Zahid sahkan berlaku kecurian di rumah anak sulungnya
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan berlaku kecurian di rumah anak sulungnya, Nurul Hidayah, di Country Heights Kajang.
Beliau bagaimanapun berkata tiada sebarang kesan pecah masuk dalam kejadian itu.
"Ya (ada kecurian), barang sahaja yang hilang, tapi pintu tidak pecah, tingkap juga tidak pecah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab turut mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, dan berkata antara barang yang hilang ialah dua jam tangan serta wang tunai RM1,000.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.
Nurul Hidayah, 35, yang merupakan Naib Presiden Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Perumahan Negara Berhad dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta politik, juga pernah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada Mac lalu, sebelum menarik diri. – Bernama
ULASAN GB
Berulang kali GB sudah katakan tapi Menteri KDN, Pemandu dan KPN masih bertegas menyatakan kadar jenayah dah turun.
Petikan ulasan GB yang lalu
Sekarang satu demi satu terkena batang hidung, beberapa hari lepas Bekas ketua Wanita UMNO Bukit hangus mati ditikam, pada bulan lalu banglo Rahim Tamby Chik diceroboh, dari berita di atas rumah bekas Ketua Polis Melaka dan jirannya di Taman Sentosa kena rompak dan kini rumah exco di pecahmasuk. Beberapa rumah artis juga menjadi sasaran seperti Wardina, Mawi dan terbaru rumah Aznil dan Imuda.
Kebenaran itu tidak boleh disembunyi atau ditipu. Ia akan muncul juga bahawa kadar jenayah tidak turun seperti yang digembar-gemburkan.
PDRM nampak gayanya lebih memberi tumpuan untuk menyekat demonstrasi aman GST oleh rakyat pada 1 Mei akan datang ini.
Sedangkan persoalan jenayah diabaikan dan dipandang remeh.
Kita bukan nak mentertawakan menteri berkenaan apabila rumah anaknya mengalamai kecurian, tetapi kita ingin mengingatkan polis yang berada di bawah kementeriannya supaya berkhidmat umengekang jenayah, bukannya menyekat demonstrasi aman oleh rakyat ynag kini begitu tertekan kehidupannya oleh dasar-dasar kerajaan.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
10 ulasan:
setuju 110persen dengan GB,mangkuk betoi semua pi pantau demo & lupa segala bala punya mak nenek macam awang afrika penipu rakyat negara,pemandu tarak tanggungjawab atas jalanraya,jenayah hari2 ,bunuh pun dah jadi kerap,tembak menembak(camna senjata api boleh masuk?),tapi para demo yang mau tuntut keadilan untuk rakyat jugamau tuntut bersihkan daftar pengundi saja diberi perhatian berat!,mykad palsu berleluasa pun tak ambil berat aparaa? ABU !
apa nak heran duit mereka banyak sekali kena curi belum lagi muflis, kami rakyat tak payah curi naik saja harga minyak mulalah mengelabah.
Apabila rumah menteri, rumah pemimpin UMNO, rumah pegawai kerajaan dan rumah artis dan selebreti terkenal dipecah masuk semua orang heboh. Berbagai2 media cetak dan elektronik mahupun blog-blog berlumba-lumba memaparkan musibah yang menimpa mereka.
Tapi rumah saya dan jiran-jiran saya rakyat marhaen ni tidak ada siapapun yang ambil kisah.Rumah saya sendiri dah dua kali dipecah masuk dalam masa tidak sampai setahun pun. Begitu juga rumah jiran-jiran, setiap kali kami pulang ke kampung atau bertugas di luar kawasan. Setiap kali berlaku kecurian repot polis dibuat, berbagai usaha pencegahan telah dilakukan di atas inisiatif sendiri dan jiran-jiran tetapi masalah macam takkan kunjung padam...
Kadang-kadang rasa macam hidup ini sudah tiada keberkatan apakah disebabkan kesalahan diri sendiri atau pihak berwajib kepada MAHA PENCIPTA...
kalau di rumah anak menteri..setakat hilang 2 jam dan rm1000 itu bukan kecurian namanya.itu ambil saja
Dia ni bukan menteri polis ka ? Allah nak tunjuk....
Keselamatan dlm negeri dah tak terjamin. Bini orang pun boleh dirompak sekarang ni. Apa nak heran. Takat RM1000 dan 2 buah jam tak jadi kudis pun. Kapalterbang hilang pun depa senyum je. Yg peritnya kita semua, rakyat yg diperbodohkan siang dan malam.
Setuju sangat dgn text ni..RAKYAT MEMANG DIPERBODOHKAN. YG PELIK ORANG BIJAK PANDAI MENGAGUNGKAN PM YG BODOH DAN LEMAH ASALKAN TEMOLOK METEKA BERISI.
Itu duit siapa?
Betul tu.. kapal terbang hilang cari tak jumpa.. sebab ini peringkat dunia.. internasional tau..
Tapi yg hairan peringkat amatur 2nd klas pun cari tak jumpa.. siapatu yg bom pakai C4.. sirul ka apa tu..
Yg pelik pula air mani atas tilam boleh jumpa dn kenal pula tuannya
siapa..
Nak seribu daya.. klau tak nak... hem..
hilang 2 jam dan RM 1000 anggap bayar zakat jerlah, lagi pun tiada unsur pecah masuk mungkin kerja anak beranak.
Catat Ulasan