Putrajaya sangkal laporan pemantau hak asasi antarabangsa
Putrajaya menyangkal dakwaan laporan badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa Human Right Watch (HRW) yang mengatakan kerajaan berpatah balik daripada janji membuat pembaharuan.
Dakwaan HRW itu ditolak kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan memberikan banyak kebebasan kepada rakyat di samping meminda undang-undang yang sudah usang.
"Di bawah pentadbiran perdana menteri, kebebasan rakyat diperluaskan dan undang-undang usang dipinda," kata satu kenyataan yang dihantar pejabat perdana menteri awal pagi ini.
Dalam kenyataan tersebut, dakwaan mengatakan pentadbiran Najib menghalang atau menekan hak rakyat untuk berhimpun adalah tidak benar.
"Kebebasan rakyat diperluaskan menerusi Akta Perhimpunan Aman, perhimpunan selepas pilihan raya dan lain-lain demonstrasi di ibu kota berjalan tanpa sebarang insiden.
"Ia selari dengan kekuatan demokrasi negara Malaysia," kata kenyataan itu.
Semalam, HRW dalam World Report 2014 membidas kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak menunaikan janjinya apabila meminda kembali beberapa undang-undang yang menindas dan menekan.
"Malaysia pada 2013 menyaksikan 'dua kisah Najib', menjanjikan pembaharuan undang-undang sebelum pilihan raya dan mengembalikan undang-undang menindas selepas itu," kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson semalam.
Sementara itu, HRW juga mendakwa kerajaan BN menafikan hak asas rakyat Malaysia semasa berlangsung pilihan raya Mei lalu.
"Sejak Mei tahun lalu, kerajaan melanggar hak asas, menyekat kebebasan bersuara dan membuat pendakwaan ke atas aktivis yang menganjurkan protes aman," katanya.
Beberapa perhimpunan berlangsung di ibu kota sebelum dan selepas pilihan raya umum pada 5 Mei lalu secara aman, bagaimanapun kerajaan BN juga membuat beberapa pendakwaan ke atas aktivis dan pemimpin politik pembangkang yang terlibat dalam menganjur perhimpunan.
Selain itu, berpuluh ribu rakyat Malaysia, majoritinya anak muda berbilang bangsa membanjiri enam perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di seluruh negara selepas pilihan raya umum 5 Mei menuntut proses pilihan raya adil dan bebas.
"Kerajaan kekal komited untuk mengantikan Akta Hasutan dan meneruskan program pembaharuan perdana menteri," kata kenyataan itu. -TMI
Malaysia tidak tunaikan janji pembaharuan, kata badan hak asasi antarabangsa
Badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa Human Right Watch (HRW) hari ini membidas Putrajaya kerana berpatah balik daripada janji pembaharuan yang dibuat sebelum pilihan raya 5 Mei tahun lalu.
Dalam World Report 2014 yang dikeluarkan hari ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak menunaikan janjinya apabila meminda kembali beberapa undang-undang yang menindas dan menekan.
"Malaysia pada 2013 menyaksikan 'dua kisah Najib', menjanjikan pembaharuan undang-undang sebelum pilihan raya dan mengembalikan undang-undang menindas selepas itu," kata timbalan pengarah HRW Asia, Phil Robertson (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, HRW juga mendakwa kerajaan BN menafikan hak asas rakyat Malaysia semasa berlangsung pilihan raya Mei lalu.
"Sejak Mei tahun lepas, kerajaan melanggar hak asas, menyekat kebebasan bersuara dan membuat pendakwaan ke atas aktivis yang menganjurkan protes aman," katanya lagi.
Laporan tersebut memetik Pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang diluluskan Oktober tahun lalu oleh pentadbiran Najib sebagai undang-undang menindas.
HRW juga menegaskan pindaan undang-undang kontrovesi itu membenarkan penahanan tanpa bicara dan mengehadkan asas untuk merayu serta mengembalikan beberapa amalan salah guna yang menyamai undang-undang drakonian lain seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO).
Selain itu, Najib juga tidak menunaikan janjinya apabila masih menggunakan Akta Hasutan untuk mendakwa aktivis dan pemimpin pembangkang walaupun sebelum ini berjanji undang-undang tersebut akan dihapuskan.
HRW turut mengecam pendakwaan kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai sengaja direka dan bermotifkan politik.
Kedegilan kerajaan Malaysia menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi memantau Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menyebabkan HRW mempersoalkan ketelusan dan integriti agensi tersebut ketika kes kematian dalam tahanan dilaporkan setiap tahun.
HRW juga membidas sikap kerajaan Malaysia yang mendiskriminasi kumpulan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
HRW juga menggesa Malaysia selaku anggota dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) meratifikasi lebih banyak lagi konvensyen hak asasi manusia antarabangsa memandangkan setakat ini hanya empat sahaja yang ditandatangani.
"Kerajaan Malaysia membalas keputusan buruk dalam pilihan raya yang diperoleh mereka dengan mengabaikan hak asasi daripada menghormatinya," kata Robertson lagi.
Robertson juga mendesak agar kerajaan Malaysia meneruskan pembaharuan dan melindungi hak asas rakyat Malaysia termasuk pembangkang dan aktivis. -TMI 21 Januari, 2014
ULASAN GB
Nampaknya para "pegawai kangkung" di Putrajaya masih enggan untuk menerima kebenaran bahawa kerajaan BN yang ada menghalang atau menekan hak rakyat untuk berhimpun.
Semua orang tahu bahawa perhimpunan TURUN yang diadakan pada malam 31 Disember 2013 telah mendapat bukan saja tekanan dan halangan, malah ancaman dan ugutan dari pihak berkuasa. Ya, perhimpunan selepas pilihan raya dan lain-lain demonstrasi di ibu kota berjalan tanpa sebarang insiden. Tetapi hal itu berlaku jika perhimpunan yang diadakan/disertai oleh Pakatan Rakyat dan NGO Pro-PR, tetapi perhimpunan yang dilakukan oleh penyokong parti kerajaan seperti akan yang berlaku di Pulau Pinang tenpohari dimana orang awam dibelasah jelas membuktikan perhimpunan mereka adalah ganas, bersifat rasis dan ala-samseng.
Yang peliknya perhimpunan aman pro-PR sentiasa dilabelkan sebagai perhimpunan haram. Pelbagai publisiti buruk diberikan bagi menghalang rakyat menyertainya sedangkan perhimpunan yang betul-betul haram tajaan UMNO/BN atau para sekutunya seperti PERKASA, PEKIDA & JATI diberikan publisiti yang muluk-muluk dan lansung tidak disentuh oleh pihak berkuasa.
Putrajaya tidak boleh menafikan kebenaran. GB sudah menyatakn lebih awal lagi iaitu apabila pihak berkuasa terutama polis dan media massa kangkung sentiasa memainkan istilah "perhimpunan haram" terhadap perhimpunan aman yang disertai rakyat, sebenarnya ia akan hanya mengundang krtikan di mata dunia dan merudumkan indeks kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.
Petikan ulasan GB sebelum ini dari SINI.
Menggunakan istilah "perhimpunan haram" oleh pihak berkuasa bersama-sama dengan sekalian media massa termasuk BERNAMA sudah merupakan satu kesilapan.
Perhimpunan aman tanpa senjata adalah hak asasi yang juga kebebasan fundamental mana mana rakyat negara ini yang dijamin oleh Perkara 10 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada yang dinamakan "perhimpunan haram" oleh Perlembagaam.
Malah Mahkamah pernah mengisytiharkan BERSIH sebagai entisi yang sah sekaligus membatalkan perisytiharan Menteri KDN waktu itu yang menyatakan BERSIH menganjurkan perhimpunan haram.
Benar, permohonan bertulis 10 hari diperlukan oleh mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan, tetapi itu persoalan teknikal dan ia tidak samasekali boleh membatalkan hal fundamental iaitu rakyat berhak untuk berhimpun dan tidak ada di dalam undang-undang menyatakan tanpa permit itu perhimpunan bertukar menjadi haram.
Jika terus-terus mereka menggunakan istilah perhimpunan haram, alamat merudumlah lagi indeks kebebasan bersuara dan hak asasi manusia bagi negara Malaysia di mata dunia dan mereka perlu dipertanggungjawabkan ke atasnya.
Parang tak bersarung ditemui, lantas ia hendak dituduhkan perhimpunan bersenjata. Siapa bawa parang, siapa letak dalam longkang? Katakanlah yang datang semalam 10,000 orang, hanya ada satu kes saja bawa parang, itu pun belum terbukti sah milik perserta perhimpunan. Kalau sabversif, maka setiap orang atau majoriti peserta ada senjata. Tapi tak ada siapa pun dari kalangan peserta himpunan tersebut bawa apa-apa senjata yang merbahaya. Dan hanya orang gila nak bawa parang tak bersarung!
Berkisah buang senjara dalam longkang semacam ada skrip yang sama sebelum ini ... ingat kisah pengawal keselamatan dikatakan buang senjata dalam longkang? Macam skrip yang serupa saaja!
Tiba-tiba bila dibelek-belek, payung yang ditemui bersama parang itu mirip payung BN. Tak ada orang pakai baju biru BN malam tadi. Ini kes yang lagi besar kantoinya. Rakyat berdemo menentang kenaikan harga oleh kerajaan BN nak bawa payung BN?
Hukum kebenaran dan keadilan pasti berjalan. Percayalah, fitnah pihak berkuasa dan sekalian media massa termasuk BERNAMA ke atas rakyat marhaen tidak akan berjaya malah kehinaan itu akan menimpa ke atas mereka semula.
Bukankah akhirnya apa yang GB ulaskan sebelum ini menjadi kenyataan dimana akibat dari tindakan pihak berkuasa mengancam rakyat dari mengadakan perhimpunan aman akan mengundang kritikan dan akan merudum lagi indeks kebebasan bersuara dan hak asasi manusia bagi negara Malaysia di mata dunia?
Hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu dan tidak boleh disembunyikan. Ia akan tetap berjalan terus!
2 ulasan:
Kisah pertelagahan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali bukanlah
satu rahsia lagi. Di dalam PKR sendiri telah wujud 2 kem samada
yang menyokong Khalid atau Azmin. Kini timbul lagi cerita mengenai
pergolakan dalaman PKR. Daripada maklumat yang diterima melalui
sumber dalaman PKR, telah ada perancangan untuk menjatuhkan
strategis parti itu, Rafizi Ramli. Sumber berkenaan mendakwa,
beberapa maklumat mengenai kegiatan Rafizi yang sumbang semasa
berada diluar negara sedang dikumpulkan.
Kisah pertelagaan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali bukanlah satu rahsia lagi. Di dalam PKR sendiri telah wujud 2 kem samada
yang menyokong Khalid atau Azmin. Kini timbul lagi cerita mengenai pergolakan dalaman PKR.
Daripda maklumat yang diterima melalui sumber dalaman PKR, telah ada perancangan untuk menjatuhkan
strategis parti itu, Rafizi Ramli. Sumber berkenaan mendakwa, beberapa maklumat mengenai kegiatan Rafizi yang sumbang semasa berada di luar negara sedang dikumpulkan.
Catat Ulasan