Kuala Lumpur – Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba buah dada seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.
Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.
Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis itu sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi: “Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”
Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.
Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya.
“Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang,” tanya seorang pemilik akaun Facebook bernama Mohd Syafiq.
Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah.
Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.
Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.
Dalam laporannya, Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.
Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai.
“Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan semata-mata nak jatuhkan maruah profesor,” kata Basyari Fiqri.
Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan sabar dengan dugaan. -malayazoom
ULASAN GB
GB tidak tahu apa maksud pensyarah berkenaan hendak sampaikan dengan menyampaikan sepotong ayat :
“Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”
Apakah ia sebagai peringatan kepada pelajar yang menuduhnya, atau kepada dirinya sendiri, atau kepada semua orang yang sedang memperkatakan isu hangat tersebut. GB ambil jalan gtengah bahawa ia adalah untuk semua.
Jika beliau tidak melakukan seperti yang didakwa oleh pelahar berkenaan, maka tidak apa pun yang perlu dirisaukan. Fitnah tidak akan dapat merubah dan merobek kebenaran.
Namun jika perkara yang didakwa oleh pelajar berkenaan itu adalah benar, maka menjadi kewajipan kepada beliau untuk memohon maaf kemudian bertaubat dengan Allah swt untuk tidak mengulangi perkara tersebut. Ia mudah diselesaikan tetapi memerlukan keberanian, keikhlasan dan kejatian diri yang tinggi untuk membuat pengakuan dan berani untuk mengambil tindakan mengubah sikap kepada yang lebih baik. Bukankah beliau seorang yang sering memberikan motivasi kepada orang lain? Maka beliau sebenarnya kini diuji dengan apa yang beliau sendiri ajarkan dan serukan kepada orang lain..... iaitu keberanian untuk memperakui bahawa kebenaran itu kebenaran...
Sesungguhnya tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan daa tidak ada manusia nyang tidak berbuat dosa dan salah. Dan sebaik-baik mereka yang berdosa dan bersalah ialah yang bertaubat.
Sabda Rasulullah saw: "Setiap anak Adam itu berdosa belaka dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang memohon taubat (kepada Tuhannya)." (Riwayat At tirmizi (2499), Ibn majah (4251) dan Imam Ahamd (111/198)).
Wallahu 'alam.
55 ulasan:
prof pernah menjadi pensyarah Matematik saya sewaktu prof mula2 pindah dari kampus Dungun....waktu mula2 kami xdengar lagi tentang kesnya di Dungun, tp lama kelamaaan makin banyak cerita yang kami dapat tahu dan asbab mengapa prof ditukarkan ke kampus Arau....dalam kelas ada gak nmpk prof bgurau2 ngan student perempuan tapi masa tu kami anggap tu prkara normal bagi seorang pensyarah dengan students nya....tp dpt dgr sendiri budak ppuan kelas kami habaq prof selalu mesej diayg tak berkaitan dengan pelajaran...Wallahualam
Teringat pula kisah sejarah seorang isteri pembesar zaman dulu, yg cuba menggoda Nabi Yussof as. Jika difikirkan ada juga wanita yg sanggup bertindak hingga ketahap yg kita rasakan mustahil berlaku. Dalam sesetengah drama, wujud juga adegan penceritaan sedemikian. Ini menunjukkan seplah-olah kejadian penceritaan spt kisah wanita dgn Nabi Yussof as itu boleh berlaku, dlm pelbagai bentuknya sama ada gagal mengawal diri, dendam atau mungkin diupah oleh pihak lain.
Ank my neighbour mmg pernh kje ngn prof izzi.bertahan sehari shj kerna behaviour prof izzi.n dier bgtau ayh dier xnk kje dh dgn prof.n my fther pun kje uitm arau,mmg ada student cmplain about prof izzi ni
Bohong!Ini semua konspirasi nak jatuhkan nama baik prof izzi.Mana mungkin orang yg dikenali sebagai motivator boleh berbuat begitu.Mustahil!Konspirasi!!
Hahahahahaha..........tak nak tak nak tak nakkkkk... Selamat beramal izi wooiiii... Jangan dok panggil prof lagi
ayat quran klu di baca mcm satu peringatan,tapi klu di fahamkan betul2 dan ada yg memahamkan dari sudut marifat dan tersembunyi....mcm satu perin gatan yg berunsur ugutan jeeee tu,wallahualam
Salam, hakikatnya ialah sehingga perkara ini dapat disahkan kebenarannya - samada dengan bukti-bukti yang kukuh dari si tertuduh atau melalui pengakuan dari Prof Izzi sendiri - tidaklah wajar untuk kita membuat andaian yang beliau bersalah.
Dan tidaklah juga wajar kita mengeruhkan lagi keadaan dengan membawa cerita-cerita tentang Prof Izzi yang mana tidak disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh.
Bagi kita yang berasa seronok dengan skandal yang menimpa Prof Izzi pula, pesan saya untuk diri saya sendiri dan juga para pembaca blog ini ialah tiada manusia yang sepi dari melakukan kesalahan dan tiada manusia yang sepi dari ditimpa fitnah.
Bersangka baiklah wahai teman-teman - itu lebih sesuai bagi kita sebagai insan yang dipanggil Muslim.
Biarkan proses pengadilan berjalan dahulu.
Manusia ini memiliki nafsu dan fikiran. Bila nafsu mengatasi pemikiran macam2 boleh jadi. Bagi orang islam hanya iman dapat menilai baik buruknya. Jangan perbesarkan masalah kalau mangsa dah buat polis biarkan pihak polis jalankan siasatan.
As_Salam,
Pertama sekali saya ingin mengucupkan Innalilla'wainna ilaihirajun. Ini lah musibah yg melanda umat kita ketika ini. Saya ingin mengajak saudara2, saudari2 untuk renung dan berfikir apakah yg sebenarnya berlaku. Terpulang kepada interpitasi sesaorang untuk menganalisa apa kah benar dan bohong belaka. Ini juga ibarat kehilangan MH370 buat masa ini, berbagai spekulasi ttg perkara ini.
Memang fitrah manusia untuk mencari kebenaran walaupun ianya agak sukar. Bagi saya sekiranya kita bertanyakan kepada tuan tubuh "Adakah beliau berak ditengah jalan" nescaya tiada sesiapa pun akan mengaku, walaupun beliau lah yg melakukannya. Jadi apa alternatif sebenarnya yg kita ada?
Kalau MH370 kotak hitam yg kita cari, jadi di sini cuba kita selidik pelajar perempuan yg di raba tersebut, adakah beliau jenis seorang yg jaga kehormatan? Adakah keluarga perempuan tersebut kuat peganggannya agamanya? Cara hidup dan corak kehidupan keluarga tersebut? Ini semua adallah juga cara2 Islam menitikberatkan saksi2 sekiranya berlaku kesalahan syariah di kalangan umatnya. Wallahu'alam.
Sykadeer.
Adik perempuan saya yg pernah belajar di UiTM Dungun pun mmg kata, cerita pasal mamat [prof la konon] ni mmg ramai yg jadi mangsa. Sbb dah byk aduan, maka mamat ni kono tukar.
Kesian budak "Remaja Perempuan Islam" d UiTM Arau pulak yg jadi mangsa.
Mohon pihak berkuasa Polis dsb ambil tindakan tegas.
walaupun professor..imam...tok guru..atau alim ulama ke..semua hambanNYA memupunyai nafsu.renung renungkan....
Assalam,
Moral of the story -- the ladies will be questioned of her integrity in sexual harassment cases -- which causes us to refuse to report the harassment. Kudos to the girl, whom is willing to set aside her pride (not to mention her dignity), to see justice being served.
An Nisa: 19
Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
To my dear sisters -- Marilah beristiqamah dalam menjaga kehormatan kita -- Allahhumma ahsanta halqi, wa ahsanta huluqi.
Wallahua'lam
Jangan peralat ayat Quran. Mohon jawab tuduhan tersebut. Nampak ada kebenaran sebab tu dok peralat ayat Quran
Standard arrhh.org dh famous & klu kantoi buat silap kluar dalil bagai.. Klu anak jantan jumpe bapak budak tu face to face.... Zaman skrg sume org x leh caye...doktor ke ustaz cikgu ke..mufti ke..yg membezakn iman & taqwa ...and that is subjective....
Doktor phd professor bukan menjamin kemaksuman....
Kemaksuman bukan boleh dicapai dengan menyiapkan beberapa buah thesis..dan journal...
Pihak yg menuduh mestilah mendatangkan semua bukti dan/atau saksi, mana boleh buat laporan tuduh ikut suka sewenang2nya tanpa bukti atau saksi berwibawa maka tuduhan itu tiada asas pertimbangannya. Hakim pun akan mengenepikan kes kalau asasnya tiada atau teramat lemah.
Pihak yg dituduh tidak perlu membuat penafian ataupun pengakuan, jika pihak penuduh gagal mendatangkan bukti dan/atau saksi. Tetapi sekiranya tertuduh yg tahu dirinya bersalah, boleh membuat pengakuan sukarela bukan dgn tekanan/paksaan dan itulah sebaik2 penyelesaian.
Masing2 ada hak, penuduh dgn haknya dan tertuduh juga mempunyai hak mendahului penuduh.
Pelajar itu dekat nak periksa dipanggil menemui pensyarah di biliknya, dan terdapat 2 siswi lain diwaktu yg sama. Kenapa? Tentu ada masalah pelajaran untuk menduduki peperiksaan, mungkin juga paper dah carry 2 kali. Takut dimarah ibubapa atau malu pd rakan & jiran atau sbb2 lain, maka adalah isu untuk buat lapik. Alang2 merudum seorang biar ada yg kantoi bersama. Matematik bung matematik neng, subjek berat mungkin 4 jam kredit tanpa persediaan cukup, tak faham nak jawab, CGPA semasa alahai hapus lubang hidung, carry mark 9/30 contohnya - macam2 boleh jadi. Di ITM Dungun dulu ada siswi telan sekitar 50 (lima puluh, bukan salah taip) butir pa----l, kerana pressure. Ini kisah benar, tidak perlu didedahkan siapa siswi tersebut. Kini dgn bantuan doktor hospital KT, para pensyarah dan tentunya dgn izin Allah SWT jua, dia berkerjaya dan berkeluarga, alhamdulillah. Apa khabar Syed Ahmad Al Junid?
Iyelahh...yang pelik..nya nak bawak bukti macam mne...nak rakam pn xde...x kn sbb professor lepas cmtu aje.... Klu dia rela du raba sekali pun sepatutnya professor tu pn boleh pikir kn?
Professor pn x bagi response yg keras terhadap tuduhan...
For me.. Dr fadhilah kamsah is more better..than him
Semoga allah tunjukkan kebenaran
Mana menghilangnya UMNO, kalau anwar cepat mereka jadi dalang
Anon 6:47PM
Anon 5:45PM & 6:29PM adalah saya sendiri orang yg sama. Apa yg diterangkan di ITM Dungun itu adalah perkara sebenar terjadi krn saya berada di sana masa itu. Tetapi tarikh, tahun, nama kursus dan nama siswi terpaksa dirahsiakan hingga bila2, itu etika dan prinsip. Walau apa pun peristiwa itu adalah tetap benar. Pelajar perempuan biasanya tidak tahan dgn stress, tambahan lagi jika terlalu dimanjakan sejak kecil. Izuddin Ali itu juga pernah menjadi pensyarah saya subjek matematik 1 semester di ITM Dungun (kini UiTM). Opss tak boleh nak cerita lebih2.
Most of the phd holder from malaysia are unreliable...less research compared with lower university ranking...
Just use their fancy ''Prof '. Title to manipulate naive person especially malays..
Kerana bersangka baiklah lg ramai student kena raba dgn mangkok ni.Apa rasa kalo anak ko kena raba dgn mangkok ni?ko percayakan mangkok ni atau anak sendiri.
Potong je tangan dan punai mangkok ni.
Klu nk tunggu response and siasatan..ntah2 dh bunting. budak2 uitm tu dikerjakan mangkok nih
He is not even a full professor anyway.
Kalau awak pula dituduh mencabul padahal awak tak buat, apa pula tindakan awak untuk menjawab tohmahan publik? Senang je kalau ada remaja perempuan pegi balai buat repot tuduh awak cabul dia, yg tidak berlaku pun, bagaimana anda rasakan. Dia cedera pun tidak, hanya buat tuduhan cabul yg tiada kesan fizikal untuk ditunjukkan, macam mana awak menghadapinya. Dia syokkan awak, tapi awak tak tahu dan tidak melayannya. Kalau ikutkan kronologi laporannya, ini sebenarnya ada masalah psiko budak tu. Kena sawan demam periksa, fikirannya jadi tak stabil. Tamparan wanita hmmm, contohnya sampaikan Najib pun takut pd Rosmah!
Assalamualaikum. Sahabat sy sndiri pernah menjadi mangsa kpd prof ni ms kt uitm dungun. Dan semenjak diceritakan pd sy tntg apa yg prof ni dh buat kpd sahabat sy, rasanya mcm xde rs lgsg nk tgk program dia kt tv. Rasanya ramai lg mangsa yg sudi ke depan utk membantu mangsa yg diraba ni. Jgn berlindung pd agama utk mengaburi mata masyarakat. Dan jgn kerana awk punya nama, awk berani menindas insan yg lemah. Ingatlah Allah maha Adil dan si pembohong xkan selamanya selamat. Renung2kanlah terlalu rmai munafik dlm malaysia.
Kalau budak itu buat fitnah, tak layak pun digelar mangsa. Cuba masa polis siasat nanti minta slip result semua semester dia, kalau result cemerlang3 ponter itu ok. Tapi kalau ok, napa pensyarah panggil jumpa dan ada 2 lagi kawannya di situ? Oh ya tak ya, kalau result dia ok, yg dia pergi juga ke bilik pensyarah tu buat apa? Kenapa ramai yg lain tak dipanggil pergi jumpa ek? Ini mesti kes malas belajar atau otak lembab. Kawan saing semua akan grad sem ni, next sem kalau ripit tadak kawan saing semua junior. Kalau dia fail, dah ada kambing hitam. My sis is also a UiTM lecturer Arau campus. Think outside of the box....
Masa sy study d u*** dlu pun hampir macam ni. Tapi syukurlah sebab pensyarah bangsa india tu gentleman. Dia tak cabul tapi bagi hint2 je. Mula2 dia offer sy kerja edit buku yg dia tulis tapi hve to work during weekend, kena naik train ke slgor tmpat dia so sy tolak, lepas tu dia minta tolong sy scan kad dia sebab pensyarah sy ni org kl, sometimes dia tak dapat dtg kuliah kat u tmpat sy belajar ni so dia bagi kad dia pada sy utk tolg scan. Sy takut gagal so sy tolong saja. Then dia mula suruh sy datang bilik dia tolong semak kertas test pelajar lain, tapi sy dah mula syak bila dia nak keluar, dia suruh sy kunci pintu dan tunggu dia balik dari kuliah. Sy dah risau ni sebab tunangan orang so habis je semak paper sy keluar dan tinggalkn bilik. Beberapa hari lepas tu dia ajak sy keluar minum so sy yg takut gagal ni pun ikut je sebab niat sy nak terangkan pada dia scara baik.Masa minum dia tanya macam ni "awk ada dapat ptptn? Sebulan brapa parents awk bagi", bila sy jawab dia kata macam ni lagi "wow kena maintenance tinggi gak" kurang ajar betul, sy sabar lagi sebab sy ni mnuntut ilmu dgn dia. So dalam kereta sy terus terang dgn dia sy tak selesa macam tu. Sy ni tunangan orang. Sy bukan materialistik, sanggup jadi ppuan simpanan prof utk dapat extra cash. Sy sanggup gagal kalau mcm ini. Eventually dia dah tak kacau sy n In the end bila sy check result dia bagi sy A- huhu.
Lingkup lah malaysiA kalau semua pensyarah cmni....keje nk beromen.. Je...cmne nk keep up dgn uni mcm harvard Mit Yale Imperial...nme je negara islam... Dpt quran ade ilmu x pakai....
Renung-renungkanlah, raba-rabakanlah?jangan jadi syaitan yang dikenali atau tak dikenali, nauzubillah
"...Semasa didalam pejabatnya, terdapat saya dan (2) rakan saya nama: Nur Erina Fazlin dan Nur Syafina...."
...Kenapa x raba yg 2 org lagi.... tu???
atau pun 2 org kawan kamu tu...xdak perasaan tgk kamu di raba mentah2.....
Sabar semua. Tunggu polis habis buat siasatan. Jangan menuduh tanpa usul periksa takut2 nanti org yg kita tuduh tak buat. Kita kena bersemuka dgn dia dan minta maaf..bukan minta maaf melalui media sosial mcm tu saja.
Kalau betul prof tu yg buat, selayaknya dia dihukum dan dibuang kerja TETAPI...
kita jangan menghukumnya terus.
Setakat ayat :
i. " Saya ada kawan kat U dulu yg kena mcm ni"
ii. "Saya pun dulu kena jgak"
iii. "Prof ni mmg gatal dari dulu lagi"
Ayat2 ni dah selalu digunakan.
Saya menyeru mereka yg terlibat tampil ke hadapan dan membuat laporan polis terhadap Prof itu untuk memudahkan siasatan.
Sehingga siasatan selesai, kita hanya mampu bersabar.
Prof izzi ni ex lecturur i dkt uitm dungun dulu.. Tapi time tu takde pulak dengar perangai dia mcm tu... tak tau la pulak kawan2 yang lain.. tapi i memang suka cara dia ngajar.. walau pun takut2 sebab dia selalu kenakan student dia (suruh mcm2)..tapi dlm kelas full of fun.. memang lawak giler dia nie
Dulu dia pernah bg ceramah kat tempat saya belaja. Seriously never thought yg dia mcm ni. Sbb masa dia bg ceramah seriousy best sngat! Taktau laa kalau ada org yg nk memfitnah dia. Allahu
saya kja di jabatan hal ehwal pelajar. n dah hadapi kes student psiko. klu lihat laporan diz gurl. nampak mcm skizofrenia. mudah trjadi pada student yg hadapi stress belajar + family background. Lebih dari ni pun drg mampu lakukan. Yg peliknye.. jadi rmi pada student pompuan. Maybe emosi mengawal akal fikiran smpai bertindak luar kawalan. So, jgn menuduh tanpa usul periksa. N tindakan prof izzi untuk berdiam diri adalah hak dia. Sampai masa yg sesuai dia akan bersuara juga. Harap semua persoalan akan terjawab jua. Apa-apa pun hidup skg ni kena berhati2..~~peace~~
Pelik betul ramai sangat nak back up izzi si mangkok nih.... Klu dh rmai yang cakap nk tunggu ape lagi...tunggu die buntingkan anak dara korang...
Cakap rlok lagi galak ahh si mamat nih...
Anonymous 9.4.2014 7:45pm
Bukan nak bela izzi, tp dari pengalaman aku yg hidup lbh 60thn memikirkan mcm2 boleh jd. Tidak mustahil pun jika izzi ada lakukan spt dituduh tapi jangan lupa, tak mustahil juga kalau budak tu ada motif lain. Jangan tuduh melulu, biarlah polis siasat. Ijat pun sanggup menipu fasal NFC, jadi kena faham cara penipuan org brplajaran ni. Biar adil, siapa benar siapa salah kita belum tahu tapi jangan terus menuduh begitu shj.
Mengikur perundangan, selagi tak jatuh hukum, belum salah. Dah jatuh hukum baru salah, itu pun belum 100% salah.. Hanay Allah Yang Maha Mengetahui. Dalam kes ni, sebagai mamnusia biasa sesiapa pun ada kemungkinan melakukannya. Jangan membela dengan taksub !
ex student 1993 -1995 prof izi jadi pensyarah asabina..............kalau ada yg study ...time ni pleaze any comment about this matter....especially student asabina
Salam,
Saya salah seorg ex student prof izi di UITM Dungun. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf jika comment saya ini ada yg tak suka. Pertama sekali, saya mmg tidah tahu sejauh mana kebenaran pelajar perempuan tersebut dlm membuat laporan. sama ada betul atau di tokok tambah wallahualam. Tetapi, apa yg saya boleh terangkan disini saya sendiri dan kawan2 saya pernah mengalaminya. Prof sendiri akan panggil masuk bilik beliau dgn alasan nak mengajar. ajar mmg ajar tp ada la sampingannya. masa saya yg kene saya pergi sekali je bilik dia sbb 1st time kan kite tak tahu apa2. lpas drpada tu dah tahu perangai dia mcmana tkde dah pergi lagi. walau pon dia call tgh2 malam. yes dia mmg seorg yg gatal. siapa yg pernah kene shj yg tahu. dah bertahun2 dia buat keje ni.Akhirnya ada jugak yg report polis. sbb dulu kami report kat pihan atasan uitm pon diorg tak boleh tlg. Atas sbb apa pon kami tak tahu. Terpulang lah kepada anda untuk menilai siapa betul dan siapa salah. Sya cuma menganggap ni adalah pengajaran buat prof tu sendiri dan terselamat la adik2 perempuan anda, anak perempuan anda dan kawan2 perempuan drpada menjadi mangsa prof ni. Alhamdulillah. Thank you Allah. Allah Maha Besar.
prof/lecturer menjadi sasaran student baik yang sihat maupun yang xsihat....student akan melakukan apa saja utk mencapai tujuannya.Yang jd mangsa prof/lecturer.X mustahil student ini terdesak utk membelakan dirinya,supaya beliau xdisedari telah gagal/subject yang diduduki tidak mencapai tahap lulus.Byk kes student mengoda prof/lecturer supaya lulus exam.Tapi bila kes semcm ini terjadi biarlah polis selesaikannya.
Kamu semua memburukkan lagi keadaan... kamu melontarkan batu pada orang walhal kamu blum tahu kebenarannya... semua pun mahu jadi hakim...
Hahaha.. baik pnya cta... mlyu dan mlyu xpe..maaa.. blh sattl.. bkn owng asing pn....
Buat report memang berani, tapi pakar meramas bertahun-tahun ni mane nye nak mengaku. Lagi-lagi tiada bahan bukti. Report air liur macam ni selalunya tak berjaya. Pelajar U kena lebih bijak.. sekarang tahun 2014, at least rakam la suara ke buka skype kat henpon ke bg semua org tgok 'live view' apa yang berlaku dalam bilik pejabat tu.
lagubestbest;
Cuba bayangkan jika bapa kamu dituduh begitu sedangkan dia memang tak lakukan, ada pula dibuat repot polis oleh yg kononnya mangsa, kamu setujukah ada orang lain suruh bapa kamu mengaku? Tentu kamu kata biar polis selesaikan siasatan dulu, kan. Perempuan sekarang belum tentu boleh dipercayai, sampai ada yg sanggup buang atau bunuh anak sendiri.
No comment. Selagi tiada bukti yg sahih selagi kita tak dapat komen apa - apa. Ada baik kita fokus benda lain daripada kita fokus benda yg belum tahu lagi kebenarannya.
Dia manusia biasa,bkn malaikat..so manusia tu boleh brtopengkn ape segala jenis prwatakan..so jngn jadi individu yg bodoh yg mudah ditipu oleh topeng manusia
Aku rasa yang backup si Izzi ni adalah si Izzi itu sendiri....kakaka...takut le tu
diamnya mencetuskan 1000 persoalan. dia patut keluarkan 1 ayat utk bersihkan namanya.
aku rasa sebahagian komen yang backup Izzi tu dia sendidri yg tulis....hehe...tapi betul jugak....x boleh dengar citer sebelah pihak je...
bila dpt tahu prof izzi jd ustaz seleriti sgt terkejut sbb dah tau reputasi dia di Dungun. masa tu bersangka baik mungkin dia dah berubah ke arah keugamaan. walaupun dlm hati masih ada ragu2 adakah dia betul2 dah berubah. jd bila kes nie jadi bualan, tak berapa hairan sgt. mungkin br nk pecah tembelang.
I penah gak jumpe specis akhir zaman nih. Mase tuh blaja kat satu kolej SP. Ade satu lecturer nih ajar IT. Kira satu kolej ni gah la sbb dpt anak sedara MB Kedah( mase tuh thn awal 2000)ngajar kat situ.
Kami antara awek cun gak la kat situ,jadik mangsa pensyarah mangkuk nih. Sbb apa dia hanya berminat ngan student laki yg cun cun tuk wat adik angkat. Lpas tu dia angkat masuk bilek sewa dia dan bagi A tuk subjek2 yg diajar.
Siap bawa masuk jawapan skema exam bg adik angkt dia. Tabik la kat bro sorang nih. So terselamatlah kami yg pompuan ni. Malangnya;dia amat kedukut tuk kasi A pd subjek kami.
Assaalam dan salam sejahtera.
Terhibur juga baca komen2 dari penyiasat2 persendirian serta pakar2 hipotesis diruangan komen ni! :)
Aku memang ex-uitm Dungun 1990-1990++.
Memang kenal ngan prof ni walaupun tak ler rapat sangat.Dia memang mengajar Maths. DIB, DBS student. Suka bersajak berkenaan maths juga. Ramai student suka , yg tak suka pun memang ada, biasa la.Mungkin agak gatal, tapi masih acceptable. Kalau ada kes berat2 sememangnya warga kami patut tahu dari awal. Kes masih dlam siasatan..sangka baik. tak rugi apa2.
Allah maha adil siapa salah akan terbukti akhirnya. Anyway,Tuan Syed Ahmad Aljunid rasa ada di Shah Alam. Masih ingat lagi Pn Marini, Puan Suhana, Puan Siti Akmar,En Zul etc... the best life at UITM Dungun..
Untuk perhatian admin. Harapnya cerita ini perlu dipadam dari blog tuan. Ia tidak menguntungkan lagi dan memberi kebaikan. Malahan banyak komen komen sangkaan buruk. Masa telah berlalu. Orang yang dituduh MUNGKIN difitnah telah berubah. Dihabiskan masanya dan waktu di masjid, mendengar kuliah di masjid dan memperhambakan diri kepada Allah taala. Sentiasa berada di saf hadapan, mendengar kuliah pun berada paling dekat dengan guru. Saya mengenalinya dan satu jemaah di Masjid di Jitra. Ingat orang yang terus di fitnah apatah lagi sekiranya kita memberi ruangan maya bersangka buruk tentu tidak menguntungkan malah kita bersubahat dalam fitnah. Saya berharap artikel diatas dipadam dari blog ini. Malah sekiranya artikel ini di COPY PASTE oleh orang lain maka fitnah yang jaja akan berterusan.
Catat Ulasan