13 Feb 2014

[ULANGSIAR] Pendirian Kita Terhadap Isu Liwat 2

Ramai bertanya kenapa GB sibuk-sibuk sokong Anwar, kenapa GB sibuk sangat menyatakan apa yang berlaku di dalam kes liwat ini sebagai satu konspirasi. Kenapa GB tak percaya sumpah Saiful di dalam isu liwat?

Pendirian GB di dalam isu liwat 2 adalah jelas bahawa kita bukan menyatakan Datuk Seri Anwar itu bersih sebersihnya. Tetapi, dari sudut undang-undang Islam beliau termasuk di kalangan orang yang terkena zalim.

Bermula dari isu liwat 1 pada tahun 1998, kita sudah dapat melihat ketidak-adilan di dalam melayani pihak tertuduh. Kita PERLU bangun dan tegak berdiri menentang ketidak-adilan dan kezaliman itu, seandainya tidak, bererti kita mengakui dan meredhai ketidak-adilan dan kezaliman itu berlaku.

Apa yang pernah diucapkan oleh Presiden PAS di dalam isu Anwar pada tahun 1999 perlu dijadikan bahan renungan dan ia merupakan satu penegasan pendirian.


Sempena Perbicaraan Kes Liwat DS Anwar Ibrahim
Sikap PAS Kes DS Anwar 1998

Soalan : Mengapakah PAS beria-ia benar mempertahankan DSAI, sedangkan beliau adalah manusia biasa dan tidak lari dari melakukan dosa seperti zina dan liwat. Apakah PAS mempunyai bukti kukuh bahawa sememangnya DSAI tidak melakukan kerja tersebut.

Jawapan:

PAS adalah Parti Islam, sandarannya mestilah mengikut ajaran Islam. PAS mestilah menghukum mengikut ajaran Islam. Perkara "kemungkinan" yang tersembunyi adalah bukan urusan kita. Ini berpandukan kepada Hadith Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya kami menghukum apa yang zahir, hanya Allah sahaja yang mengendalikan apa yang tersembunyi. Perkara yang tersembunyi kepunyaan Allah dan akan dibicarakan dihari akhirat"

Jadi disini kita hanya menghukum apa yang zahir sahaja. Mengikut kaedah hukum hudud, seseorang itu boleh disabitkan dengan kesalahan zina dan liwat dengan adanya ikrar secara sukarela secara rasmi dihadapan hakim, sebanyak 4 kali. Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Hukum hudud di tolak sekiranya ada kekeliruan"

Ini bermakna bahawa pengakuan ikrar tersebut mestilah dengan kerelaan hati tanpa di paksa sebanyak 4 kali(mengikut mazahab hanafi). Didalam hal ini juga Islam lebih menggalakkan sesorang itu bertaubat dengan Allah kerana itu lebih afdal daripada ianya dijatuhkan hukuman didunia. Perkara ini berpandukan kepada hadith nabi SAW ketika peristiwa yang berlaku keatas Maiz bin Malik.:

Maiz bin Malik datang mengadap Rasulullah SAW dan berkata:"Hukumlah aku ,kerana aku telah berzina" ketika itu Rasullah tidak mengambil perhatian keatas permintaan Maiz. Kemudian beliau datang lagi kepada Rasulullah dan mengatakan "Hukumlah aku, kerana aku telah berzina". Kemudian Rasullah bertanya adakah kamu mabuk atau gila? Sahabat mengatakan bahawa beliau tidak mabuk atau gila. Selepas itu Azan asyar dilaungkan dan Maiz bin Malik bersolat asar bersama Rasulullah. Selepas solat Asar beliau datang lagi kepada Rasulullah dan berkata". Hukumlah aku kerana aku telah berzina". Rasulullah menjawab "Bukan kah kamu telah bersolat bersama-sama dengan ku tadi, mudah-mudahan kamu Allah mengampun dosa kamu. Beliau berkata "Ya,saya telah solat asar tadi, tetapi, hukumlah saya kerana saya telah berzina" Kemudian Rasulullah bertanya "adakah kamu telah kawin?" Beliau menjawab "ya". Lalu Rasulullah menjatuhkan hukum rejam sampai mati kepada beliau. Ketika hukuman dijalankan beliau lari dan dikejar oleh para sahabat dan merejamnya hingga mati.

Apabila berita ini dikabarkan kepada Rasulullah SAW beliau murka dan berkata:
"mengapa kamu mengejar beliau, mungkin beliau bercadang untuk menarik balik pengakuanya"

Kesimpulannya disini, seseorang yang membuat pengakuan ikrar, kemudian ketika hukuman dijalankan dan pengakuan itu ditarik balik, maka hukumanya digugurkan. Hukum hudud terhadap kesalahan zina dan liwat boleh juga disabitkan dengan 4 orang saksi yang adil. Ini berpandukan Firman Allah di dalam surah An-Nur yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang menuduh perempuan(termasuk lelaki) zina atau liwat dan tidak boleh mendatangkan 4 saksi, maka orang yang menuduh itu dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 80 kali. Dan jangan diterima orang yang menuduh ini sebagai saksi kerana mereka ini adalah orang yang fasik."

Syarat-syarat sebagai saksi pula adalah seperti berikut:

1.Islam

2.Adil (tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan dengan dosa kecil serta tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah)

3. Lelaki(dalam kes zina dan liwat orang perempuan tidak boleh menjadfi saksi)

4. Setiap saksi mestilah melihat perkara tersebut pada masa yang serentak.

Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan. Walaupan begitu ujian DNA di bolehkan untuk mengugurkan tuduhan.

Jelaslah dari hujjah diatas bahawa pertuduhan yang dilakukan terhadap DSAI tidak diselesaikan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Islam. Dan inilah hujjah yang menjuruskan PAS menentang kezaliman yang dilakukan terhadap DSAI, walaupun satu ketika dulu DSAI adalah musuh no.2 PAS..... ini berpandukan Firman Allah yang bermaksud:

"Janganlah dengan sebab kamu kebencian kepada sesuatu kaum maka kamu tidak berlaku adil. Berlaku adil lah kamu, kerana itu lebih hampir kepada Taqwa"....
Ingat-ingatlah....

Wallahua'lam.

sedutan dari jawapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika Majlis Dailog di Kg.Gelugor Kedai, Marang Terengganu-1999


Disitu keindahan dan keadilan Islam.

Rakyat terutama bukan-Islam dapat menyaksikan, tanpa menggunapakai hukum Islam, rupa-rupanya sesuatu kes itu boleh dieksploitasikan untuk mewujudkan konspirasi.

Persoalan qazaf (empat orang saksi) apatah lagi untuk mendapatkan empat orang yang dipercayai - akhirnya menjadi bahan kajian kepada pemikir bukan-Islam dan akhirnya mereka memperakui Islam jauh lebih adil dan tidak mungkin dapat dikalahkan oleh undang-undang sekular yang boleh dimanipulasikan untuk pihak berkepentingan.

Segala-galanya dari Allah. Demikian juga kes liwat Anwar. Untuk mengajar manusia bahawa Islam itu agama kebenaran dan keadilan dan tiada yang lebih indah dan lebih baik dari "celupan" Allah. Celupan Allah tiada siapa yang boleh mengatasinya walaupun sekalian penduduk bumi berkonspirasi untuk melawannya.

"Celupan Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghah (celupan)nya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah." (QS. Al-Baqarah : 138)

16 ulasan:

Dr roshana berkata...

Dah le tu, jangan lah ungkitkan lagi bab liwat ni sebab tiada bukti yg nyata. " Sesungguhnya, arak, judi, berhala, zina, finah, bunuh dan lari dari medan perang " adalah 7 dosa besar.

Sewaktu saya kecil dulu..55 tahun yg lalu sebut aje zina menggeletar tubuh badan...la ni main tuduh2 aje...jangan...anak2 siksa kubur tu sakit

Tanpa Nama berkata...

hujah GB terang dan jelas.

Tanpa Nama berkata...

ISLAM itu SYUMUL....syabas GB!

Tanpa Nama berkata...

Well at least ada juga benda baik yg boleh dipost. Tiada salah pun lagipun daripada tiada benda utk post (lagipun macam kurang sudah admin post cerita dan isu dlm blog ini) bagus ada asalkan bukan fitnah.

LazIm berkata...

1. Bagus penerangan oleh GB.
2. Pentas untuk DSAI membela diri sentiasa terbuka.
3. Biarlah DSAI membela diri bagi membuktikan yang dia tidak bersalah dlm tuduhan meliwat Saiful.
4. Dalam penggunaa video sebagai bahan bukti adakah GB akan redha sekiranya anak perempuan GB dirogol serta peristiwa itu dirakam dan nampak jelas muka si perogol lalu tidak diambil tindakan kerana tidak ada 4 orang saksi yang kita tidak sangsi akan keimanannya.
5. Adakah GB akan redha sekiranya siperogol anak perempuan GB itu bebas kesana kemari tanpa dikenakan tindakan kerana tiada saksi yang melihat kejadian itu hanya video kejadian yang berlegar di alam siber?
6. Hukum Allah itu amat adil. Sejajar dengan peredaran zaman. Sekiranya semua manusia seperti Maiz bin Malik, mungkin video atau 4 saksi tidak diperlukan untuk menjatuhkan hukum.
7. Jangan persendakan hukum Allah.

Tanpa Nama berkata...

tqvm di atas pencerahan ini.

minta GB terangkan sikit terutama utk menafaat segelintir ahli-ahli PAS yg bimbang jika DSAI diangkat menjadi PM. Mereka menyatakan menjadi PAS menjadi melukut di tepi gantang...

Tanpa Nama berkata...

16 tahun dah isu liwat ini dinilai oleh rakyat.... maka keputusan juri rakyat mengatakan memang ia SATU FITNAH POLITIK KOTOR UMNO BN TERHADAP DS ANWAR IBRAHIM.

dan sepanjang masa itu jugalah mereka yg terus menuduh bergelumang dosa siang mlm.

bagaimana agaknya pandangan cucu cicit saifool nanti terhadap datuk mereka pernah terlibat fitnah liwat ini?

adakah mereka akan bangga atau mengutuk datuk mereka atau mereka akan tumpang dosa sama kerana menyokong datuk mereka.

itu baru cerita dunia, di akhirat nanti perbicaraan akan disambung.. tanpa wang upahan, tanpa media meloya.

tungguuuuuuuuuu..

greenboc berkata...

Sdra Lazim yg dihormati

Sdra bertanya:

4. Dalam penggunaa video sebagai bahan bukti adakah GB akan redha sekiranya anak perempuan GB dirogol serta peristiwa itu dirakam dan nampak jelas muka si perogol lalu tidak diambil tindakan kerana tidak ada 4 orang saksi yang kita tidak sangsi akan keimanannya.
5. Adakah GB akan redha sekiranya siperogol anak perempuan GB itu bebas kesana kemari tanpa dikenakan tindakan kerana tiada saksi yang melihat kejadian itu hanya video kejadian yang berlegar di alam siber?



Pertama: sebarang masalah hukum kita merujuk kepada Al-Quran, Hadith dan kita berpegang kepada ijma ulamak. Presiden PAS telah menyatakan: "Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan. Walaupan begitu ujian DNA di bolehkan untuk mengugurkan tuduhan."


Kedua, sekalipun katakanlah ada video yang menunjukkan anak perempuan GB dirogol dan nampak jelas muka penjenayah berkenaan, perkara pertama yang menjadi persoalan apakah video itu TULEN? kerana di zaman digital ini, video juga boleh direka atau dimanipulasikan sehingga nampak seperti asli seperti video-video yang dihasilkan oleh cybertrooper UMNO sebelum ini yang melibatkan nama-nama DSAI, Azmin, Mustapha Ali & Nurul Izzah.

Oleh kerana video boleh direka dan dimanipulasi maka sebab itu ia ditolak sebagai bahan bukti.

Secanggih mana pun teknologi ia tidak akan dapat menandingi hukum Islam yang mengkehendakkan 4 orang saksi yang tsiqah (dipercayai). Jika tidak ada empat orang saksi itu, maka yang menuduh itulah yang perlu dihukum.

Firman Allah,“Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik”. (An-Nur:4)

Tanpa 4 orang saksi tsiqah bolehkah disabitkan kesalahan? Jawpaan tidak boleh kecuali si pelaku itu membuat pengakuan sendiri.

Pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, seorang wanita yang dirogol seorang lelaki secara bersendirian, mendakwa lelaki berkenaan merogolnya tanpa mengemukakan empat saksi.

Setelah suspek ditangkap, wanita tersebut mengesahkan bahawa suspek tersebut adalah perogolnya.
Namun, apabila Nabi s.a.w memerintahkan supaya lelaki tersebut direjam, seorang lelaki yang lain bangun membuat pengakuan bahawa beliaulah yang sebenarnya merogol wanita berkenaan.

Hukuman akhirnya dijatuhkan ke atas lelaki yang mengaku merogol, sementara suspek serta wanita yang menjadi mangsa rogol dibebaskan. (Mafhum hadith ini diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dalam Sunannya)

sekian wallahu 'alam

greenboc berkata...

tercicir...

Ijma Ulamak juga tidak menerima DNA sebagai bahan bukti. Kenapa?

Kerana bahan untuk kajian DNA boleh dicemari dan dimanipulasi. Hal ini terbukti di dalam kes liwat melibatkan Saiful dimana di dalam penghakiman awal, telah terbukti bahan DNA telah tercemar. Petikan :

Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Tanpa Nama berkata...

Kita kena faham antara tuduhan zina dgn tuduhan rogol.Sebagai contoh datuk Eskay menuduh saudara anwar berzina.Maka dia perlu bawa 4 orang saksi (di tetapkan oleh Allah). Tidak boleh video atau rakaman lain sebagai bahan bukti.kita sepatutnya bertanya kepada datuk Eskay apa tujuan dia bawa rakaman video itu kalau bukan berniat jahat terhadap anwar?
Kecualilah kalau datuk eskay menuduh anwar rogol atau liwat dia barulah didatangkan bahan bukti yang lain seperti DNA atau rakaman video yang TULEN.
Jadi DNA atau rakaman video itu masih atau amat diperlukan dalam tuduhan rogol tapi bukan untuk tuduhan zina.

greenboc berkata...

anon 10: 42 AM menulis "Jadi DNA atau rakaman video itu masih atau amat diperlukan dalam tuduhan rogol tapi bukan untuk tuduhan zina."

Benar, tapi kesahihan DNA & Video masih tetap perlu dibuktikan.

Tanpa Nama berkata...

BUKTI VIDEO

bukti video memang tkleh dijadikan bukti muktamad sesuatu kejadian. ini kerana video boleh dimanipulasi dizaman IT ni.

semua org boleh buat manipulasi video setiap musuh mereka. dulu teater mahathir pun boleh cari artis wajah mirip mahathir siap 3 generasi lagi.

kerana itu mahkamah, walaupun pro umno, terpaksa buat perbicaraan panjanglebar(mengabih duit rakyat) sesuatu kes.

dna pun memang salah satu bukti. tapi sejarah penemuan dan lain2 aspek dna perlu dikaji juga. sebab dna pun boleh dimanipulasi.

cuba kita kaji kes rogol bunuh pakar komputer wanita cina muda dulu. tertuduh didapati bersalah. walhal tiada video pun. sebab bukti2 lain tiada keraguan.

kes anwar byk sgt keraguan terlampau dan melampau.

ini bukan soal anak kita mangsa. memanglah kalau anak kita mangsa, kita akan emosi dan bertindak luar akal dan keadilan.

yg masih konspirator susah nk decide sekarang ialah adakah nak tuduh anwar liwat saifool dgn paksa atau saifool sgt bahagia menyerahkan lubang puakanya.

kalau nk tuduh anwar liwat, mcmana saifool kena lebih sekali, lembu sungguh saifool kena byk kali.

kalau nk kata saifool sama2 syok, maka umno tkdpt jatuhkan anwar dgn teruk dan saifool akan sama2 kena penjara dan sebat. takkan saifool nk mengaku rela, hancurlah bontot dia kena sebat.

awal2 lagi kes ni dah menipu. anwar dan saifool dua2 org islam, kenapa tk bawa ke mahkamah syariah? boleh pilih ke?

nnti semua org nk bawa kes syariah ke mahkamah sivil, apa jadi?

kpd penyokong fitnah liwat ni, bykkan membaca lah. jgn komen yg nampak tk membaca dan hujah kangkong.

Tanpa Nama berkata...

Kasar gak soalan lu ni..Kalau lu atau anak lu kena fitnah berdasarkan video ciptaan amacam.. Dgn teknologi skrg ni mcm2 bleh buat.. Nak jatuhkn hukuman islam ni memang berat, sehingga benar2 yakin dan terbukti sesuatu dakwaan atau pengakuan.. Menghukum semata-mata kerana Allah, bkn nafsu atau dendam.. Lebih baik terlepas si pesalah daripada menghukum orang yang tak bersalah (akhirat masih menanti).. adilnya hukum tuhan..

Tanpa Nama berkata...

Andaikan saja DSAI adalah peliwat berulang kali pula, sepatutnya pihak yg memusuhi beliau boleh mendapatkan kerjasama pihak berkuasa, untuk memasang perangkap dan menangkap DSAI on the spot dgn segala bukti dan saksi lagi. Saya bukan menidakkan perlunya 4 saksi, akan tetapi ada juga asasnya tuduhan liwat itu berlaku. Mereka berupaya dan ada masa untuk menyediakan kamera untuk merakam, tetapi tidak boleh pula memanggil pihak berkuasa menangkap on the spot. Itulah tembelang mereka yg membuat tuduhan fitnah tersebut, tidak mungkin mereka tidak mengetahui kaedah mengintip pesalah. Jika niat tidak betul amalan juga menjadi tidak betul.

Tanpa Nama berkata...

Kes yang menjatuhkan maruauh kehakiman negara dimata dunia di sebab kan konspirasi menutup kesilapan rasuah dan salah kerajaan kerana hanya DSAI yang tahu.Sekarang harga barang naik jangan buang masa nak buat fitnah keatas DSAI lagi tak pandai takbir negara bagi orang lain takbir.

LazIm berkata...

Kedua, sekalipun katakanlah ada video yang menunjukkan anak perempuan GB dirogol dan nampak jelas muka penjenayah berkenaan, perkara pertama yang menjadi persoalan apakah video itu TULEN? kerana di zaman digital ini, video juga boleh direka atau dimanipulasikan sehingga nampak seperti asli seperti video-video yang dihasilkan oleh cybertrooper UMNO sebelum ini yang melibatkan nama-nama DSAI, Azmin, Mustapha Ali & Nurul Izzah.

Saya yakin kalau video boleh direka xpa dapat dikesan ketulenannya, belambak video sex pemimpin2 dunia atau malaysia yg akan keluar di alam cyber.
Tapi sampai sekarang tiada pun video yang sedemikian.

semua org boleh buat manipulasi video setiap musuh mereka. dulu teater mahathir pun boleh cari artis wajah mirip mahathir siap 3 generasi lagi.Anonymous February 13, 2014 at 3:41 PM
-- Jangan la kata kat org lain tak byk membaca lihat diri sendiri. Mirip dgn Sama adalah satu definisi yg berbeza. Cerdik laa skit.

Bagaimana pula video Mustapa dimana mustapa sendiri mengaku orang di dalam video tersebut adalah beliau sendiri dan perempuan didalam video tersebut bakal menjadi bini beliau. Mengapa majlis tertinggi pas tidak mengambil tindakan dlm erti kata masih menyimpan org seperti ini yang terang2 berzina.

Green
Pertama: sebarang masalah hukum kita merujuk kepada Al-Quran, Hadith dan kita berpegang kepada ijma ulamak. Presiden PAS telah menyatakan: "Dalam kes zina dan liwat para ulamak bersepakat bahawa ujian DNA dan tayangan video adalah tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan. Walaupan begitu ujian DNA di bolehkan untuk mengugurkan tuduhan."
--Definisi Zina, Liwat dan Rogol adalah sesuatu yang berbeza. Rogol berlaku apabila hubungan jenis itu dilakukan tanpa kerelaan sebelah pihak yang mana akan menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi dan perasaan. Ya benar mungkin dengan mengingati Allah dengan izinNya akan diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup tetapi adakah trauma peristiwa itu tidak akan meninggalkan kesan dlm hidup mangsa. Sekiranya tidak mendapatkn pembelaan terhadap mangsa adakah perkara rogol ini dapat dikurangkan. Kita bukan Nabi yang mana tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Green
Setelah suspek ditangkap, wanita tersebut mengesahkan bahawa suspek tersebut adalah perogolnya.
Namun, apabila Nabi s.a.w memerintahkan supaya lelaki tersebut direjam, seorang lelaki yang lain bangun membuat pengakuan bahawa beliaulah yang sebenarnya merogol wanita berkenaan.
-- Ini cerita zaman Nabi, dimana tahap keimanan mereka tidak dapat dipertikaikan lagi. Memang kita kena ambil iktibar akan kejadian ini tapi zaman telah berubah sejajar dengan kemudahan teknologi yang semuanya ada tertulis didalm al quran dan hadith. Alangkah bagusnya sekiranya siapa membuat kesalahan terus pergi ke balai polis untuk membuat pengakuan yang dia telah merompak, yang dia telah merogol n etc.