2 Jan 2014

Malam Tahun Baru: Najib & Rosmah Terbang Bercuti Ke LA, Sydney?

Gosip atau cakap-cakap politik, barangkali ada kebenarannya, apatah lagi jika ia ditulis atau dibicarakan oleh individu yang memiliki hubungan rapat dengan ahli-ahli politik.

Tokoh wartawan, A Kadir Jasin, dalam tulisan di blognya pada 30 Disember lalu menimbulkan soalan ke mana perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ketika sambutan tahun baru.

Dalam tulisannya, Kadir menulis- ketika orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka bagi memprotes kenaikan harga barang dan kos sara hidup, Najib tiada di Malaysia untuk mendengar tuntutan mereka.

“Ketika penunjuk perasaan, menentang kerajaan, menuntut itu dan ini, mereka perlu tahu bahawa perdana menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tiada di sini untuk mendengar tuntutan mereka secara langsung,” tulis Kadir diblognya, kadirjasin.blogspot.com.

Menurut Kadir, maklumat diperolehi menyatakan Najib berada di luar negara ketika sambutan tahun baru walaupun pada awalnya dinafikan kumpulan ‘Penasihat Komunikasi Najib’ (CAG).

Katanya, dalam satu kiriman di blognya bertajuk “Wanita Chief and the Grandmaster” pada 11 Disember lalu, seorang bernama Zainol memberi komen Najib dan isterinya, bercuti ke Los Angeles (LA) dan terbang ke Sydney, Australia sempena tahun baru.

“…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri… Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney. “Jam itu kita masih tidor di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia,” komen itu dipetik Kadir.

Menurut Kadir, beliau mengirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada ‘anggota CAG’ untuk bertanyakan kebenaran perkara itu, namun ia dinafikan.

Bagi mengesahkan ia bukan sekadar gossip atau fitnah, Kadir pada 30 Disember lalu mengirim SMS kepada Setiausaha Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang mengesahkan Najib ke luar negara dan tugasnya diambil alih oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kadir menambah, beliau juga bertanya kepada editor dua buah akhbar, salah seorangnya juga anggota ‘CAG’ melalui SMS, bagi mengetahui sekiranya ada kenyataan rasmi dibuat.

Editor berkenaan kemudian mengesahkan bahawa tiada kenyataan rasmi dikeluarkan, namun enggan namanya dipetik.

Kadir yang sebelum ini dianggap bekas orang kuat Tun Mahathir Mohamad mencuri perhatian apabila menyindir Najib dan isterinya, Rosmah Mansor di blognya.

Secara sinis beliau mencadangkan Rosmah dilantik ke jawatan menteri, malah ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.

Ia ekoran pujian Najib terhadap isterinya itu pada Perhimpunan Agung Umno awal Disember lalu, selepas mendapat kritikan menggunakan jet kerajaan untuk lawatan peribadi ke luar negara.

Tulisan Kadir itu, dilihat oleh ramai pemerhati politik sebagai serangan awal terhadap kepimpinan Najib dan mewakili pandangan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. -KD

8 ulasan:

hadi berkata...

As salam.... biar betul... nak tengok matahari naik jer???? Kat Malaysia tak der matahari ke??? Hai, kalau betullah cerita ni.... saya nak ajak PM tengok matahari naik kat pantai Cendering, Terengganu....cukup cantik dan menawan!!!

Awanama berkata...

INI LAH WATAK YANG SEBENAR.KEDUA DUA DAJAL DAN BETINA PUAKA INI TIDAK MEMPERDULIKAN LAGI APA SAJA YANG AKAN BERLAKU KEPADA RAKYAT DAN NEGARA INI.YANG PENTING SAPU DANA NEGARA,CUKAIKAN RAKYAT HINGGA MUFLIS,GUNAKAN DANA DI SETIAP JABATAN ATAU PUN KEMENTERIAN SEHINGGA KERING KONTANG DAN KEMUDIAN NYA AKAN TIMBUL YANG MEREKA INI TIDAK BERSALAH DAN DISEBALIK NYE ADE SATU SATU PIHAK YANG AKAN MENYOKONG TINDAKAN DAJAL DAJAL NI.AMAT MALANG BAGI NEGARA MALAYSIA INI.BANYAK NEGARA YANG BERTAMADUN SUARA HAK BERKUMANDANG TAPI DINEGARA SUARA HAK TIDAK DISOKONG BAH KAN ADA PIHAK YANG SAPERTI BABI PEKAK MENYURUH MEREKA YANG MENGATAKAN HAK INI KELUAR DARI NEGARA INI.CUKUP PELIK DAN BACUL.LAGI YANG SEPAUTUNYE BERLAKU IALAH RAKYAT BERKUASA INI ORANG POLITIK PULAK SEOLAH OLAH MENAKLUK NEGARA INI.CUKUP TIDAK BERTAMADUN.KUASA KUASA INI SUDAH MULA MENUNJUKAN KETAKUTANNYA.ORANG BERHIMPUN MEREKA LARI.RAKYAT NEGARA INI HARUS MENGIKUT CONTOH NEGARA THAULAND BARU LAH KUASA RAKYAT AKAN KEMBALI.

Amuraria berkata...

bersuara on behalf on mamak kutti yang geram banyak idenya ditolak najib ! ABU !

Awanama berkata...

Bila banyak menipu , duduk di Malaysia panas buntot nak depan protest semua kenaikan.Dalam setahun hampir tiap bulan ke luar negara menghabiskan wang rakyat, lagi kata mahu jimat.Sifat munafik memang terserah.

Awanama berkata...

KEPALA2 LEMBU melarikan diri tapi mereka menjerit DENGAR denyut nadi
rakyat...sebaliknya rakyat dLEMBU
kan DULU...kroni2 DUTAMAKAN.BAGI penjilat TAHI2 LEMBU menghasut ADA
kumpulan nak jatuhkan kerajaan....
yakinlah dn percaya tiada mana2 kerajaan yg kekal didunia ini me-lainkan KERAJAAN ALLAH jua hingga hari AKHIRAT.Inilah kerajaan yang
PERITT HATI rakyat maka sayangilah
dan sokong lagi B angkai N egara

abuamir berkata...

Inilah manusia berhati syaitan. Berapa banyak harta datuk nenek mereka simpan utk mereka bercuti gunakan jet mewah kerajaan? Dia ingat bila menang PRU semua harta rakyat jadi harta mak bapak dia. Memang dasar betina puaka...........

Sebagai rakyat yg punya hak aku haramkan wang cukai aku digunakan oleh puaka betina ni.

Awanama berkata...

Member GAG, i nak tanya lu, lu punya bos siapa? Kalau lu jawap najib, maka membazir duit rakyat utk bayar gaji kasih manusia tak kenal bos yg sebenarnya siapa? I nak ingatkan lu bos u adalah rakyat m'sia beb. Kalau rakyat malaysia tanya lu kena jawap jangan lu nafikan kerana kita bayar lu utk kerja bukan utk enjoy beb. Rakyat m'sia is bos lu kuli shj, sedarlah sikit beb.

Dan satu lagi bukan shj lu guna jet suka hati macam harta sendiri, lu pergi bandar haram las vegas buat apa beb? Las vegas adalah bandar maksiat paling besar beb di dunia. So istilah lihat matahari terbit tak betul beb tapi melihat dajal terbit baru betul beb sebagai tanda kiamat dah hampir baru. So mr. Najib, lu punya investment di hari akhirat sudah cukupkah tidak sebab i khuatir lu punya investment tak dapat bayar kpd rakyat malaysia yg lu telah tindas beb. Jangan sampai malaikat catat hutang lu dalam buku 555 diaorg sedbab investment mu tak cukup. Alamatnya wallahualam nerakalah jawapannya beb.

Tahun 2014 ini adalah tahun kuda mengikut kalender cina dan lu UMNO jangan main - main dengan kuda sedang mengamuk beb. Silap hari nanti kuda mengamuk akn tendang lu dari putrajaya jatuh berguling - guling ke penjara kajang kerana dosa lu kepada rakyat malaysia.

Awanama berkata...

wow!!!syoklah ko jib.....lain kali ajaklah 1Malaysia....