Nampaknya Blue Wave Army (BWA) cadangan Ahmad Maslan telah mula menjalankan kerja-kerja, bukan untuk menjawab ftnah yang kononnya menjadi matlamat utama Blue Wave Army ditubuhkan, tetapi mula menaburkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.
Semalam, di dalam satu posting fb Blue Wave Army, ada disiarkan berita ini:
Penemuan senjata berbahaya Di Bilik Gerakkan PKR Lumut .. Berkemungkinan besar senjata yg dijumpai ini akan digunakan menjelang hari himpunan reformasi 2.0 yg akan diadakan pada 1 Mei nanti ..
Harap pihak berwajib dapat memantau semua pergerakan aktivis dan pemimpin2 puak pembangkang !!! saya tak mahu negara kita hancur seperti negara islam yg lain !!!
Dilaporkan juga di bawahnya foto senjata yang dimaksudkan siap dengan lambang PKR di senjata berkenaan.
Tapi malangnya, foto itu sebenarnya diedit daripada satu foto yang pernah dsiarkan oleh portal berita Couriermail yang berpusat di Australia bertarikh 17 Ogos 2013 dengan kapsyennya menyatakan ia "adalah pelancar roket yang kini dijadikan cenderamata kepada Skuad Pengebom Polis Queensland selepas menjalani satu operasi berisiko tinggi."
Dengan pendedahan ini, maka terbongkarlah niat jahat tetapi bangang kumpulan macai ini... Dan saham fitnah itu dikongsikan bersama dengan pencadang kepada Blue Wave Amry tersebut iaitu Ahmad Maslan namanya!
Tubuh 'Blue Wave Army' jawab fitnah tentera siber pembangkang - Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Maslan hari ini mencadangkan penubuhan tentera siber parti untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA).
Beliau yang tertarik dengan penggunaan nama 'Blue Wave Army' menambah, kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).
"Paling utama, kita tidak akan ikut cara mereka (RBA). Kita tidak akan memfitnah dan hanya akan cerita kebenaran serta perkara yang perlu diberikan penjelasan kepada rakyat.
"Tetapi kalau mereka serang kita, kita kena jawab. Kita jangan biarkan mereka serang kita begitu saja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Bahagian Cheras bertemakan 'Menyantuni Masalah Rakyat' di sini, hari ini.
Pada konvensyen itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan turut memberi penerangan berhubung CBP yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, selain menjawab soalan daripada penduduk berhubung isu semasa.
Beliau menjelaskan pelaksanaan CBP tidak akan ditangguhkan meskipun terdapat desakan daripada pembangkang termasuk mahu menganjurkan perhimpunan membantah CBP pada 1 Mei ini, memandangkan sistem CBP adalah lebih telus dan telah digunakan banyak negara maju.
"Sudah beberapa kali kita tangguh pelaksanaan GST (CBP) dan kali ini juga kita beri masa yang cukup panjang sebelum kita nak laksanakannya.
"Kalau ada yang mengatakan GST akan menaikkan harga barang, itu adalah tidak munasabah, kerana selama ini kita membayar cukai jualan dan perkhidmatan secara tidak sedar, berbeza daripada GST pada kadar 6 peratus saja," katanya. - BERNAMA
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
13 ulasan:
skima je gue nengok muka si maslan tu. sah time sekolah dulu jd mangsa buli. skrg dh besar buat huru hara pulak... tgk bibir lebar dia je pun boleh tau dia kaki fitnah..
LPS NI DIA ORG JD BLUE FILM ARMY
Tak payah layan, klu bab2 fitnah ni serah je kat depa dari menteri2 depa sampai ke macai2 buat cerita fitnah mcm org bodoh je malas nak layan.
Kalau kepala otak memang jenis biru apa boleh diharapkan dari mereka ini selain dari fikiran budaya biru. Satu dunia dah tahu kumpulan ini kaki otak biru yang terkenal dengan adegan dubur saipol, tarian geleng bontot, rogol amah dan sebagai...
Blue Wave Army akan lancar blue film 1 Malaysia.Pelakun utama nya A Mad Lan
blue film 1 Malaysia.Pelakun utama nya A Mad Lan dan heroinnya Bik Mama
Saya rasa pun begitu juga...kita tunggu kat pawagam terdekat untuk menyaksikan flem lakonan A Mad Lan ni..tentu meletop punya...
Aku rasa PKR Lumut buat laporan polis kemudian boleh saman blogger tu, biar BWA jadi macam Papagomo.
Pasal senjata api ini kesalahan yg berat.
saman jgn tak saman! menjadi2 fitnah superimpose.
Semoga allah hancurkan mereka kerana kejahatan dan fitnah mereka
Kalau ye pun nak tabur fitnah gunalah otak sikit..ni otak letak kat celah kalangkang..Pasni tak tau lah sticker apa plak yg depa nak tepek kat mana..tepek kat dahi mat lan biar dia telompat2 jadi pocong..
SEANDAINYA PR YANG MEMFITNAH BN SEPERTI INI, AGAKNYA APA TINDAKAN YG BAKAL DIAMBIL OLEH PIHAK BERKUASA? Macai kiri & kanan sila beri komen anda.
Jngan layan @ amek port fitnah mcm tu....jangan jd bangang semula jadi mcm diorang....sokong amat2....saman yooo
Catat Ulasan