13 Feb 2014

Syabas Rebecca, Usah Peduli Apa Orang Kata

Rabecca Dapat Hidayah Bertudung Di Mekah

elakon Rabecca Nur Al-Islam sudah pun berhijab sejak menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada 31 Januari lalu bersama suami serta 38 ahli keluarganya yang lain.

Rabecca, 28, berkata, sepanjang berada di Mekah, dia cukup selesa dengan pemakaian hijabnya sehinggalah ketika pulang ke tanah air, dia nekad mahu kekal dengan imej tersebut.

"Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab.

"Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab. Lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu.

Tambah Rabecca, dia kini berasa lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain sudah menutup aurat.

Dalam pada itu dia juga bersyukur apabila suaminya turut memberikan sokongan terhadap perubahannya dalam menjadi seorang wanita Muslim yang lebih baik.

Sementara itu, ditanya pula mengenai komen-komen negatif beberapa pihak yang menyifatkan dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk kerana memuat naik video-video dia mengaji di Mekah, Rabecca berkata, dia tidak kisah dengan kritikan tersebut

Kata Rabecca, tujuan dia memuatkan pelbagai video dia sedang mengaji kerana begitu teruja apabila dapat melakukannya di Mekah, di mana tidak semua orang berpeluang berbuat demikian.

"Sedikit pun saya tidak mempunyai niat mahu menunjuk-nunjuk. Perasaan saya teruja apabila dapat mengaji di Mekah di mana selama ini rutin itu hanya dilakukan di rumah.

"Rasa teruja itu sama seperti kita bercuti di negara orang, itu sahaja. Bagaimanapun saya langsung tidak kisah dengan kritikan itu kerana sudah lali dengan cemuhan orang," ujarnya. -mstar

ULASAN GB

Syabas Rebecca, asalkan niatmu baik, usah pedulikan kritikan orang. Sebab orang yang mengkritikmu itu belum tentu lebih baik dari dirimu.

Kepada suamimu, tahniah diucapkan dan teruskan usaha membimbing isterimu menjadi seorang wanita solehah.

Hadith Nabi s.a.w.

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah". (Riwayat Muslim)

7 ulasan:

Amuraria berkata...

alhamdulillah !

Awanama berkata...

Rebecca, Anda kelihatan lebih cantik dan anggun dgn bertudung. Jgn terus percaya cakap saya, tapi tanyalah suami Anda. Ayu sangat .

Awanama berkata...

Hari ini lbh baik dr semalam, moga esok lbh baik dr hari ini.

armal berkata...

Alhamdulillah. Moga istiqomah dengan perkara kebaikan.

Buat duit.... mudah2. Free pulak. Sini....

http://stayreward.com/index.php?share=115728

Awanama berkata...

Tahniah rabecca... Anda kelihatan lebih anggun dengan bertudung. Mkin anda menjadi pilihan allah untuk menjadi contoh tauladan kepada mereka yg masih engkar dengan perintah Allah swt...

Awanama berkata...

dulu dia ni kontroversi apa tah tak ingat, masa tu dlm hati terdetik dia ni bawa nama nur islam tapi kelaku...

setakat ni irma hasmi yg nmpak cam ok dlm kalangan artis2 yg memakai tudung tapi ada banyak lagi yg hebah ja lebih belakon menyayi serupa ja.

Awanama berkata...

Alhamdulillah..tahniah rabecca apa yang terdetik di hati saya sebelum ini telah menjadi kenyataan, kekalkan berhijab insyaAllah hidup anda akan terus tenang dan bahagia.