27 Mei 2014

[HOT] Apa Kata Ust Hadi Terhadap Dyana Sofya?


Dyana lebih berani daripada saya kerana jadi calon DAP, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyifatkan calon Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud seorang "berani" kerana bertanding atas tiket DAP, dan berkata keberanian seperti itu diperlukan di kalangan pemimpin pembangkang.

Hadi berkata pengundi perlu memilih Dyana kerana kesanggupannya menjadi calon DAP.

"Kita mesti pilih seorang bertenaga, yang tunjuk keberanian dia. Kita anggap Dyana berani, sanggup jadi ahli DAP. Calon DAP juga.


"Saya sendiri tak sanggup jadi calon DAP," kata Hadi berseloroh semasa bertemu para pengundi di sebuah majlis jamuan teh di Teluk Intan.

Presiden PAS itu tiba hari ini di Teluk Intan untuk turut serta dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkempen untuk Dyana menjelang pilihan raya 31 Mei ini.

Berucap di hadapan penyokong majoriti Melayu hari ini, Hadi berkata soal bangsa seseorang calon tidak penting dalam pilihan raya, tetapi yang lebih penting adalah perwatakan dan prinsip.

"Kalau kita cerdik, kita bukan bincang pasal bangsa orang yang kita pilih sebagai calon jadi wakil kita, wakil bagi Parlimen. Kalau menang sebagai calon, akan cakap di Parlimen bagi pihak kita.

"Kita percaya Dyana, lawyer muda, kalau menang jadi wakil rakyat kita, dia bercakap, dia berani, kita percaya."


Sebaliknya, Hadi berkata calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong akan hanya jadi "tukang angguk" di dalam Parlimen.

Hadi berkata beliau bimbang BN menggunakan wang dan saguhati memancing undi dalam pilihan raya di Teluk Intan.

"Saya percaya, khususnya di kawasan-kawasan Melayu, (BN) akan banyak tabur duit. Saya tahu ini kerajaan BN, terutama bila calon kaya," katanya.

Hadi turut memberi perumpamaan ikan dan umpan.

"Ikan cerdik makan umpan, tak makan kail. Bagilah banyak-banyak umpan, biar umpan habis. Kail jangan makan," tambahnya.

Beberapa menteri sebelum ini menjanjikan pelbagai pembangunan di Teluk Intan sekiranya presiden Gerakan menang, termasuk kelajuan Internet lebih tinggi, sebuah krematorium dan dewan orang ramai untuk masyarakat India, dan pakaian seragam baru untuk sukarelawan Rela.

Bagaimanapun, Mah menjauhkan diri dari janji tersebut dengan berkata beliau hanya bertanggungjawab untuk manifesto sendiri. -TMI


Dyana calon yang bertenaga dan berani – Presiden PAS

TELUK INTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta pengundi Teluk Intan memilih calon yang berani dan membawa suara rakyat di parlimen.

Kata beliau, keberanian yang ditunjukkan calon yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud wanita Melayu yang sanggup mewakili DAP harus menjadi pilihan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei nanti.

"Kita pilih calon yang boleh membawa amanah kita, membawa hak suara kita di parlimen dan bukannya pemimpin yang hanya tahu 'angguk' walaupun perkara itu tak betul.

"Dyana calon yang bertenaga dan keberanian beliau yang kita inginkan. Beliau wanita Melayu yang berani menjadi calon DAP, saya sendiri pun tak berani nak jadi calon DAP," ucap beliau sambil disambut ketawa para hadirin.

Beliau berucap demikian pada Majlis Hi-tea Bersama Presiden PAS di Taman Cicerly yang turut dihadiri Dyana.

Beliau menjelaskan bahawa Dyana mempunyai peranan di dalam DAP yang akan membawa suara orang Melayu.

"Walaupun yang bertanding itu DAP tetapi calonnya adalah Melayu dan sebagai orang Melayu kita patut menangkan calon Melayu.

"Kita patut bincang soal calon, kalau DAP menang beliau yang akan bercakap bagi pihak kita. Suara beliau bukan hanya mewakili orang Cina tetapi juga suara orang Melayu," jelasnya.

Ahli Parlimen Marang itu turut memberitahu masih ada rakyat negara ini yang hairan kerana PAS sanggup bekerjasama dengan DAP dan tidak dengan Barisan Nasional (BN).

"PAS tidak bekerjasama dengan BN kerana kita telah beri peluang sebelum ini, mereka ajak kita masuk kerajaan ketika itu.

"Kita masuk dengan syarat tampilkan perkara yang elok-elok dalam pentadbiran tapi mereka tendang kita sehinggalah berlakunya darurat di Kelantan.

"BN meluluskan darurat di Kelantan melalui parlimen dengan tujuan untuk menjatuhkan PAS, DAP waktu itu membela kita dan bantah darurat di Kelantan.

"Kita tak lupa jasa dan kita kenang budi mereka, sekarang kita bersama mereka dengan matlamat perjuangan yang sama," sambung beliau.

Tambah beliau, walaupun ada perbezaan pendirian namun PAS dan DAP mempunyai banyak persamaan terutamanya dalam urusan memperjuangkan hak rakyat.

"Walaupun ada perbezaan tapi banyak persamaan dan kita bekerjasama dalam hal ini, ini beza dengan Umno mereka tak mahu bincang tetapi DAP walaupun ada perbezaan pendapat kita masih boleh duduk bersama untuk berbincang.

"Kita bekerjasama dalam segala hal untuk pastikan calon Melayu dari DAP akan menang pada pilihanraya kecil ini," katanya.

Beliau yang meminta agar pengundi Melayu memberi sokongan penuh kepada Dyana bagi memastikan wanita Melayu dapat mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Teluk Intan.

Dalam pada itu beliau sempat berbual-bual dan turut memberi nasihat kepada Dyana ketika program hi-tea itu.
-HD






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


4 ulasan:

Unknown berkata...

Sokong Dyana, kerana ada prinsip untuk kebaikan rakyat, adalah yg paling utama. Faktor dia adalah melayu, itu merupakan bonus. Sekiranya melayu, tapi berpihak di sebelah sana, nak buat apa? Tiada sempadan kaum dlm politik.

air gunung berkata...

Berentilah jd katak bwh tempurung.otak diberi utk diguna.bkn dikurung.malu la zaman buta huruf dah hampir berlalu tp masih ketinggalan dgn pemikiran selut.sampai nak berfikir pun takut.nak fikir pun kena minta izin juga ker.biar jer lah parti umngok jadikan itu sebagai syarat keahlian parti reputnya.aqal kita terlalu mahal utk dipajakkan kpd umngok n the geng.ubahlah umngok oiii kalu nak kekal relevan.itu zaman firaun boley la.ker memang minat jd firaun.

Tanpa Nama berkata...

Daripada masuk UMNO, baik anak muda masuk DAP,PAS@PKR

Tanpa Nama berkata...

Kan lebih baik jadi ustazah untuk membimbing golongan muda yang semakin banyak tersasar dari masuk politik.