15 Apr 2014

15 Corong Speaker Digunakan Semasa Bacaan Tarhim & Ceramah Fardhu Ain....


Penjelasan Sebenar Lelaki Buat Aduan Polis Dakwa Diganggu Laungan Azan Yang Nyaring

Salinan laporan polis oleh seorang lelaki, Mohd Said yang mendakwa laungan azan menganggu tidurnya menimbulkan rasa kurang senang orang ramai. Lebih-lebih lagi bilamana yang membuat laporan itu adalah seorang lelaki yang beragama islam.

Dan yang menghairankan, ketika ditemui, wajahnya tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap di kepalanya, pakaian sederhana, sudah tentu dia mempunyai alasan yang kukuh mengambil tindakan membuat laporan polis.

Mohd Said ketika didatangi oleh orang ramai yang tidak berpuas hati dengan laporan polis yang dibuat olehnya

Hari ini, seorang Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang tampil mendedahkan punca sebenar kejadian yang memaksa Mohd Said mengambil tindakan membuat laporan polis berkenaan.

Berikut penjelasannya:

Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11 malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam.

~ Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang

Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said. - TengokTVonline




Bacaan Kuat Selain Azan - Prof Madya Dr Mohd Asri

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?



6. Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.
-drmaza





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul tu. Azan sahaja sudah cukup. majlis lain speker dalaman sahaja digunakan.

Tanpa Nama berkata...

kuatkan speaker semasa azan adalh bagus,tp untuk bacaan tarhim minimumkan je volume speaker tu.

Tanpa Nama berkata...

Bio betul sampai 15 speaker.

obat pelangsing tradisional berkata...

betul,janganlah sampai mengganggu orang lain

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn pandangan artikel dan dr asri. banyak masjid dan surau pasang bacaan quran dgn kuat waktu SEBELUM azan subuh, mungkin kerana inilah cara yg paling senang iaitu on kan suis dan pasang volume kuat2. setahu saya sistem PA boleh disetkan pada mode dalaman sahaja atau luaran. ada seorang jemaah di surau tempat saya bila dia jadi imam mesti setkan mode luaran dan bacaannya yg nyaring boleh kedengaran jelas di sekeliling, termasuk zikir dan doa selepas solat. saya rasa macam ada unsur riak sedikit pada org begini. wallahuaklam.

Tanpa Nama berkata...

mungkin sesetengah masjid/surau menganggap lagi lama dan kuat bacaan melambangkan lebih tinggi amalan islam mereka.

Tanpa Nama berkata...

Satu pencerahan yang sangat baik. Hidup berjiran tentunya ada hak-hak jiran yang selalu kita lupa. Tegur menegur adalah amalan yang mulia, selalunya yang ditegur tidak dapat terima. Kita selalu mendengar kuliah, mendengar ceramah dan mungkin penat juga penceramah yang bagi ceramah tapi pelaksanaanya masih jauh sekali. Apa tidaknya ada jemaah sanggup mengeluarkan perkataan seperti "pindah dalam hutan - kawan dengan monyet". Jikalau Rasullullah masih hidup dan melihat tentunya baginda akan sedih.

abuamir berkata...

Kena ngaji dulu bukan main hentam ikut suka hati aje. Bila AJK ditegur tak boleh terima. Perkara ini sebabkan org Islam dan bukan Islam tak faham ajaran Islam sebenar. Perangai begini sebabkan org lebih jauh dari Islam.

Islam itu bawa kesejahteraan dan keamanan bukannya huru-hara.

Tanpa Nama berkata...

15 corong, ada ajk bekas peminat rock heavy metal ke?

IbnAbdHalim berkata...

Itulah masalahnya jika Melayu mendahului Islamnya seseorang. Apa yang dari agama diabaikan. Apa yang dilarang agama ditegakkan. Sebenarnya ilmu itu penting tapi kalau kurangnya ilmu inilah jadinya. Tak tahu mana yang disuruh dan mana yang ditegah. Dek kerana sikap kita maka agama yang jadi mangsa. Itu yang Islam yang buat aduan. Kalau non-Muslim yang ngadu apakah akan terjadi?

BaDiN berkata...

Mungkin sikap org Islam di sekitar masjid tersebut yg enggan ke Masjid membuatkan Petugas berkenaan lepas geram.

terujalgk berkata...

kerja untuk ke jalan menegakkan ajaran Allah memang banyak dugaan,,, ini dikira kecik ja...teruskan dengan untuk tujuan menegak ajaran Allah....

terujalgk berkata...

teruskan untuk menegak ajaran ALLAH

Langit Dan Bumi berkata...

Islam sekarang mendapat fitnah bukan saja dari kalangan musuhnya..tetapi juga dari kalangan umatnya yg kurang arif @ kurang berilmu memegang sesuatu jawatan dari peringkat rendah atau atasan..yg lebih parah bila ada yg bodoh sombong dan sukar ditegur..ajaran Islam berkembang dahulu melalui contoh dan tauladan para pemimpin yg sememangnya berilmu dunia dan akhirat..harap semua pihak dapat berlapang dada dan mencari penyelesaian umah melalui ilmu dan bukannya megikut perasaan dan nafsu..sesuatu perbuatan yg tidak selaras dengan tuntutan Islam adalah lebih kepada dorongan dari Syaitan yg sentisa cuba menipu manusia...w'alam..

Tanpa Nama berkata...

Masjid ini betul-betul terletak di tengah-tengah Taman. Di kelilingi perumahan. Kawasan ini pula ramai yang sudah veteran penduduknya. Azan sahaj sudah cukup sepatutnya menggunakan Speaker.

Alunan bacaan Al Quran menjelang Maghrib selalu menggunakan Speaker. Masjid ini pula memang kerap di gunakan hampir setiap Sabtu dan Ahad dengan majlis=-majlis ilmu. Kursus Haji juga pada waktu malam, Jadi memang sangat tidak sesuai menggunakan Speaker luar. Pakai sahajalah Mic. Kadang-kadang orang berilmu ini menjadi Ego dengan ilmunya sendiri.

Cara dia sahaj yang betul lagi-lagilah yang veteran, memang susah nak bertolak ansur

Tanpa Nama berkata...

Zaman dulu tak ada amplifier dan speaker....muazin bang diatas menara...kadang-kadang amplier terlalu kuat sehingga menganggu orang terutama rumah yang hampir dengan masjid...

cucu mamak kutty berkata...

saad bin abi waqas pi cina,org cin a tengok peribadi saad berpuluh2 juta org cina masuk islam,kat m alaysia berjuta2 org cina dtg malaysia,org cina tengok muka dan peribadi org melayu,payah dan tak tergerak hati org cina pada islam,hanya ada segelintir je org cina yg minat pada islam,itu pun kebanyakan nya nak kawin dgn perempuan melayu punya pasal....kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Anon 11:57 SOKONG!!!!!
Saya pernah baca ada pembaca yg bertanya pada ustaz apa hukum pasang bacaan Al quran sehingga menganggu teman sebilik yg islam atau bukan islam? Jawapanya HARAM! Kau solat setiap hari pun jangan mimpilah nak cium bau syurga sebab orang yang menganggu jiran pasti ke neraka. Di padang Mahsyar pun suda dihalau dengan dipotong tangan kakinya. Di kampung saya ni pun sama, kalau azan saya tak kisah biar lima belas speaker pun tak apa, tapi kalau zikir dan bacaan tu tak payahlah nak guna speaker, bukan sahaja ganggu orang kafir yg smemangnya kafir (macamana lah kita nak brdakwah pada mereka?) Malah turut mganggu orang islam tmasuk yg nak solat dalam masjid tu. Imam tempat sy ni kalau dia bzikir SENDIRIAN pun guna mic speaker, suara keras macam penyanyi rock tengah meneran suara, minta maaflah bukan mghina tapi setiap subuh dia macam itu, riak ke? Sy bzikir gak lepas solat tapi suara perlahan lah. Menimbulkan fitnah! Sy nak ambil kesempatan gak nak beri peringatan pada jiran2 yg suka kucing, bela kucing tu bagus amalan nabi kita malah murah rezeki org yg bela kucing ni tapi ingatkn diri tu jangan beri makan kucing aje, jaga berak dia gak. Jangan sampai kucing kita masuk berak kencing uma jiran, myakitkan dan myusahkan jiran. Berdosa besar tu! Amalan yg baik dan mulia bertukar mnjadi amalan yg mheret ke neraka, samalah macam kes di atas. Wallahulam bissawab

Tanpa Nama berkata...

Cinta rasul bagi UMNO tolak hudud macam di DUN Terengganu?

Tanpa Nama berkata...

Bunyi kuat atau perlahan dalam melaksanakan syiar Islam ni banyak yang perlu difardu ainkan. Pada saya betul pandangan Dr. Asri tu. Tapi bila kita cakap lain daripada adat dikatanya "wahabi".

Sebagai contoh lain, lepas solat fardhu secara berjamaah, setengah imam tu punya le kuat zikirnya sehingga ganggu orang yang masbuk. Ada hukum di situ. Yg berzikir tu buat amalan sunat. Manakala yg masbuk tengan buat amalan wajib dantak sepatutnya diganggu oleh amalan sunat.

Ulamak2 patut kaji semula kaedah pengibadatan kita berdasarkan nas2 yg sahih. Wallahualam

razuha berkata...

Assalamualaikum...

Sebab itulah syaitan dan iblis tidak hairan dengan seorang a'bid (ahli ibadat), tapi mereka sangat takut dengan seorang yang a'lim (berilmu). yakinlah apa yang berlaku ni sebenarnya Allah SWT mahu menegur dan mentarbiah hambaNya yang sedang lupa agar mengimarahkan rumahNya dengan cara yang betul seperti yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi SAW, bukannya syok sendiri sebab Islam itu Syumul dan Indah...wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Lain kali siasat dulu,ini datang rumah siap tampal- lagi kurang ajar.Islam itu cantik,sederhana,bertolak ansur.Ini jangan berslogan watasiyah tapi hakikatnya praktik islamnya tahap nazak.Kalau nak rasa suruh yang datang bermalam di rumah berkenaan rasa sendiri suasana.
Cuma tak manis buat lapuran polis (selesai dengan perbincangan walau ada baiknya kariah masjid lain dapat ambil iktibar) sebab buruk imej dan bimbang dicontohi oleh orang kafir pula.

Tanpa Nama berkata...

siapa yg control dan lantik ajk masjid.....

selalunya dato..tan sri dan oku-org kuat umno-...ini yg selalu jadi ajk masjid..

pergi masjid pon sebab di lantik jadi ajk....

malu jadi melayu islam yg bangang....