14 Mac 2014

[VIDEO] Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu - Raja Bomoh

Raja Bomoh: Khairy ni gila, saya tampar baru tahu

PETALING JAYA: Selain mencabar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin untuk meletak jawatan, Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin juga mengugut untuk menampar menteri itu seperti yang telah dilakukannya kepada seekor buaya.

Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik oleh suara.tv, Ibrahim melahirkan rasa tidak puas hatinya setelah Khairy meminta agar bomoh itu diberkas polis atas perbuatannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa hari lepas.

Bertegas bahawa Khairy sepatutnya menghormati orang tua, Ibrahim berkata bahawa Khairy seharusnya berjumpa dengannya terlebih dahulu sebelum melabelkan perbuatannya sebagai syirik.

“Saya pun tak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya.

“Dia pun bukan senonoh sangat perangai. Saya cabar dia letak jawatan, kemudian kita try fight.

“Saya tampar dia macam buaya baru tahu. Dia cakap kurang asam, biadap,” katanya.

Dua hari lepas, Ibrahim serta beberapa pengikutnya sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat MAS MH370. Upacara tersebut turut menyaksikan Ibrahim duduk di atas tikar serta penggunaan dua biji kelapa dan teropong.

Ibrahim juga bertegas mengatakan jika perkara ini melarat, maka memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah beliau, ini bukan kali pertama beliau menentang seorang menteri. Kali pertama, katanya, beliau telah menentang bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris.

“Dia (Khairy) budak baru. Dia ingat saya baru setahun jagung.

“Orang kampung dia (di Rembau) boleh gempar lah, Ibrahim Mat Zin jangan gempar. Kalau dia gempar saya akan ambil tindakan mahkamah,” katanya.

Bomoh itu yang sememangnya tidak berpuas hati dengan ahli parlimen Rembau itu menambah: “Apa dia ingat saya budak-budak untuk ditangkap, dia ingat saya adik dia ke.”

“Jangan ingat saya bomoh sengkek kampung. Saya pun ada peguam,” katanya.

Ibrahim kemudian memberi amaran kepada Khairy untuk tidak melakukannya sekali lagi, jika tidak, dia tidak akan teragak-agak untuk menyamannya sebanyak RM100 juta.

“Saya akan saman dia kerana menjatuhkan imej mahaguru datuk. Anak murid saya seramai berapa juta orang sanggup menghadap mahkamah,” katanya.

Menyifatkan Khairy sebagai sampah masyarakat, beliau turut mempersoalkan pelantikan Khairy sebagai seorang menteri.

“Saya ingat dia gila lah, semua orang (dia anggap) musuh. Macam mana Najib boleh ambil dia sebagai menteri.

“Kalau saya jadi Najib saya tendang dia macam bola, sampah masyarakat,” kata Ibrahim.

Beliau turut mempertahankan usahanya mencari pesawat MH370 yang telah hilang selama tujuh hari itu.

“Saya usaha cara tradisional, bawak bakul, buah kelapa, tikar. Yang buat tikar terbang bukan saya, itu pemberita yang buat, saya duduk saja,” katanya.

Khairy di akaun Twitternya pula tampak bersahaja dengan ugutan Raja Bomoh itu malah memaparkan pautan video itu.

“Raja Bomoh VIP nak tampar saya cam kokedai,” katanya. -FMT






IKLAN BERBAYAR
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Setiap org yg buka link anda dan daftar, anda akan terima ganjaran RM50, mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedar le wahai Mat Zain. Kita ini orang islam. Jangan le mengunakan keadah yang boleh merosakan akidah diri. Jika Mat Zin rasa hebat sangat saya cabar Mat Zin untuk menyelesaikan kes-kes bunuh yang kerap berlaku dalam negara. Bukan kah membantu mencari pembunuh itu lebih afdal dari mencari kapal terbang yang hilang.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah tahu sudah tua yg pi hantuk buah nyiok tu buat ape? Ingat mh370 tu macam ikan sepat ke nak pakai bubu.......lagi satu siapa yt lantik nko jadi mahaguru? kalau hang letak jawatan pun ade orang kesah? Orang tua yg cakap macam kanak2 le nko!!!! Respect should be earned la brader.....macamni punya gaya elok la berdamping dgn maharey kuty

Tanpa Nama berkata...

Ugutan TAMPAR sebegini tidak menyalahi undang2 PDRM..tidak boleh ambil tindakan...ulas si Zahid..hihi..

Tanpa Nama berkata...

org tua sombong dan angkuh, cakap besar tak ingatkan Allah. Tampar buaya yang tak melawan boleh lah....

Tanpa Nama berkata...

Jangan lah riak sangat.. Kecil jangan disangka budakkkkalau hang boleh tampar buaya sehingga mati, mengapa hang tak tampar si ppgomo kaki fitnah tu....kenapa hang tak guna tropong hang cari pembunuh syarlini dan cari pembunuh nurin jsmin tu.....

Tanpa Nama berkata...

Datuk Mahaguru, Boleh tak nyatakan siapa vvip yg jemput ke KLIA. Jika tidak semua org akan kata semua ni auta, saja nak cari publisiti. Tolong berltau.

Tanpa Nama berkata...

Bomoh ni terlalu angkoh dan sombong, memalukan malaysia. Sialan punya bomoh. Tuanku sultan patut masuk campur halau dia dari klia.

Tanpa Nama berkata...

lawak siot tgok video pakcik nie. tak boleh blah "aku tendang dia mcm bola" hahaha inb4 "Khairy nie budak bringuih g" hmmmm. hang ni bomoh khurafat sudh terang lg bsuluh dah kena batang idong ang nak pi sula plak budak si Khairy tu. hmm elok lah p cari mslah n uMngOk. mmg ptot pon. btelagah la ssma anda. mmg ini TREND UMNO LOLZ!

Tanpa Nama berkata...

inilah rupanya spesis yang ada dalam umno, "hentam saja lah Labi" kerja bomoh memang kesukaan umno, kalau ada pemilihan parti dan musim menghadapi pilihan raya saham bomoh memang tinggi melangit. HINDARKAN DIRI ANDA DARI UMNO.

Tanpa Nama berkata...

YB KJ, boghani dek bona.

Siapakah dia yang hendak menampar oghang kampung den?

Bomoh paneh baghan ni tau ponampa dio yo, ponampa oghang dio tak tau...

mh berkata...

Org tua bodo... Dayong kat darat... Pi la dayong kat laut.... Reksi hang la org tua oiiiii dah jadi hinaan.... Sampai Allah taala pun di hina.... Sedih nya aku sebagai org islam.... Bawak2 la pi surau atau masjid2.... Byklan hadir kuliah

Tanpa Nama berkata...

matilh KJ...heee...kena penampor Tok Mat....

Tanpa Nama berkata...

Komen hangpa semua boleh kena saman oooiiii...

Tanpa Nama berkata...

Klu bomoh ni pandai sgt knapa tak bgi tau je MH370 tu dok dkt mana.Klu stakat nk bt andaian je sapa pn bleh,bomoh dkt kmpg aku pn bleh.

Tanpa Nama berkata...

Ikutkan Zahid, tak salah jika cuma ugutan TAMPAR je... kini orang UMNO sendiri kena...! aduhai!!

Tanpa Nama berkata...

Kalu bomoh ni dan ali senaman ponggong tu bergabung buat show pasti meletoppp..ali boleh tengok mh370 antara pehanya dan berahim boleh lah tropong celah kangkang ali... Sure director filem holywood cari punye....

Tanpa Nama berkata...

1 malaysia umno marah setelah mereka kena tipu

kadio manong berkata...

Takbur sungguh takbur toknyang teman nie. Nape sebut Tan Sri Najib ? Bila dapat gelaran tu. Dah tu sebut Zahid Zabidi, mana ada menteri nama camtu..... Apa yang KJ kata tu betul 1Malaysia nanti penampar atok !

Tanpa Nama berkata...

Kalau hebat pergi tampar askar Israel yang dok naya orang Palestin.