15 Feb 2014

[BERGAMBAR] Asrama Maahad Tahfiz Terbakar, 17 Pelajar Tinggal Sehelai Sepinggang


Kuantan -Tujuh belas pelajar Maahad Tahfiz Muhammadiah Bukit Rangin, di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila bangunan madrasah yang menempatkan asrama mereka musnah dalam kebakaran, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira 10 malam itu dipercayai bermula dari setor di tingkat atas yang turut menempatkan pejabat, surau, dua bilik asrama.

Ketika kejadian, semua pelajar terbabit sedang mengikuti kuliah agama di balai Islam di Permatanag Badak, di sini.

Kebakaran menyebabkan tingkat atas bangunan dua tingkat itu hangus, termasuk memusnahkan barangan peribadi pelajar terbabit.

Anggota Bomba dan Penyelamat dari balai Indera Mahkota, Bukit Ubi dan Taman Tas berjaya memadamkan kebakaran kira-kira setengah jam kemudian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Warden asrama, Zamroni Husaini, 22, berkata ketika kejadian dia sedang tidur di sebuah bilik di tingkat bawah.

"Tiba-tiba saya terasa bahang panas dan apabila tersedar saya lihat api sudah marak.

"Saya berlari keluar tanpa dapat menyelamatkan apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, dia kemudian menghubungi bomba memaklumkan kejadian berkenaan.

"Syukur ketika kejadian pelajar tidak berada di sini kerana mereka menghadiri kuliah di tempat lain," katanya. -HM




BANTUAN DIPERLUKAN


Saya tiada follower yang ramai, bukan beribu jauh sekali beratus ribu tetapi saya rasa kalau dapat 10 orang repost image ini dan direpost 10 orang lain setiap seorang saya rasa kita dapat mengurangkan beban kepada mangsa kebakaran Maahad Tahfiz Muhammadi, Bukit Rangin Kuantan.

Mungkin kita tak boleh tolong banyak tetapi jangan tidak tolong langsung.

Bantulah mereka dengan pelbagai cara atas teras kasih sayang sesama Islam. Man la Yarham, la Yurham (barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi).

Bayangkan betapa besarnya rahmat bila golongan yang dijanji Allah ke syurga ini dapat kita bantu kerana setiap butir bata yang kita sumbangkan menjadi penjana survival Islam.

Kesian mereka dahulu tenggelam dek banjir tetapi kini hangus dek api.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada
Maahad Tahfizh Muhammadi
0601-0002791-712 (Bank Muamalat)
Tengku Muhamad B. Tengku Jaafar
06-019-02-018201-3 (Bank Islam)

Atau hubungi terus:-
Ustaz Tengku Mohamad
- 013-938 0762
- 09-536 6409
Ustaz Zamroni Al Hasaeni
- 019-374 9419


Tiada ulasan: