23 Feb 2014

MCA Parti Tidak Bermaruah, Kalah Pilihanraya Mahu Sertai Kabinet!


EGM MCA lulus usul pemimpinnya pegang jawatan kerajaan

Selepas terhenti kira-kira sembilan bulan, MCA bersedia untuk memegang semula jawatan dalam kerajaan selepas hampir keseluruhan ahlinya bersetuju agar pemimpin mereka berbuat demikian.

Walaupun ada protes menjelang Mesyuarat Agung Luar Biasanya (EGM) hari ini, 1,913 daripada 1922 perwakilan menyokong pemimpin mereka menerima jawatan pusat, negeri dan kerajaan tempatan.

Hanya lima perwakilan mengundi menolak cadangan itu.

Semua pemimpin kanan parti BN itu memutuskan untuk menolak jawatan kerajaan selepas pencapaian buruk mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila mereka hanya menang tujuh daripada 37 kerusi persekutuan dan 11 daripada 90 kerusi negeri yang mereka tandingi. -TMI

ULASAN GB

Maruah MCA tercampak ke tong najis.

Di dalam PRU13 yang lalu, MCA hanya memenangi 7 kerusi Parlimen daripada 37 kerusi yang ditandinginya, dan hanya 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi.

Kaum Cina telah menolak MCA sebagai parti yang mewakili kaum mereka. Tak jelas lagikah itu?

Sebenarnya selama ini MCA gagal untuk menjadi jurubicara kaum Cina. Mereka tidak memperjuangkan nasib kaum mereka tetapi memperjuangkan kekayaan individu Cina yang ada di dalam MCA. Nak pegang jawatan dalam kerajaan sebab nak tunggu peruntukan untuk dibahagikan kepada kroni. Sama seperti UMNO juga, yang kaya raya ialah kroni-kroni. Skandal PKFZ masih dalam ingatan rakyat Malaysia!

Dasar UMNO BN memang dasyat. Kalah PRU pun boleh lantik jadi senator, dan masih terus pegang jawatan menteri, seperti menteri lembu yang masyur itu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. BN bakal terus dihukum rakyat, hanya menungga saat dan ketikanya, insyaAllah PRU14 nanti.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini lah masa MCA perlu menunjukkan kuasa meminta, sebab nanti PRK kajang memerlukan komitmen UMNO membantu dan masa untuk demand. permohonan berkajang2 akan di pohon. tentu lulus.

Tanpa Nama berkata...

MCA memang gila pangkat dan jawatan, sesuai dengan imej BN, parti gila pangkat

CEO_Siber berkata...


Anwar Jadi MB - Skuad Sayang Selangor Bubar Ganti Terengganu

LIHAT BUKTI DI SINI
LIHAT BUKTI DI SINI

'Please Note'

- Pelaburan jutaan ringgit 'skuad sayang selangor' sepanjang 5 tahun untuk merampas kembali selangor di tangan PKR tidak berhasil. Malah memberi 8 lagi kerusi Dun kepada PR

- Walaupun beribu kali lakonan @ provokasi yang dimainkan oleh media UMNO BN ia tidak lagi relevan untuk Rakyat Selangor. Begitu juga Kelantan dan Pulau Pinang. Ia tetap akan menjadi milik kekal PR.

- Terengganu juga bakal mengikut jejak selangor... Lihat saja pru 13 hanya 2 kerusi sahaja berbeza dan kemerosotan ketara BN..

- UMNO BN akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' dan mengantikan 'Skuad Sayang Terengganu' pula. UMNO BN yakin bila perlaburan jutaan ringgit diberikan kepada rakyat Terengganu terutama anak muda akan mengekalkan Terengganu ditangan mereka

- UMNO BN akan kekal memerintah Terengganu jika pelaburan mereka berjaya dalam 'Skuad Sayang Terengganu'... Lihat saja bukti jelas apabila pelaburan RM15,000 untuk satu keluarga FELDA dapat mengekalkan undi mereka kpd UMNO BN walaupun sedikit merosot... Jadi apa sangat bezanya level pemikiran anak muda FELDA dan Anak muda Terengganu?

- UMNO BN tetap akan membubarkan 'Skuad Sayang Selangor' apabila Anwar berjaya menjadi MB selangor. Aura Anwar yang kian kuat kpd anak muda Selangor hanya menjadikan usaha mereka sia2. Lebih baik mereka tumpukan Negeri lain yang juga akan jatuh ke tangan PR...

Akhir Sekali, adakah UMNO BN akan menyumbat kembali Anwar ke penjara untuk tempoh 10 tahun lagi untuk menghalang daripada menjadi MB Selangor??..... Tetapi yang pasti, UMNO BN akan 'ketandusan strategi' untuk merampas kembali Selangor dan menemui 'jalan mati' untuk menarik sokongan pengundi muda dan pengundi baru yang sudah terdidik sejak 5 tahun dulu..

Tanpa Nama berkata...

Presiden MCA nak jawatan Menteri Pengangkutan macam dulu dulu....

Biasa lah , nak pangkat semua boleh buat. Ahli ahli yang bodoh sokong tu kalau tak kaya kaya juga nanti memang betul betul poyo ler.