Pengguna laman sosial juga tawar ganjaran buat Zahid
Kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa tawaran wang tunai untuk 'menampar' seorang ahli parlimen DAP bukan "satu ancaman", menyebabkan laman media sosial kecoh dengan tawaran mereka sendiri.
Tidak seperti sekumpulan NGO Islam yang menawarkan RM 1,200 untuk menampar Teresa Kok, pengguna laman sosial itu juga membuat tawaran kepada mereka yang berani untuk menyedarkan Zahid.
Tawaran dari pelbagai individu itu bermula serendah 5 sen dan setinggi RM 1,500 dan beberapa pengguna mencadangkan majlis kutipan derma bagi tujuan itu.
'Twit' dalam bahasa Melayu dan Inggeris mengenai hal itu memenuhi laman tersebut sehingga lewat malam semalam sehingga ada yang menawarkan seikat kangkung bagi tujuan sama.
Beberapa pengguna, seperti personaliti media Asha Gill mencadangkan supaya menggabungkannya dengan kempen derma, manakala kebanyakan yang lain rasa jengkel dengan menganggap kenyataan Zahid tidak logik. -mk
Apa tindakan polis jika NGO tawar RM1,200 tampar PM & Menteri-menteri Malaysia?
Bayangkan apa tindakan Polis jika ada enam NGO membuat demonstrasi tengah hari kelmarin dan menawarkan RM1,200 kepada sesiapa yang berani menampar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan mengemukakan bukti bergambar bagi tindakan itu, diikuti dengan tindakan melumur darah ayam ke atas sepanduk memuatkan gambar menteri-menteri Umno, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Kalau demonstrasi sedemikian terjadi, sudah tentu seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia, diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri, akan mengerumuni 30 penunjuk perasaan daripada enam NGO terbabit dan semua mereka akan terus disumbat ke dalam lokap, disiasat dengan teliti dan dengan pantas didakwa, bukan saja kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi notis 10 hari untuk perhimpunan tersebut, malah mereka juga akan didakwa kerana melakukan jenayah yang ‘menjejaskan’ demokrasi berparlimen menurut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 1012 (Sosma), Akta Hasutan, Kanun Keseksaan, dan sebagainya, dan kemungkinan semua yang terlibat itu akan merengkok lama dalam penjara.
Malah, kemungkinan enam NGO yang diwakili oleh 30 orang itu dengan pantas akan disumbat ke dalam “Black Maria” sehingga tidak sempat menyembelih ayam dan malah tidak sempat pun berhimpun kerana polis telah mendapat maklumat tentang rancangan mereka jauh lebih awal.
Tidak diragui lagi bahawa Cawangan Khas Polis Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia di kalangan unit khas sejenisnya, berkat warisan penjajah British dan kedudukan istimewanya dalam hirarki polis dengan himpunan maklumat risikan yang dikumpul dengan tujuan utama melindungi rejim yang berkuasa sekarang, sedangkan dalam masyarakat yang benar-benar demokratik, perkara paling utama bagi polis ialah untuk memelihara demokrasi berparlimen dan hak asasi manusia.
Tidak masuk akal sama sekali jika polis tidak mendapat apa-apa maklumat tentang demonstrasi kelmarin sebelum wakil-wakil media cetak dan media elektronik turun memberikan liputan penuh tentang demonstrasi itu yang diisi dengan acara menyembelih ayam dan melumur darah – jika benar polis tiada maklumat awal, maka Cawangan Khas patut dirombak sepenuhnya dan malah pengarah Cawangan Khas sepatutnya dipecat.
Namun, saya tahu Cawangan Khas adalah cekap, bererti polis telah mendapat maklumat awal tentang demonstrasi yang dirancang oleh enam NGO yang menggelar diri mereka sebagai Majlis NGO Islam, terdiri daripada Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Kebajikan Islam dan Dakwah (Pekida), Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (Perkib), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).
Sehingga kini, Polis dan juga kerajaan Barisan Nasional membisu seribu bahasa tentang demonstrasi kelmarin yang melampau, menghasut, dan secara terbuka mengapi-apikan kebencian perkauman dan keagamaan untuk mencetuskan satu lagi peristiwa 13 Mei dalam negara berikutan video “Onederful Malaysia CNY 2014” yang mengkritik kegagalan dan kelemahan kerajaan Barisan Nasional tanpa mengaitkan mana-mana kaum atau agama.
Video Teresa didakwa anti-Melayu dan anti-Islam. Saya telah menjemput pihak yang membuat dakwaan sebegini untuk tampil secara terbuka menunjukkan di bahagian mana video itu anti-Melayu dan anti-Islam.
Jika mereka boleh menunjukkan ada bahagian dalam video itu yang anti-Melayu dan anti-Islam, saya secara terbuka akan meminta Teresa untuk mengambil tindakan yang wajar. Namun, sehingga kini belum ada siapa menyambut permintaan saya.
Paling menyedihkan, dua pemimpin MCA yang baru dipilih untuk memegang jawatan tertinggi, iaitu Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong, seperti pemimpin-pemimpin MCA yang lain yang menurut jejak Barisan Nasional menyerang video Teresa, gagal menunjukkan di bahagian mana video itu anti-Melayu atau anti-Islam, tetapi mereka terus menggalakkan dan malah membantu protes puak ekstremis terhadap video Teresa.
Saya percaya semua rakyat Malaysia yang sihat akal fikirannya berhak untuk bertanya kepada KPN, Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri, serta pimpinan Umno dan MCA mengapa layanan berbeza akan diberikan jika ada enam NGO menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Perdana Menteri dan melumur darah pada sepanduk bergambar Menteri Umno berbanding layanan yang diberikan terhadap enam NGO kelmarin yang menawarkan ganjaran RM1,200 kepada sesiapa yang menampar Teresa Kok dan melumur darah pada sepanduk yang memaparkan wajah pemimpin Pakatan Rakyat.
Sikap pilih bulu diamalkan oleh polis dan institusi utama negara, sedangkan mereka seharusnya bersikap tidak berpihak, saksama, dan profesional. Keadaan ini membuatkan rakyat semakin tidak yakin akan adanya urus tadbir yang baik, kebertanggungjawaban dan ketelusan di Malaysia. -LKS
Ahmad Zahid salah berhubung kenyataan terhadap Teresa Kok, kata peguam
Peguam jenayah mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan bukan satu kesalahan untuk menawarkan ganjaran untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, dengan berkata terpulang kepada pendakwa raya untuk memutuskan jika kesalahan dilakukan.
Mereka berkata, pihak polis mempunyai tanggungjawab untuk bertindak secara profesional dan menyiasat apabila nyawa seseorang terancam, walaupun mereka di bawah kementerian yang diketuai Ahmad Zahid.
Peguam Syahredzan Johan berkata, sikap tidak peduli menteri itu tidak sepatutnya berlaku dan polis sepatutnya menjalankan siasatan kerana laporan polis sudahpun dibuat.
"Polis sepatutnya menguatkuasakan undang-undang mengikut buku statut," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata tugas polis adalah untuk mengumpul bukti yang ada dan menyerahkannya kepada pendakwa raya yang akan memutuskan jika adanya kes untuk didakwa.
Syahredzan berkata, dengan membuat kenyataan sebegitu, Ahmad Zahid sebenarnya menggalakkan tindakan tersebut, yang jelas melanggar undang-undang.
"Pelaku salah juga patut diteliti di bawah Akta Perhimpunan Aman bagi membawa pisau dan menyembelih ayam di pusat bandar," katanya.
Ahmad Zahid berkata tidak perlu membuka penyiasatan atas laporan polis dibuat terhadap Majlis NGO Islam - menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menampar ahli Parlimen Seputeh dan menyembelih ayam serta mencalit darahnya atas kain rentang dengan wajah pemimpin Cina DAP dan PKR di atasnya.
"Menampar bukan satu ancaman. Kalau mereka katakan bunuh, itu barulah ancaman," kata menteri itu semalam.
Pada Khamis, badan yang digelar Majlis NGO Islam, menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menampar Kok sebagai tanda kemarahan terhadap pemimpin pembangkang itu yang dikatakan menghina kepimpinan Melayu dan Islam.
Fokus badan tersebut adalah Kok dan video Tahun Baru Cinanya, bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'.
Mereka kemudiannya mencalit darah ke atas kertas rentang dengan wajah Kok dan pemimpin lain.
Penasihat Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata, kenyataan Ahmad Zahid juga merupakan penghinaan terhadap wanita kerana menganggap ancaman yang jelas sebagai satu jenaka.
"Beliau menghantar mesej yang salah jika pro-Umno, anda akan kebal daripada undang-undang. Beliau menunjukkan bahawa kita boleh berbuat dan berkata apa sahaja, termasuk mengugut untuk memukul orang."
Paulsen berkata dalam kes ini, NGO tersebut melakukan kesalahan kerana menggalakkan jenayah terhadap seorang ahli Parlimen.
Sementara itu, Peguam Gobind Singh Deo berkata, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sepatutnya mendidik Ahmad Zahid tentang peruntukan Seksyen 503 (jenayah ugutan) Kanun Keseksaan.
Beliau berkata peruntukan itu menyatakan sesiapa yang mengugut untuk mencederakan orang lain melakukan jenayah ugutan.
Hukuman bagi kesalahan itu adalah penjara selama dua tahun dengan saman, dan dalam kes ugutan membawa kecederaan, hukuman adalah penjara sehingga tujuh tahun.
"Ancaman menampar seseorang jelasnya jatuh di bawah seksyen ini," kata Gobind yang juga merupakan ahli Parlimen Puchong.
Beliau berkata, Ahmad Zahid tentunya keliru apabila berkata tindakan hanya akan diambil selepas sesuatu insiden berlaku.
"Itu memang tidak munasabah. Undang-undang tidak perlu menunggu seseorang untuk melakukan serangan sebelum tindakan diambil. Ancamannya sudah jelas. Dia seperti tidak faham perkara ini," katanya.
Peguam N Surendran pula berkata Ahmad Zahidi merendahkan penguatkuasaan undang-undang, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara terbuka.
"Kenyataan beliau adalah sama dengan melepaskan tangan daripada tanggungjawabnya sebagai menteri," kata ahli Parlimen Padang Serai itu.
Katanya Ahmad Zahid terikat dengan undang-undang dan janji untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan.
Beliau juga berkata Ahmad Zahid melanggar sumpah janji kepada Pejabat Perdana Menteri, dengan menambah: "Beliau membuktikan beliau tidak layak memegang jawatan menteri dalam negeri atau apa-apa jawatan lain."
Surendran menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memastikan undang-undang dilaksanakan dalam perkara ini.
"Mereka yang bersalah menawarkan ganjaran tampar ini perlu ditahan," katanya.
Ahmad Zahid menegaskan tiada keperluan untuk menyiasat ancaman dan tawaran itu, sebaliknya mengatakan kementeriannya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang meneliti Kok atas videonya, setelah menerima lebih dari 300 laporan polis.
Semalam polis sudahpun memulakan penyiasatan terhadap aduan Kok dan mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 505 (c) bagi kerosakan awam dengan tujuan menghasut orang ramai untuk mencederakan orang awan, serta Seksyen 506 kerana jenayah ugutan. -TMI
12 ulasan:
zahid duri dlm daging umno... kroni2 malaun ni pun kebanyakannya conman. tipu org melayu...
Allah telah mentakdir si zahid ni jadi bagitu. jadi semua kena terima ini sbgai takdir, syukur Allah tidak jadikan kita mcm si zahid. dari azali lagi... si jamil sudah tentu mengerti.
Rugi betul rakyat Malaysia.Pilih pemimpin yang hanya popular kerana kenyataan yang sentiasa tidak mengambarkan kepimpinan yang baik dlm pentadbiran negara.
...atau pun sesiapa yg dapat menampar anak Zahid yg kemalangan semasa dekat PRU13 dulu kita bagi RM1200 jugak bagaimana? kita buka satu tabung diberi nama tabung penampar.
gua malu ada pemimpin mcm zahid ni tapi gua malu bkn sbb dia ni melayu tapi gua malu sbb dia seorg pemimpin yg beragama islam. Islam tidak mengajar umatnya melakukan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap penganut agama lain. Zahid meletakkan taraf dia sebagai menteri setaraf dgn NGO2 yg kononnya mewakili islam tapi lebeh memberikan imej yg buruk terhadap Islam. Zahid perlu letak jawatan sebagai menteri.
Zahid ini orang PAKIDA. Tujuan asal PAKIDA adalah untuk kemesyarakatan. Kenduri kenara,bantu membantu antara ahli tapi semejak kebelakangan ini PAKIDA telah disalah gunakan untuk tujuan politik tertentu. Dalam PAKIDA ada bi'ah nya bukan ikut suka hati melakukan kesalahan yg bertentangan dengan undang2 negara. Apa masalahnya si Zahid ini sampai seorang yg berjawatan menteri KDN cakap macam budak2 sekolah lepasan darjah 6. Letak jawatan lagi baik lah Zahid. Kalau dapat maklumat ada orang nak curi moto atau pecah rumah tak kan nak tinggu orang itu dah curi dan pecah rumah baru nak tangkap.Cegah sebelum parah.
Gara-gara dapat menteri bodoh, sombong, angkuh. Malukan pelajar sek Agama Izuddin Shah (Ipoh) saja.
setelah beberapa bulan dilantik jadi menteri, ternyata ZH tidak punyai integriti, kredibeliti dan kualiti. malah merupakan semacam golongan samseng saja.
Jika di mesir ada general as-sisi, begitu juga di malaysia kita juga ada as-sisi versi melayu..
Sungguh angkuh dan sombong, dh mati esk bru dia thu langit tinggi rendah.
Seikat kangkung shj? Saya upkan lagi kpd 10 ikat kangkung kpd siapa yg boleh menampar manusia durjana bernama zahid ini.
aku up lagi.20 ikat kangkung lombong.apamascam.boleh makan dgn yong tau foo.20 ikat kangkung lombong utk tampor zahid nie.
Sedih kan ada umat melayu setahap jahil sebegini...
Gambar bawah tu memang muka macam tu ke ???
Sedih juga yea...
Aku tak tahu lah.. dia ni dapat PhD apa hah?!!! Kangkung betullah..! Cakap pakai kepala lutut otak monyet apa!!?!??.. Kelakar lah.. tahap menteri kangkung.. budak kecik pun kalau ada orang cabar nak tampar adik dia pun tahu marah dan nak defend adik dia..sebab dah jadi ancaman atas maruah dan keselamatan.
Sah sah memang mentaliti lebih teruk dari kangkung busuk.. KANGKUNG BUSUK DALAM PARIT PENUH NAJIS!!!!
Catat Ulasan