10 Feb 2014

UMNO Rasis! Macai Tak Nak Buat Demo Ke? Tak Nak Tampar Taib Mahmud?

Pesan Taib kepada BN negeri: Pastikan politik rasis Umno tidak masuk Sarawak

Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggalkan jawatan ketua menteri Sarawak dengan satu nasihat kepada penggantinya - sesiapa pun menggantikannya harus memastikan politik rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.

Kenyataan Taib semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) semalam memberi indikasi jelas bahawa penggantinya "harus tegas dan tidak berpaling" apabila berurusan dengan Putrajaya mengenai perkara yang melibatkan kepentingan Sarawak.

Setiausaha Agung BN Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi, berkata Taib mengatakan penggantinya perlu bersungguh-sungguh melindungi hak negeri seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

"Kita mesti berpegang kepada Perjanjian Malaysia dalam melindungi hak negeri ini," kata Rundi mengenai mesej Taib ketika ditanya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT BN negeri di Kuching selain memberi ketua menteri itu mandat untuk memilih penggantinya.

Rundi berkata, bertegas dengan Putrajaya termasuk menghalang Umno masuk ke Sarawak yang dilihat tidak begitu mengendahkan perjanjian 20 perkara yang menjamin kepentingan dan hak Sarawak dan penduduknya apabila mereka bersetuju membentuk Malaysia bersama Malaya, Sabah dan Singapura.

Katanya, tiada sebab bagi Umno untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak kerana Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Taib cemerlang dalam menguruskan negeri dan hak rakyat Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia.

Rundi berkata, sosio-etnik negeri berbeza daripada Semenanjung Malaysia dan lebih baik ia dikendalikan oleh rakyat Sarawak yang memahaminya dengan lebih baik.

Taib pada hujung minggu lalu mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan ketua menteri dan menghabiskan masa pada Sabtu dan Ahad untuk pelan persaraannya bersama pemimpin PBB dan MT BN.

Pelbagai tuduhan berlegar di media sosial dengan warga siber menuduh Putrajaya menghakis banyak hak Sarawak dan Sabah dalam perjanjian 18 perkara yang membawa kepada pembentukan Malaysia.

Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Wilfred Nisson, berkata Umno hanya "memahami isu-isu berkaitan kepentingan Melayu dan Islam" manakala di Sarawak, parti seperti PBB perlu memenuhi kepentingan pelbagai kumpulan etnik dan kepercayaan agama dan mazhab.

"Kita perlu menangani berbilang kaum, agama dengan berhati-hati untuk mengekalkan keharmonian sosial.

"Di Sarawak, garis pemisahnya sangat nipis. Justeru, kami perlu bersikap lebih prihatin terhadap sensitiviti rakyat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik. Terdapat lebih 40 kumpulan etnik di Sarawak.

"Oleh itu tiada siapa lagi yang memahami situasi ini lebih baik melainkan rakyat Sarawak sendiri," katanya menjelaskan parti tunjang BN di Semenanjung Malaysia itu sejak kebelakangan ini dilihat gagal menguruskan keperluan masyarakat pelbagai kaum.

Pihak pembangkang, khususnya DAP juga tidak bersetuju cadangan kemasukan Umno ke Sarawak.

Pengerusi DAP negeri, Chong Chien Jen, menimbulkan kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November lalu apabila beliau menuduh Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai pro-Umno dan akan membawa parti Melayu itu ke Sarawak jika beliau menjadi ketua menteri .

Abang Johari, timbalan presiden II dalam PBB, merupakan salah seorang daripada tiga individu yang dikatakan bakal dipilih Taib sebagai ketua menteri bagi menggantikan beliau.

Apabila Abang Johari menuntut Chong, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Sentosa dan ahli Parlimen Bandar Kuching menarik balik tuduhan itu, Chong berkata, beliau hanya akan melakukannya jika DUN membawa usul untuk mengharamkan kemasukan Umno ke Sarawak.

Keengganan Chong mengalah menyebabkan Menteri Tugas Khas, Tan Sri Adenan Satem – seorang lagi yang dikatakan bakal dipilih menjadi ketua menteri – bertindak menggantung Chong.

Chong masih digantung daripada sebarang persidangan dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar baru-baru ini berkata, keputusan untuk membatalkan penggantungan Chong hanya akan dibuat apabila dewan bersidang pada Mei nanti.

Chong bakal terlepas beberapa sesi pertama memandangkan Asfia berkata beliau tidak akan membuat keputusan di luar Dewan.

Rundi berkata, tindakan Sarawak berpegang teguh dan menghormati perjanjian itu tidak membuatkan mana-mana rakyat Sarawak kurang kesetiaan kepada kerajaan persekutuan.

"Kami 100% setia kepada Malaysia. Kami akan bersama-sama Malaysia di saat susah dan senang.

"Tetapi hak Sarawak perlu dilindungi," katanya kepada The Malaysian Insider dan menambah Umno tidak berminat melakukannya. -TMI

ULASAN GB

GB terbaca satu komen di bawah artiekel berkenaan:

UMNO tak terasa ke? Tak nak buat demo... Tak nak tampar Taib Mahmud

9 ulasan:

Awanama berkata...

Ingat semua, si taib tu sama saja dgn pemimpin2 umno/bn.

Awanama berkata...

Itu pasal UMNO tak kacau.... sama-sama setan

jowie untu berkata...

Walaupun sama tak mengapa, biarkan satu Taib sahaja di Sarawak. Jangan biarkan BerTaib-Taib lagi masuk ke sarawak dari semenanjung !
Ughang Saghawak Agi Idup Agi Ngelaban !

Awanama berkata...

aku rasa taib ni, takut nak mati.... tengah pikir macam mana nak bawak duit bertimbum ke dalam kubur...

Awanama berkata...

kalau umno rasis x dapat bertapak disarawak, bagus lagi pbb pula masok malaya.boleh juga pbb sekolakan umno bagaimana 40++ bangsa hidup aman damai tanpa sentimen bangsa dan agama.

Awanama berkata...

Walaupun aku tak suka Taib tapi dalam hal nih aku Sallute dia. Tabik Spring.... UMNO hanya akan memporak porandakan Sarawak jika dibenarkan masuk. 3 Kaum utama sahaja di semenanjung dah boleh berlaku rusuhan kaum apatah lagi ada 40++ etnik.

Awanama berkata...

walaupun aku tak suka taib, tapi bab menjaga autonomi atau pun 20 point memang salute!!!

ko tgk la camner sabah sekarang ni... macam hampeh jer...tuh la bagi UMNO masok. menjadi dunia pendatang tanpa izin jer.. bodoh la pemimpin bagi laluan 5 dekad dahulu..

sarawak kena sekolah kan sabah..

Awanama berkata...

Oklah beb i agree dgn lu bro taib yg lu tak nak org bawa msk parti munafikun UMNO ke Sarawak sebab lu bawa msk, maka jadi mcm negeri i ni Sabah. Confirm diaorg bawa Pti banyak - banyak supaya UMNO kekal berkuasa. Sekarang isu PTI di Sabah tiada kesudahan kalau parti cap dacing yg memerintah dan tunggu masa shj utk kerajaan Philipines rampas Sabah mcm sahabat diaorg org yahudi ambil palestine apabila org diaorg banyak di Sabah. So UMNO lu tak terfikirkah?

Tapi yg i tak setuju u cakap parti lu memerintah cemerlang pd masa yg sama berita BBC lapor lu pau duit rakyat hasil penjualan balak dan hydro bakun. Bro Taib i suggest lu ambil cermin dan cermin diri lu betulkah pemetintahan i di Sarawak Cemerlang? Tak tahu malu.

I hanya setuju kalau tindakan lu buat betul bro taib. Tapi lu cakap pemerintahan lu baik, sila ambil cermin dan cermin diri lu sendiri beb.

Awanama berkata...

Taib nie umpama pendapat kebanyakan macai2 umno, sebusuk2 daging kalau dicuci bersih boleh juga dimakan.Tamak haloba taib dia tetap orang sarawak bukan orang Malaya.Tidak akan Sarawak sama Sarawak berbalah Malaya tepok2 tangan.Ingatlah kalau rakyat boleh hukum taib atas jiwa tamak harta dan kuasa,rakyat tetap akan hukum tetapi jika tidak dapat berbuat demikian, taib dapat melepaskan diri dengan undang2 dunia, biarlah anutan agama2 masing2 sebagai jalan penyelesaiannya.Siapa kita menilai akidah agama seseorang, Anda buat baik anda akan kesyurga dan anda berbuat jahat anda akan keneraka.