7 Apr 2014

Apakah Najib Akan Ambil Tindakan Ke Atas Utusan?


Najib akan biar teori konspirasi Utusan?'

Seorang bekas duta AS ke Malaysia John Mallot menyelar akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan satu tulisan menggemparkan yang membangkitkan spekulasi bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) negara itu mendalangi kes kehilangan pesawat MH370.

"Ini satu lagi contoh bahawa Utusan menjadi bahan jenaka dalam kewartawanan Malaysia, yang menulis dengan rekaan, teori konspirasi, paranoia, dan perkauman,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno perlu menjelaskan sekiranya akhbar milik parti tersebut akan dibiarkan begitu sahaja susulan penyiaran tulisan “tidak masuk akal” itu.

Katanya lagi, Washington tentunya akan menunggu tindakan Najib dalam isu ini memandangkan presidennya Barack Obama juga akan melawat Malaysia dalam rangka lawatannya ke wilayah ini.

“Utusan bukan calang-calang akhbar. Ia dimiliki oleh Umno, parti pemerintah Malaysia, yang mana presidennya adalah Najib Razak.


“Umno dan presidennya secara turun temurun memberi bimbingan redaksi dan seliaan ke atas Utusan.

“Jadi, apa kata anda, Najib? Anda akan mengalu-alukan kedatangan Presiden Obama ke Malaysia. Anda akan biarkan kenyataan tidak masuk akal ini dipertahan dalam akhbar anda?

“Adakah anda akan membuat kenyataan – dan mengutuk karut marut ini – sebelum Obama tiba?,” soalnya.

Tulisan bertajuk 'CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370' oleh pembantu pengarangnya Ku Seman Ku Hussein itu disiarkan semalam dalam edisi hujung minggunya, Mingguan Malaysia.

ULASAN GB

Sekarang Najib diuji. Apakah beliau akan bertindak mengikut telunjuk John Mallot (bekas Duta Amerika ke Malaysia) untuk mengambil tindakan ke atas Utusan kerana akhbar berkenaan telah mengaitkan kehilangan MH370 dengan peranan CIA?

Kebenaran akan terbongkar juga (samada disengajakan atau tidak) oleh akhbar milik UMNO sendiri sepertimana penyiaran artikel berkenaan.

Semua kini menumpukan perhatian kepada Najib. Apakah beliau seorang yang pemberani untuk membela Utusan atau pun beliau seorang pengecut terhadap teguran bekas Duta Amerika itu.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Tiada ulasan: