20 Mei 2014

[BIAR BETUL] 70% Undi Atau 700 Undi Untuk Nabi Bux?


Dapat 70 peratus undi: Nabi Bux bermimpi atau realiti?

GEORGE TOWN: Calon Bebas pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar yakin akan mendapat sehingga 70 peratus undi di kawasan berkenaan.

Mohamed Nabi Bux, 63, berkata beliau bukan sahaja mendapat sokongan daripada orang Melayu di Parlimen Bukit Gelugor malah kaum lain juga memberi maklum balas yang baik sepanjang siri kempennya sejak penamaan calon pada Isnin lepas.

“Sokongan dan maklum balas yang diterima sangat baik dan boleh dikatakan setiap tempat yang saya pergi berkempen memberi reaksi yang baik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasar Malam Kampung Melayu, Air Itam di sini semalam.

Ditanya mengapa beliau begitu yakin akan menang, Mohamed Nabi Bux berkata ia berdasarkan manifestonya dan sepanjang berkempen beliau tidak pernah menabur janji.

PRK Parlimen Bukit Gelugor Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mohamed Nabi Bux dan Ramkarpal Singh Deo (DAP) serta calon Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan seorang lagi calon bebas Abu Backer Sidek Mohamad Zan. -BERNAMA


ULASAN GB

70% Undi atau 700 undi? Hebat betul Bernama dan media massa pro UMNO naik dan julangkan Nabi Bux. Hari-hari keluar akhbar dan TV.

Kalaulah 70% undi nampaknya terkangkanglah Ramkarpal, hancur terus PR dan dah PR tak payah pening-pening nak bertanding lagi di mana-mana kerusi pilihanraya termasuklah PRU....

Nampaknya Bernama dan media arus perdana tumpang sewel dengan calon proksi UMNO tersebut....





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah calon yg najib cadangkn.hehehehehehehe.

zamani berkata...

hanya orang lain saja yang tau kita ni gila.

Tanpa Nama berkata...

Biarlah dia bermimpi. Jangan kacau dia. Nanti mlm lepas prk dia akan tersedar.

Tanpa Nama berkata...

RALAT, harap maaf bukan 70% tetapi 70 undi, silap cetak.

Tanpa Nama berkata...

Entah-entah 7 undi pun tak dapat.
Sewel punya Bux.

Tanpa Nama berkata...

kalau mcm ni punya makhluk pun ada org pilih gak, memang sah org tu sewaktu dengan dia....

Tanpa Nama berkata...

mana ada Nabi lagi selepas Nabi Muhammad, ini semua auta belaka, siap keturunan lagi jadi nabi,

berapa banyak dapat wahyu bro?
mana dapat idea bro? you jangka 70% ADA HARAPAN HILANG WANG PERTARUHAN.

Baguih la kalau dari awal lagi dah ramal akan hilang wang pertaruhan.
Nampak macam ceredik sebenagnya b*d*# piang macam OMNOOO jeeerr