4 Jan 2014

[ISU BUGHAH] Jingga 13 Buat Laporan Polis, Selar Kenyataan Harussani


Jingga 13 membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi menyelar kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melabelkan peserta Himpunan TURUN sebagai ‘Penderhaka kepada kerajaan, dihalalkan darah dan bughah (pemberontak)’.

Koordinatornya, Fariz Musa, berkata Harussani perlu bertanggungjawab dan bersifat matang dalam mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga bertindak melakukan jenayah iaitu menghasut serta mendorong melakukan keganasan, kecederaan termasuk pembunuhan terhadap mereka yang hadir ke perhimpunan aman itu.

“Jingga 13 mendokong Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu rakyat dibenarkan untuk berhimpun dan terbukti perhimpunan 31 Disember itu berlangsung secara aman dan tidak berlaku kejadian yang menjurus kepada tindakan menggulingkan kerajaan seperti yang didakwa polis dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat laporan polis berkenaan kepada pegawai IPD Dang Wangi, Inspektor Khairul Rizuan.

Tegasnya, Mufti Perak itu sewajarnya meletakkan jawatan kerana bukan sahaja menjadi ‘boneka’ dan telunjuk BN tetapi memalukan institusi mufti yang seharusnya dihormati sertadisegani rakyat.

Tambahnya, Harussani perlu sedar bahawa protes bekenaan adalah suara rakyat yang membantah kenaikan harga barang dan kenaikan kos sara hidup.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SEBAGAI SEORANG MUFTI, BELIAU SEPATUTNYA MENYAMPAIKAN SEBAGAIMANA ANJURAN AL QURAN, BUKAN MELULU MENUDUH DGN RASA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB, APA JADI KALAU ADA ORANG AMBIL KESEMPATAN MELAKUKAN PERGADUHAN DI SEBAB KAN FATWA BELIAU, JADILAH HAMBA ALLAH DENGAN SIKAP BERLAPANGDADA. RAKYAT MARHAEN YG KESEMPITAN HIDUP MENZAHIRKAN PERASAAN, MUFTI DAH KAYA RAYA DENGAN MENDAPAT GAJI DAN ELAUN DRPD SYARIKAT TAKAFUL DAN LAIN2. TOLONG LAH MEMAHAMI KESUSAHAN RAKYAT. JGN SEMBORONO. RAKYAT SUDAH BENCI DENGAN SIKAP PENGAMPU.PARTI MEMERINTAH. KEBENARAN TETAP AKAN UJUD DAN KEBATHILAN AKAN TERHAPUS.

Tanpa Nama berkata...

Perak Haruss melepaskan jawatan mufti drpd Harussani. beliau pun dh berumur, bg statement pun dh bukan2...