Penstrukturan industri air di Selangor dan Lembah Klang bakal menjadi salah satu dari projek yang ditanggung dana awam yang terbesar dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Sebagai seorang yang sebelum ini paling lantang mengkritik apabila perjanjian konsesi dan perjanjian kerajaan dirahsiakan, saya berhadapan dilemma besar apabila Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai penstrukturan air yang isi kandungannya dirahsiakan dari rakyat.
Pada masa yang sama, saya telah mendapat satu salinan softcopy MOU itu pada hari Khamis 27 Februari 2014. Salinan itu diperolehi melalui Puan Arfaezah Aziz, Setiausaha Akhbar Menteri Besar. Melalui beberapa sumber, saya telah mengesahkan bahawa MOU yang ditandatangani adalah MOU yang sama dengan salinan softcopy yang saya perolehi.
Oleh itu, atas dasar prinsip ketelusan dan kesedaran (a matter of conscience) saya telah membuat keputusan untuk mendedahkan MOU ini. Ada beberapa persoalan besar yang perlu diperjelaskan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang bersabit dengan kepentingan awam.
Adalah menjadi harapan saya MOU dan komitmen yang dimeterai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ini bolehlah dibahaskan dengan seobjektif mungkin demi menjamin kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia amnya.
Urusniaga Dibiayai Rakyat
Keseluruhan urusniaga jual beli aset air dan pajakan aset air yang terlibat di dalam penstrukturan ini akan dibiayai sepenuhnya oleh dana rakyat.
Kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) akan membeli aset air ini dari Kerajaan Negeri dan pemegang konsesi sedia ada. Pembelian oleh agensi Kerajaan Persekutuan ini akan dibiayai melalui penerbitan bon yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Dalam erti kata lain, ia samalah dengan Kerajaan Persekutuan berhutang untuk membayar pemegang konsesi sedia ada.
Oleh sebab itulah, harga pampasan dan pembelian yang dibayar kepada pemegang konsesi adalah cukup sensitif kerana ia bersamaan dengan tanggungan hutang baru yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan. Lebih tinggi harga pampasan dan pembelian itu, maka lebih untunglah pemegang konsesi dan lebih tinggi hutang negara yang ditanggung rakyat.
PAAB kemudiannya akan memajak pula aset air ini (empangan, loji rawatan, sistem paip dan lain-lain) kepada syarikat baru yang dilantik sebagai operator selepas penstrukturan. PAAB akan mengenakan bayaran pajakan tahunan (annual lease charges) ke atas operator ini. Lebih tinggi pinjaman yang ditanggung PAAB (dijamin Kerajaan Persekutuan), maka lebih tinggilah bayaran pajakan tahunan yang dikenakan ke atas operator kerana PAAB perlu mengumpul dana untuk membayar balik hutang.
Lebih tinggi bayaran pajakan tahunan, maka lebih tinggi kos yang ditanggung operator. Ini bermakna operator tiada pilihan lain kecuali menaikkan tarif air di Selangor untuk menanggung kosnya termasuk bayaran pajakan tahunan kepada PAAB.
Kerajaan Persekutuan juga akan menanggung kos pembinaan Projek Langat 2 melalui kaedah yang sama dan melibatkan dana awam, maka lebih tinggi kos Projek Langat 2 makin tinggilah hutang negara dan tarif air yang ditanggung rakyat.
Oleh itu, harga pampasan kepada pemegang konsesi sedia ada akan membawa kesan yang besar kepada rakyat melalui:
1. Hutang negara yang diambil oleh PAAB dan dijamin oleh Kerajaan Persekutuan (ditanggung oleh rakyat)
2. Kenaikan tarif air akibat bayaran pajakan tahunan yang lebih tinggi (ditanggung oleh rakyat)
Kesan isi kandungan MOU
Saya khuatir isi kandungan MOU adalah berat sebelah yang berpihak kepada Kerajaan Persekutuan dalam beberapa aspek.
Projek Langat 2: Mengikat hanya di pihak Kerajaan Negeri
Pertama, keseluruhan dokumen itu adalah satu memorandum persefahaman sahaja yang tidak mengikat, kecualilah yang bersabit dengan kelulusan serta merta Projek Langat 2.
Rujuk Artikel 5(b) di dalam MOU yang secara jelas menyebut bahawa tanggungjawab Kerajaan Selangor ialah “memastikan bahawa semua kelulusan serta kebenaran yang berkaitan atau perlu (sama ada sedia ada dikenal pasti atau yang berbangkit atau susulan) berhubung pelaksanaan LRAL2 daripada Kerajaan Negeri Selangor atau pihak-pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah bersifat mengikat dan tidak boleh batal(binding and irrevocable) dan berkuat kuasa sepenuhnya dalam apa jua keadaan dan tidak boleh ditarik balik, dibatalkan, digantung atau diubahsuai melainkan atas permohonan atau permintaan Kerajaan Persekutuan.”
Pada masa yang sama, semua tanggungjawab Kerajaan Persekutuan mengenai penstrukturan air hanyalah satu persefahaman yang tidak mengikat di sisi undang-undang. Tidak ada satu artikel lain pun di dalam MOU itu yang dirujuk sebagai mengikat (binding and irrevocable) kecualilah Artikel 5(b) bersabit kelulusan Projek Langat 2. Malah Artikel 5(b) ditulis khusus dalam konteks kelulusan Projek Langat 2.
Dengan lulusnya Projek Langat 2, kedudukan Kerajaan Selangor untuk berunding dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu Dari MOU itu, jelas bahawa Kerajaan Negeri telah pun memberi Kebenaran Merancang secara serta merta (rujuk Artikel 5(a)) dan semua kebenaran lain termasuklah pengambilan dan pendaftaran tanah dalam tempoh 30 hari dari tarikh MOU.
Ini bermakna, Kerajaan Selangor seolah-olah melepaskan satu-satunya senjata yang ada untuk berdepan dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Projek Langat 2 tanpa mendapat apa-apa komitmen yang mengikat dari Kerajaan Persekutuan.penstrukturan air adalah tempang.
Tidak menyentuh mengenai pemegang konsesi sedia ada
Kedua, MOU itu langsung tidak merungkai masalah terbesar yang selama ini membantutkan rundingan penstrukturan air iaitu keengganan pemegang konsesi sedia ada terutamanya Puncak Niaga dan Syabas menerima harga tawaran yang dibuat oleh Kerajaan Selangor.
Di dalam MOU, tidak ada satu artikel pun yang merujuk kepada persoalan ini. Ia hanya disebut secara tidak langsung di dalam Artikel 3 iaitu tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk memudahcara (facilitate) penstrukturan melalui peruntukan undang-undang, itu pun tidak mengikat kerana ia hanya satu persefahaman.
Ini bermakna, walaupun Projek Langat 2 telah diluluskan, status rundingan dengan pemegang konsesi adalah di takuk lama iaitu belum selesai. Tawaran yang dibuat Kerajaan Selangor perlu dijawab oleh pemegang konsesi menjelang 10 Mac 2013.
Jika pemegang konsesi bersetuju, rakyat perlu tahu secara terperinci harga tawaran akhir da nisi kandungan perjanjian untuk menilai kenapakah pemegang-pemegang konsesi ini tiba-tiba bersetuju kalau harga tawaran tetap sama, sedangkan mereka menentang selama ini.
Jika pemegang konsesi tidak bersetuju, maknanya Kerajaan Selangor terpaksa berunding dan mencari jalan baru kerana tidak ada komitmen yang mengikat di pihak Kerajaan Persekutuan untuk menyempurnakan penstrukturan ini.
RM2 bilion tambahan untuk ambil alih ekuiti pemegang konsesi sedia ada
Ketiga, Artikel 4(iii) menyebut bahawa “ selain daripada tawaran KDEB, Kerajaan Persekutuan melalui PAAB akan menyediakan peruntukan sejumlah RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam urusan pengambilalihan ekuiti Syarikat-Syarikat Konsesi Air.”
Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi selain dari tawaran sedia ada Kerajaan Selangor (melalui KDEB) yang berjumlah RM9.65 bilion itu. Artikel 4(iii) juga perlu dibaca bersama dengan Artikel 4(i) yang menyentuh mengenai tawaran asal dari KDEB berjumlah RM9.65 bilion.
Ringkasnya, Kerajaan Persekutuan memberi persefahaman bahawa untuk mendapatkan persetujuan dari pemegang konsesi sedia ada, peruntukan tambahan sebanyak RM2 bilion akan digunakan untuk mengambilalih ekuiti pemegang konsesi. Saya menafsirkan ini sebagai bayaran tambahan yang akan dibuat kepada pemegang konsesi, menjadikan jumlah bayaran pampasan kepada pemegang konsesi bukanlah RM9.65 bilion tetapi RM11.65 bilion (termasuk RM2 bilion tambahan).
Proses kelulusan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Keempat, kuasa yang ada mengikut Perlembagaan Negeri adalah dimandatkan melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (EXCO). Oleh kerana MOU ini tidak dibentangkan di EXCO kerana hanya diketahui dan dimuktamadkan kandungannya hanya satu jam sebelum tandatangan (seperti kenyataan Puan Faekah Hussin yang merundingkan MOU ini), maka ia sudah tentu tidak melalui Mesyuarat EXCO.
Tanpa kelulusan Mesyuarat EXCO, kesahihan MOU ini boleh dipersoalkan.
Empat perkara di atas adalah maklumbalas yang boleh menimbulkan spekulasi dan perlu diperjelaskan secepat mungkin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tanggungjawab saya adalah untuk memastikan rakyat tahu, seperti mana saya akan terus mendedahkan perjanjian-perjanjian lain yang melibatkan rakyat baik di pihak PR atau BN.
RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
3 Mac 2014
ULASAN GB
GB pulang lewat dari kerja hari ini kerana meneliti MOU di pejabat bersama-sama dengan seorang rakan yang juga seorang peguam.
Hasil penelitian kami, maka kami berpendirian kenyataan dan persoalan yang dibangkitkan oleh Rafizi mempunyai asas yang kukuh.
Ada sekurang-kurang dua perkara pokok yang jelas tempang dan boleh dipertikaikan.
Pertama, didapati hanya ada satu "perjanjian yang mengikat" iaitu Artikel 5(b) bersabit kelulusan Projek Langat 2, sedangkan hal-hal lain bukan perjanjian tetapi hanya persefahaman. Ia benar-benar tempang dan berat sebelah.
Kedua, GB bersetuju dengan Rafizi bahawa, kuasa yang ada pada Menteri Besar adalah mengikut Perlembagaan Negeri dan perlu dimandatkan terlebih dahulu melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (EXCO). MOU ini ternyata tidak dibentangkan di EXCO kerana hanya diketahui dan dimuktamadkan kandungannya hanya satu jam sebelum tandatangan, maka ia sudah tentu tidak melalui Mesyuarat EXCO.
Oleh itu, kerana ianya tanpa kelulusan Mesyuarat EXCO, kesahihan MOU ini bukan saja boleh dipersoalkan, malah ia adalah actionable dan boleh terbatal dengan perintah mahkamah.
Kedua-dua perkara di atas bukan ANDAIAN, tetapi KENYATAAN.
Kita tunggu penjelasan MB Selangor nanti.

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERHUBUNG PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI BEKALAN AIR SELANGOR
A. MENGAMBIL MAKLUM akan pelaksanaan penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai suatu keperluan yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan bekalan air di Negeri Selangor, serta mengambil kira perkhidmatan bekalan air yang lebih mampan dan efisyen bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
B. MENGAMBIL MAKLUM bahawa Kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan Skim Bekalan Air dari Pahang ke Selangor yang mempunyai dua komponen iaitu Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor, mengambil kira Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor mengenai pembekalan air mentah bertarikh 27 Mac 2001 dan Perjanjian Jual Beli Air Mentah antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 22 November 2007 dan lanjutan dari itu, Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (selepas ini dikenali sebagai “LRAL2”) merupakan satu langkah jangka panjang untuk menjamin bekalan air yang berterusan di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
TERMA-TERMA MEMORANDUM PERSEFAHAMAN INI ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Dasar Kerajaan Persekutuan adalah bagi penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air seluruh negara dilaksanakan melalui pengambilalihan pinjaman berkaitan bekalan air yang dibuat oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri dan/atau syarikat-syarikat konsesi daripada Kerajaan Persekutuan dan institusi-institusi kewangan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”), syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan. Sebagai balasan Kerajaan-Kerajaan Negeri akan menyerahkan aset dan tanah berkaitan dengan perkhidmatan air kepada PAAB yang akan membiayai kos modal pembiayaan bagi pembinaan aset air yang baru, membaik pulih dan menaik taraf aset air sedia ada. PAAB akan memajak semula tanah dan aset air kepada operator bekalan air negeri dengan sewa pajakan yang akan ditentukan antara Kerajaan-Kerajaan Negeri dan PAAB.
2. Kerajaan Persekutuan bersetuju membenarkan Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri bekalan air Selangor melalui penggabungan (consolidation) di bawah suatu syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor Kumpulan Darul Ehsan Berhad (“KDEB”). Syarikat-syarikat yang terlibat yang pada masa ini mengendalikan perkhidmatan bekalan air secara konsesi (“Syarikat-Syarikat Konsesi Air”) adalah seperti berikut:
(i) Syarikat Bekalan Air Selangor (M) Sdn. Bhd. (“SYABAS” atau “Syarikat Pengagihan Air”); dan
(ii) Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (“SPLASH”), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (“PNSB”) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (“ABASS”) (“Syarikat-Syarikat Rawatan Air”).
Terdapat juga sebuah lagi syarikat rawatan air iaitu Konsortium Air Selangor Berhad (“KASB”) yang berlesen di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655].
3. Kerajaan Persekutuan akan memudah cara (facilitate) penstrukturan semula tersebut melalui peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta 655 dan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa dan berkaitan.
4. Pelaksanaan penstrukturan semula industri air dan urusan pengambilalihan Syarikat-Syarikat Konsesi Air akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui—
(i) Kumpulan Darul Ehsan Berhad (“KDEB”) membuat tawaran kepada pemegang-pemegang saham Syarikat-Syarikat Konsesi Air pada harga indikatif sebanyak RM9.65 bilion. Pemegang-pemegang saham Syarikat-Syarikat Konsesi Air akan diberi tarikh akhir sehingga 10 Mac 2014 untuk menerima tawaran KDEB;
(ii) harga indikatif KDEB berjumlah RM9.65 bilion adalah terdiri daripada komponen yang berikut:
(a) nilai ekuiti ditambah dengan pulangan sebanyak 12% setahun, menyamai jumlah RM1.972 bilion pada 31 Disember 2012; dan
(b) pinjaman dan bon sedia-ada di bawah Syarikat-Syarikat Konsesi Air yang dianggarkan sebanyak RM7.68 bilion pada 31 Disember 2012;
(iii) selain daripada tawaran KDEB, Kerajaan Persekutuan melalui PAAB akan menyediakan peruntukan sejumlah RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri Selangor dalam urusan pengambilalihan ekuiti Syarikat-Syarikat Konsesi Air. Sebagai balasan, Kerajaan Negeri Selangor akan menyerahkan kepada PAAB “unencumbered” aset-aset air, atau ekuiti dalam Water SPV milik KDEB,(tertakluk kepada peratus ekuiti maksimum 30%), atas opsyen PAAB, pada nilai RM2 billion;
(iv) serentak dengan pengambilalihan Syarikat-Syarikat Konsesi Air oleh KDEB, jumlah pinjaman dan bon sebanyak RM7.68 bilion akan diambilalih oleh PAAB sebagai bayaran (consideration) untuk pemindahan “unencumbered” aset-aset air,atau ekuiti dalam Water SPV milik KDEB (tertakluk kepada peratus ekuiti maksimum 30%), atas opsyen PAAB, pada nilai yang sama di bawah Syarikat-Syarikat Konsesi Air;
(v) Apa-apa isu yang berbangkit dalam menentukan nilai aset di bawah perenggan (iii) dan (iv) yang tidak dipersetujui antara Kerajaan Negeri Selangor, KDEB dan PAAB hendaklah dirujuk kepada penimbangtara bebas yang bakal ditentukan secara bersama di antara semua pihak;
(vi) Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan memberi kebenaran dan kelulusan berkenaan pengeluaran lesen perkhidmatan serta mana-mana kelulusan yang berkaitan dengan industri air di bawah Akta 655 kepada Kerajaan Negeri atau KDEB;
(vii) pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan dan sebagaimana amalan penstrukturan semula air di negeri-negeri yang terdahulu akan memberikan pelepasan ke atas duti setem yang berkaitan dengan sebarang perjanjian dan pemindahan aset-aset yang timbul daripada pelaksanaan penstrukturan semula industri bekalan air;
(viii) Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan suatu jawatankuasa yang akan turut dianggotai oleh wakil Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan pelaksanaan pembangunan LRAL2; dan
(ix) Kerajaan Persekutuan telah mengenal pasti dan sedang melaksanakan projek-projek mitigasi yang bersesuaian bagi membantu menangani masalah bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sehingga LRAL2 beroperasi. Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan amaun sebanyak RM909 juta bagi maksud tersebut.
5. Sebagai balasan dan bagi maksud melaksanakan Perjanjian Jual Beli Air Mentah antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor hendaklah—
(a) memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkaitan atau perlu berhubung pembangunan LRAL2, termasuk kemudahan berkaitan sistem pengagihan bekalan air terawat dan kemudahan lain yang berkaitan, hendaklah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan pihak-pihak berkuasa yang berkenaan. Kelulusan dan kebenaran yang dimaksudkan yang hendaklah termasuk dan tidak terhad kepada pengambilan dan pendaftaran tanah, permit penggunaan tanah rizab hutan diproses dan diluluskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Memorandum Persefahaman ini dan kebenaran merancang hendaklah dikeluarkan dan mula berkuat kuasa selewat-lewatnya pada tarikh Memorandum Persefahaman ini; dan
(b) memastikan bahawa semua kelulusan serta kebenaran yang berkaitan atau perlu (sama ada sedia ada dikenal pasti atau yang berbangkit atau susulan) berhubung pelaksanaan LRAL2 daripada Kerajaan Negeri Selangor atau pihak-pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah bersifat mengikat dan tidak boleh batal(binding and irrevocable) dan berkuat kuasa sepenuhnya dalam apa jua keadaan dan tidak boleh ditarik balik, dibatalkan, digantung atau diubahsuai melainkan atas permohonan atau permintaan Kerajaan Persekutuan.
6. Tiada apa-apa dalam Memorandum Persefahaman ini boleh menjejaskan hak mana-mana pihak kepada Memorandum Persefahaman ini untuk mengambil tindakan yang perlu yang sewajarnya demi untuk melindungi kepentingannya menurut Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang yang berkaitan.
UNTUK DAN BAGI PIHAK KERAJAAN MALAYSIA
………………………………………….…………….
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus
Johnity Ongkili
MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR UNTUK DAN BAGI PIHAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR
……………………………….………..………….
YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
ULASAN GB
GB pulang lewat dari kerja hari ini kerana meneliti MOU di pejabat bersama-sama dengan seorang rakan yang juga seorang peguam.
Hasil penelitian kami, maka kami berpendirian kenyataan dan persoalan yang dibangkitkan oleh Rafizi mempunyai asas yang kukuh.
Ada sekurang-kurang dua perkara pokok yang jelas tempang dan boleh dipertikaikan.
Pertama, didapati hanya ada satu "perjanjian yang mengikat" iaitu Artikel 5(b) bersabit kelulusan Projek Langat 2, sedangkan hal-hal lain bukan perjanjian tetapi hanya persefahaman. Ia benar-benar tempang dan berat sebelah.
Kedua, GB bersetuju dengan Rafizi bahawa, kuasa yang ada pada Menteri Besar adalah mengikut Perlembagaan Negeri dan perlu dimandatkan terlebih dahulu melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (EXCO). MOU ini ternyata tidak dibentangkan di EXCO kerana hanya diketahui dan dimuktamadkan kandungannya hanya satu jam sebelum tandatangan, maka ia sudah tentu tidak melalui Mesyuarat EXCO.
Oleh itu, kerana ianya tanpa kelulusan Mesyuarat EXCO, kesahihan MOU ini bukan saja boleh dipersoalkan, malah ia adalah actionable dan boleh terbatal dengan perintah mahkamah.
Kedua-dua perkara di atas bukan ANDAIAN, tetapi KENYATAAN.
Kita tunggu penjelasan MB Selangor nanti.
11 ulasan:
JIKA TAK PENIPU, BUKAN UMNO BN NAMANYA....
itula perbuatan2 yg terburu2...pdh jdnye..yg kesiannye rakyat khusus pnduduk slgr .rakyat berhabis kudrat sokg pr. tggula pe khalid nk jelaskn..
tp rse pasti jd kes mahkamah akhirnye..klau kehakiman adil mng strategi khalid..adil ke????
Ada yg tak kena.....tiba2 sign MOU.......berwaspada pd syaitan yg di kenali
SETUJU
Sebagai rakyat kita berdoa dan berusaha agar pemimpin yang dipilih boleh memimpin + pemimpin bukan dari kalangan rent seeker (Jenis penting diri & kaki balun).
Insyaallah perancangan hebat mana pun ciptaan manusia, Allah yang bagi lampu hijau.
Jika nabi pun banyak ranjau dalam sejarah hidup beliau, apa tah lagi kita.
Apa mcm??
Khalid kena letak jawatan segera. Hutang peribadi beliau memberi ruang BN menguna armtwisting tektik dgnnya. Tidak melalui kelulusab exco cukup fishy. Hidden agenda masih belum jelas. Apa kah terlalu mendesak sehingga tidak boleh tunggu selesai prk kajang?
benar cerita orang dulu,air akan susah ditemukan
Fuhh....maknanya masih ada ruang untuk memperbetulkan kesilapan. Tak faham lah kenapa Khalid tiba2 jadi mcm tu. Harap2, boleh segera cabar balik kat mahkamah supaya kepentingan rakyat dpt diataskan.
Selangor perlu mb yg betul2 tahan lasak dgn asakan BN. Siapa lagi yg sudah lali dgn tektik BN? Perentah selangor BN seperti didalam ICU...tenat!
Tindakan terburu-buru dari syaitan tapi tindakan berhati- hati dari Allah
Daim dan Mahathir bertindak awal sebelum anwar jadi MB
Catat Ulasan