4 Jan 2014

Janda Bergelumang Dengan Budak Dadah Dicekup

Dungun - Rahsia hubungan sulit seorang ibu tunggal bersama teman lelakinya seorang kaki dadah terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan pihak berkuasa, di sebuah rumah dekat sini, pagi kelmarin.

Perbuatan sumbang itu berjaya dihidu polis narkotik Dungun selepas maklumat risikan mendapati rumah kampung yang didiami janda berusia dalam lingkungan 30an di kampung Alor Tembesu itu dijadikan tumpuan penagih untuk melepaskan gian dan teman lelakinya dipercayai dalang utama kegiatan itu.

Ketika ditahan, wanita berkenaan difahamkan sedang tidur dalam sebuah bilik bersama anaknya manakala, teman lelakinya yang hanya berkain pelekat tanpa baju cuba melarikan diri dengan memanjat siling rumah sebaik menyedari kehadiran polis.

Bagaimanapun usaha lelaki tersebut untuk meloloskan diri gagal apabila dia berjaya ditahan.

Ekoran penahanan lelaki berkenaan, polis memasang perangkap lalu berjaya menahan 10 lagi yang lain.

Operasi sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah bermula jam 8.30 pagi diketuai Sub Inspektor Ismail Omar itu berakhir jam 11 pagi.

Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut.

Selepas ujian saringan air kencing dilakukan, semua yang ditahan termasuk ibu tunggal terbabit didapati positif dadah jenis methapethamine.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pasangan berkenaan juga diserahkan ke pihak penguat kuasa jabatan agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut. -SH

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melayu lagi..... Mana pergi tok mufti tak bantu didik yang fakir wang juga keagamaan ?

Ahmad Dzul Mohd berkata...

gejala seperti ini perlu langkah dan tradisi yg mana ianya satu perjumpaan mereka-mereka yg bermasalah penagihan dan malas berkerja maka pengedar kecil-kecilan desakan perangai ego dan bermegah menjadi penagih susah dikawal ditangkap anak wellfare jaga itu wellfare staff tkde kerja pulak jgn salahkan mereka? umpama pergi bercuti bukannya hukuman tetapi salah cara hidup?

Tanpa Nama berkata...

jangan marah sangat... mereka jadi gitu kerana pemerintah memerlukan mereka

Tanpa Nama berkata...

Punca melayu suka makan dadah kerana dadah mudah dapat. Dadah mudah dapat kerana ada penguasa tak amanah. Penguasa jadi tak amanah kerana ketua/pemimpin yg di atas tunjuk contoh lebih tak amanah. Pemimpin atas tak amanah kerana ada yg takut bini. Takut bini kerana bini tak takut hukum Allah. Tak takut hukum Allah kerana tak percaya islam agama yg benar. Jadi budak2 pun tak takut Allah dan kurang ilmu pengetahuan agama. Sebab itu mereka makan tak kira halal haram samada dadah ketum ganja pil2 kuda biawak khinzir dan berbagai jenis pil lagi. Budak2 tu memang salah tapi kalau dadah dah belambak dan senang mereka cari tunggu apa tak makan. Kalau ada org besar makan rasuah juta2 budak2 pun tiru juga makan benda kotor.