapi penghinaan kepada rakyat pula dilontarkan.
"Ini satu lagi contoh menteri mengeluarkan kenyataan tanpa berfikir dan secara ekstremis yang tidak membantu pembinaan negara.
"Dalam sistem demokrasi, rakyat adalah tuan. Mereka yang tidak bersyukur adalah mereka yang dipilih dan menghina rakyat seperti Zahid. Zahid perlu minta maaf," katanya pada satu sidang media di bilik gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.
Semalam, Zahid menggelar kaum Cina di Malaysia yang masih mengundi DAP sebagai tidak bersyukur setelah kukuh dalam kedudukan ekonomi.
"Melayu dan India yang membantu ahli perniagaan Cina. Tetapi apabila mereka mengundi, mereka memilih DAP. Mereka tidak bersyukur," Zahid memberitahu kira-kira 100 orang Melayu di Durian Sebatang, Teluk Intan semalam.
Dalam perkembangan lain, Lim menggesa pengundi luar Teluk Intan agar kembali ke kampung halaman untuk melaksanakan tanggungjawab Sabtu ini.
Katanya, PRK Bukit Gelugor menyaksikan peratusan keluar mengundi yang rendah dan Teluk Intan perlu membuktikan sebaliknya.
“Kamilah underdog. Harapan sekitar 40-60%. Namun setelah lapan hari, respon yang diterima sangat menggalakkan. Saya rasa peluang kami meningkat. Ia masih panjang bagi mendapatkan kemenangan.
“Kemenangan bergantung kepada pengundi luar kembali ke Teluk Intan. Ini kerana di Bukit Gelugor peratusan keluar mengundi hanya 46.5% setelah pengundi luar tidak pulang dan pengundi tempatan tidak membuang undi.
“Saya membuat rayuan SOS kedua pengundi luar untuk pulang. Setiap orang mesti berusaha untuk balik,” katanya.
Mengulas mengenai kekacauan yang dilakukan Pemuda Umno di beberapa negeri baru-baru ini, Lim berkata PR akan berbincang bagi mengatur strategi membasmi gangster politik dalam negara.
Katanya, insiden sedemikian mengancam keharmonian, perpaduan dan masa depan Malaysia maka ia tidak patut dibiarkan.
“Calon BN Datuk Mah Diew Keong mesti menyatakan pendirian. Bagaimana dengan semua ekstremis dan gangster politik? Saya berasa terkejut dan malu tindakan pemimpin Umno.
“Mah, inikah standard politik kamu? Mahu jadi sebahagiannya? Memalukan.
“Saya fikir Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein, Tun Tan Cheng Lock tidak boleh bersemadi dengan aman,” katanya. -TMI
PRK Teluk Intan:‘Cina tidak bersyukur’ - MCA, Gerakan minta Zahid beri penjelasan...!!
Dua parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN) menuntut Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenyataan "pengundi Cina tidak bersyukur".
Gerakan dan MCA berkata, menteri dalam negeri itu harus menjelaskan kenyataan beliau kerana BN berkemungkinan akan tewas di Teluk Intan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu ini.
Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng berkata, kenyataan itu akan menjejaskan sokongan pengundi Cina sedangkan presidennya, Datuk Mah Siew Keong adalah calon BN di sana.
Mah akan menentang calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam PRK itu.
"Sudah tentu ia akan memberikan kesan kepada undi jadi beliau perlu menjelaskannya," katanya merujuk kepada Zahid.
"Bagaimanapun, saya percaya beliau tidak mempunyai sebarang niat yang berunsur rasis," kata Liang kepada The Malaysian Insider.
Ketika di Teluk Intan semalam, Zahid berkata, hanya kaum Cina yang gembira jika BN tewas di Teluk Intan kerana mereka sudah mewah dan tidak bersyukur atas kejayaan mereka. -TMI
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
12 ulasan:
Inilah akibatnya apabila sudah lama memerintah. Depa ingat kuasa tu hak mutlak mereka dan bukannya dipilih oleh rakyat tapi depa yang pilih rakyat.
Inilah kesannya apabila terlampau banyak DNA "BABI" dalam badan walaupun tak makan daging babi secara langsung. Otak pun bertukar jadi otak "BABI" yang memang BODOH, terutama pada pandangan orang cina. Depa kan selalu kata BODOH macam BABI. Inilah manusia yang paling CELAKA dan lahir dari dubur UMNO. Spesis serupa dengan Mamak. Mamak datang dari INDia, dia ni pulak berasal dari INDon.
Nasib baik aku tak ada kuasa mendera. Kalau tidak, aku jentik teloq dia, baru dia tahu apa makna "SAKIT".
Rakyat Malaysia terutama orang muda dahagakan pemimpin yang telus, amanah dan berintegriti tanpa mengira keturunannya. Pemimpin yang baik adalah aset bagi negara kita dan bukannya pemimpin tua yang rasuah, tiada berwawasan (masih dengan wawasan Che det), bodoh bila berbicara, bersifat perkauman, ...
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH. Kata Tok Jib.
macam gengster bercakap daa ! gengster kot ? ABU !
Itu aku tak kisah.
Yang aku marah tu, Zahid kata Dyana tak secantik mana pun.
Pada akulah, Dyana tu jauh lebih cantik kalau dibandingkan
dengan anak perempuan dia.
Ibu Dyana ada kata macam tu ke, pada anak Zahid.
Malu aku dapat Menteri macam ni.
Lagi satu, pasal kenang budi.
Dia tu banyak cantik, kenang budi Anwar.
Melayu yang sokong BN tak bersyukur, dapat BRIM hasil Pakatan Rakyat, dulu BN mana pernah bagi
LIM KIT SIANG, GUE RASA TIDAK BERAPA TEPAT DALAM KOMEN LU TERHADAP UCAPAN ZAHID HAMIDI. SEELOKNYA DLM SISTEM DEMOKRASI. MEMANG RAKYAT LAH YG MENJADI TUAN. MEREKA YG TIDAK BERSYUKUR ADALAH APABILA MENDAPAT MANDAT, WALAUPUN DENGAN UNDI MINORITI, MEREKA MENGKHIANATI MANDAT ITU DENGAN MENIPU/MEMBOHONGI RAKYAT (MISALANNYA DLM ISU HARGA PETROL), SALAH URUS (PENINGKATAN HARGA LETRIK DEMI MENUTUP KOS PENJANA LETRIK SWASTA), PEMBOROSAN MELAMPAU (PENGIMPOTAN 2 EKOR PANDA DGN PERBELANJAAN PULUHAN JUTA RINGGIT), MEMUNGKIRI PERJANJIAN ROYALTI PETROLEUM, KEBANJIRAN PENDATANG ASING DAN BERBAGAI KEMUNKARAN YG MENJURUS KPD KESUBURAN RASUAH DAN LAIN2 JINAYAH.
9
Pemimpin2 umno dah bertambah2 arogan dan hilang budi pekerti..mari kita sama2 nyahkan mereka2 ini dari pentas pemerintahan negara.
Pangkah lgi. Hidup Melayu.
X payah nyah tunggu panggilan Ilahi je sapa2 pun pasty jwb sendiri dialam barzah. Sekian dimaklunkan
Dia nie memang gangster.gangster kampung.pukul anak muda antar geng.dah teruk baru berani.sendirian.....fuh....terkencing bro.dunia bole sorok.akhirat nanti....baru tau.apa hak dia plak nak orang bersyukur pada sesama manusia.bodoh aper ker.jahil murakab.standard celaka menteri umno.
org mcm ni perlu sgt ka ada dlm kabinet. najib should sack him first then only sack yourself.. vote for PR.
Dari dulu kini dan selamanya umno memang dianggotai orang-orang BODOH BANGANG DAN BAGHAL...... SAMSENG GENGSTER DAN PENYANGAK.....
SEJAHAT JAHAT KOMUNIS TAK SERANG DUN BUDAK UMNO BUAT...... MEREKA PATUT DI HUKUM KERANA BABARIC ACT INI.....
No more palce for umno
Macam ni punya sengal umno pun org melayu saluran 1 terutamanya menyokong bagai nak rak...kita yg prihatin risau memikirkan betapa rakusnya mereka mengaut kekayaan negara mcm mak bapak depa punya...semoga Allah membuka mata hati mereka utk bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhoi Allah....amiiin
Catat Ulasan