10 Feb 2014

[KANTOI] "Penyamun" Itu Pakai Baju Lambang Apa?


Penyamun bangang kena cekup

BANTING: Tindakan dua penjenayah menggunakan nombor pendaftaran kereta sama ketika melakukan jenayah sebelum ini berjaya diberkas kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, kedua-dua suspek berusia 20-an berjaya diberkas di Jalan Cempaka, di sini, selepas kelibat mereka disedari ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) Telok Datok yang melakukan rondaan.

Curiga dengan kehadiran kereta yang dinaiki suspek, ahli SRS kemudian mengekori mereka kira-kira 30 minit dan memaklumkan kepada polis nombor pendaftaran kereta berkenaan sama dengan nombor kereta yang terbabit dalam kejadian ragut seorang wanita di Pekan Banting, 23 Januari lalu.

Menyedari mereka diekori, suspek memecut namun kecekapan polis kemudiannya berjaya memberkas mereka yang dipercayai merancang untuk melakukan jenayah di kawasan berhampiran.

Pengerusi SRS Telok Datok Khairul Azhar Misnan berkata, sebelum ditahan, beliau bersama tiga lagi anggota SRS melakukan rondaan sebelum terserempak dengan suspek.-HM

ULASAN GB

Baru-baru ini tersiar satu berita seorang remaja memakai baju 1Malaysia/BN ditangkap kerana mencuri beberapa bungkus MILO.


Yang ini pula "penyamun" tersebut juga kelihatan memakai baju berlambangkan yang sama, BN.


Adakah dalam BN ramai sangat penyamun atau di kalangan penyamun ramai anggota BN atau mereka menggunakan baju BN untuk mudah melepaskan diri di era kerajaan penyamun?

Demikian, hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

19 ulasan:

dewi_sue berkata...

Salam Tuan,
Jgn mudah menghukum tanpa menilai dan memeriksa sendiri. Ikutlah pekerti rasulullah, x terus menjatuhkan hukum tetapi menyelidik SENDIRI.... itulah budi pekerti yg diharapkam. Baju itu saudara, adalah percuma, sesiapa sahaja boleh menggunakannya. Diagih-agihkan sewaktu apa sahaja acara yg dianjurkan oleh pihak berkenaan. Salahkah saudara? Lihat semua dlm konteks yg lebih luas, selidik fakta, dan bersihkan hati serta minda..baru kita dianggap sbg pemerhati dan blogger yg berkaliber dan dihormati. Sekian.

Awanama berkata...

Bapak borek, anak rintik
Ketuanya lanun, pengikutnya macam ini lah.

Awanama berkata...

Ini semua darah daging dari samseng umno bn haram jadan ,macam ni gamaknya hancus.

Abg Sham berkata...

Asal BN mesti penyamun.

Yang atas samun besar-besaran

Yang bawah samun kecil-kecilan.

Awanama berkata...

hukum Allah untuk mendatangkan gerun kepada manusia tetapi manusia masih engkar jadi tak hairanlah makin banyak jenayah setiap hari

Awanama berkata...


Selalu nya kalau baju bn ,orang bn lah yg pakai, orang dari parti lain akan rasa segan la sikit nak, pakai, bila jadi begini tak mengaku geng la pula

Awanama berkata...

Dia pakai baju tu sebab dia tengok orang yang rompak juta-juta boleh lepas. Takkan curi milo je tak boleh lepas pulak.

Anti Fitnah berkata...

Salam Dewi_sue,
Baju BN memang free tapi depa tak bagi kat aku pun. Kalau depa bagi kat akku, aku tak akan pakai.
Konteks yang luas? Fakta? Bersih hati? Aku dah lihat dalam konteks yang luas dan berfakta serta dalam keadaan hati bersih (adil). Setakat hari ini, siapa yang memerintah Malaysia, depalah yang merompak harta negara. Tak kan kita nak kata DAP, PAS atau PKR yang merompak harta negara.
Sampai hari ini, tak kan dewi_sue masih tak dapat mengenali siapa BN ni? Kalau begitu, sudah tentu dewi tak melihat ini dalam konteks yang luas, selidik fakta dan hati belum cukup bersih sebab dewi masih dapat bertolak ansur dengan penyelewengan serta perkara mungkar yang dilakukan oleh puak BN.

meor berkata...

dewi sue....indah nama tu.tentu berciri yg dikehendaki.baju tee tu hanya digunapakai oleh satu pihak sahaja.pihak yg satu lagi tiada bernafsu untuk mengambil atau menerima apatah lagi memakai baju tee tersebut.jadi sue jelas admin bukan berburuk sangka.dan jika sue buka skop minda,admin menyatakan bahawa dalam suasana taraf kehidupan makin meningkat,terdapat penyokong mrnyatakan tiada apa apa kesan.maka admin mengambil kesempatan membuktikan bahawa semua pihak terkesan waima penyokong dacing sekali pun.jadi ader baik nya sue pun jangan berburuk sangka terhadap admin.komen menjadi contoh siapa kita sebenar nya.

Eagle eyes berkata...

dewi-sue,
Rasanya GB tak kata pun si penyamun tu org. BN. GB bertanya shj.Sebaliknya kamu yg salah sangka padanya.

Awanama berkata...

Kalau masok BN tak kaya kaya macam boss nya , maka memang bodoh ler.... Itu kot dalam pemikiran mamat mamat dalam Bangkai Negara.

Awanama berkata...

Alahai, ada pula orang nak defen Baju BN pulak... setau umum kalu dah pakai baju BN penyokong atau yang suka pada BN. Ada orang suka kelab Liverpool pakai baju MU.. x pernah dengar pulak.. habis satu keluarga di suruh pakai baju kelab kesayangan. Ni pakai baju BN maknanya suka pakai dan suka makna cenderung maknanya pro BN lah...
Lain kali sebelum nak jadi "Angel" dan berlakon adil janganlah jadi tak keharuan dan fikiran bercelaru... haahaa. kesian betul...

Nur Diana Ahmad Fauzi berkata...

Penyangak tu pakai baju lambang BN sebab amat yakin BN boleh buat apa sahaja...mungkin satu cara mengelak dari ditangkap polis. Bukankah polis takut dengan BN..?!

Awanama berkata...

dewi saman ni salah sorg yg diupah ribu riban ntuk bg komen kt ruang blog PR ke??trend skang ni kalo nk bunuh,mrompak,mencuri,merogol kene pakai tangkal baju bn

Awanama berkata...

Pencacai lain sebok demo sembelih@lumur darah ayam, pencacai tegar nie buat pratikal ajaran ketuanya....

Awanama berkata...

dewi sue...terima lah kenyataan, selalunya pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat selalu mengena..sekarang yang jelas dari pimpinan sehingga sekecil ahli ini lah perangai, memang baju bolih di dapati di mana2 tetapi kehendak dan keinginan mengatasi segala, yang nyata hasil dari pemakaian baju itu menunjukkan perangai sebenar ....

Awanama berkata...

Aku pun rasa geli geleman bukan sahaja nak pakai nak sentuh pun rasa meloya...
Satu perkara lagi kalau nak kenal dia ni ahli umno, cuba minta pd budak atau penyamun tu kad ahli umno. Kalau ada kad itu sahlah dia ahli umno....

Awanama berkata...

dewi su,
waktu PrU yg lalu aku dapat 2-3 helai kemeja dan t-shirt lambang BN.Aku buat cuci kereta sebab tak tergamak nak pakai.Jiran sebelah kaki ampu UMNO pakai baju dan t-shirt tu hingga tidur.Solah pun oakai baju BN.

Awanama berkata...

baju bn biru gelap segelap hati,
gelap masa depan.