11 Feb 2014

Pasangan Malaysia Di Sweden Didakwa Pukul Anak, Masyarakat Dunia Luah Simpati


Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden hari ini, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.

Pendakwaraya mengemukakan kertas pertuduhan setebal 11 muka surat itu yang bagaimanapun tidak menyebut punca atau sebab kenapa keempat-empat kanak-kanak itu, Aisyah Azizul Raheem, 14, Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) dipukul dan didera.

Perbicaraan kes berkenaan mungkin ditetapkan pada 18 Februari dan dijangka berlangsung selama 14 hari.

Pertuduhan antara lain mendakwa Azizul dan Shalwati memukul sehingga meninggalkan kesan fizikal dan mengakibatkan kesakitan dengan mengunakan objek seperti rotan, tali pinggang dan tangan serta turut dicubit dan dipulas telinga.

Shalwati didakwa memukul dan mendera anaknya Ammar sebanyak 11 kali, Adam sebanyak tiga kali, Ariff empat dan Aisyah empat kali.

Kesemua kesalahan itu dilakukan Shalwati dengan menggunakan tangan, rotan, tali pinggang, termasuk menampar dan memulas telinga serta memukul di tubuh badan.

Sementara itu, suaminya pula didakwa mendera dan mendedahkan anaknya kepada kemudaratan di mana terdapat enam pertuduhan menyeksa anaknya Ammar termasuk tidak membenarkan Ammar untuk makan serta memukul kepala kanak-kanak itu sehingga terhantuk ke pinggan, empat tuduhan memukul Adam, tiga Arif dan sekali Aisyah.

Dokumen tersebut turut menyenaraikan beberapa individu yang terlibat dalam soal siasat bagi kes tersebut termasuk kaunselor dan guru-guru sekolah kanak-kanak terbabit dan petugas kebajikan.

Undang-undang Sweden menetapkan tindakan memukul anak adalah salah disisi undang-undang.

Laporan terdahulu memetik peguam pasangan itu Kristopher Stahre memaklumkan, Azizul dan Shalwati akan mencabar pertuduhan tersebut.

Sebelum ini pihak pendakwaan menghantar permohonan bertulis kepada mahkamah untuk mendakwa pasangan berkenaan sekitar 6 petang waktu Malaysia pada Isnin. -astroawani

BERIKUT IALAH LAPORAN DARI AKHBAR SWEDEN DAN RESPONS MASYARAKAT DUNIA YANG TURUT MELUAH SIMPATI & PERTIKAI UNDANG-UNDANG SWEDEN

Malaysians charged in Sweden for hitting kids


A Malaysian couple accused of hitting their children in Sweden have been formally indicted in a case that has caused outrage back in Malaysia. If convicted, they face up to ten years in prison.

The parents were arrested in December after being accused of hitting their children for not performing their prayers. They have been since been held on remand while their four children were taken by social services.

On Monday, the prosecutor filed charges of gross violation of their children's integrity (grov fridskränkning) and for assault.

"In my judgement, the information provided by the children via remote video interrogation is trustworthy," prosecutor Anna Arnell said in a statement.

"Together with other accompanying proof, such as witnesses and items that have been seized from the home, there are good grounds for the indictment."

The news came as a welcome relief to the mother of the children, who has struggled with life in a remand centre as the investigation proceeded.

"My client is relieved that the prosecutor has finally brought charges, as she will now be able to prove her innocence," Kristofer Stahre, the mother's defence lawyer, told The Local.

"She has been waiting a long time for this, it's been a tough time for her in jail, but now she is seeing the light at the end of the tunnel."

The trial is set to begin on February 18th and is expected to last ten days.

"It's difficult to speculate what will happen, but of course I hope my client will be freed. She hasn't done any of the things of which she's been accused," Stahre added.

The couple has lived in Sweden for three years. The father, Azizul Raheem Awalludin, works for Tourism Malaysia in Stockholm and has worked for his country's tourism ministry since 2000. His wife, Shalwati Nurshal, is a secondary school teacher on unpaid leave. The Swedish foreign ministry said neither Awalludin nor Nurshal are registered as diplomats, leading prosecutors to conclude that diplomatic immunity does not apply in the case.

The case has stirred a heated reaction in Malaysia, where the four children were returned in early February. A Facebook group lobbying for the parents' return to Malaysia has almost 20,000 followers, and many took to Twitter to share their outrage alongside the hashtag #SwedenLetThemGo.

Kristofer Stahre has said the situation was the result of a "clash of cultures". Sweden was the first country in the world to outlaw corporal punishment back in 1979. In Muslim-majority Malaysia, corporal punishment is allowed in schools.

The case is not the first time a diplomat from abroad has got caught on the wrong side of the saw. In 2011, an Italian politician was convicted for assaulting his son during a Stockholm holiday, in a case that stirred heated debate in Sweden and Italy.
-The Local, Sweden




Laporan sebelum ini
klik untuk baca

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Undang-undang yang sama di Malaysia, kenapa rakyat masih menerima UMNO jadi pemerintah?

Tanpa Nama berkata...

Kalau lah betol sebagaimana yg lakukan oleh mak dan bapak 4 kanak2 ini seperti didalam pertuduhan aku sokong mak pak ini dikenakan hukuman yg setimpal oleh Mahkamah Sweden. Kalau ia pun anak2 tak solat,tak ngaji quran,tak hurmat mak bapak bukan caranya menampar,melibas dgn tali pinggang,merotan,menghantok kepala dan mendera tak bagi makan. Itu bukan cara mengajar anak2 tapi lebih kepada mengajar binatang. Satu pengajaran kepada pasangan tersebut dan peringatan kepada semua rakyat Malaysia camana nak didik dan mengajar anak2 supaya jadi baik.

Tanpa Nama berkata...

Apakah ini sikap mentaliti Melayu kampong dari Terengganu , pukul anak , buang anak , sampai bunuh anak pun ada.....

Banyak sangat kes sebegini yang memalukan bangsa juga negara am nya.

Melayu Melayu kampong yang hendak di hantar ke luar perlu di tapis samada mereka sudah berfikiran waras , terbuka , dan tidak mentaliti kekampongan.

Paling mereka perlu sedar bahawa mereka adalah manusia yang mesti berakal.

Sedih.....

Tanpa Nama berkata...

Kalau pakai undang - undang Sweden yang sekarang pun banyak undang - undang seumpama ni dilaksanakan kerajaan munafikun UMNO, i beri jaminan bukan sahaja 100% tapi 1000% kes gejala maksiat dikalangan kanak - kanak dan remaja akan meningkat dengan dahysatnya.

Hanya undang - undang Islam dapat menurunkan kes gejala maksiat sebab Undang - Undang Islam dicipta oleh Allah S.W.T mengikut fitrah manusia manakala undang -undang karut yg dibuat kerajaan Sweden dan juga UMNO, menentang fitrah manusia.