1 Jan 2014

[EDISI KANTOI] Parang Ditemui Dengan Payung Mirip Payung BN?


Polis temui parang, pisau dalam longkang

Empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang berhampiran Kompleks Dayabumi, dipercayai dibuang oleh peserta perhimpunan haram yang memenuhi Dataran Merdeka malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata senjata itu ditemui oleh polis bantuan pada 9.30 malam.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Berbahaya, katanya sambil memberitahu bahawa tiga anggota polis cedera di tangan apabila peserta perhimpunan merempuh kawalan anggota polis di Dataran Merdeka pada 11 malam.

Tiga anggota polis itu di rawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan haram itu di Kuala Lumpur.

Beliau berkata perhimpuan itu bertukar menjadi ganas apabila mereka mula merempuh kawalan pasukan keselamatan.

Zainuddin berkata sehingga kini tiada tangkapan dibuat terhadap peserta perhimpunan haram itu dan polis sedang mengumpul keterangan daripada orang ramai bagi mengambil tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kami juga akan menyiasat insiden membaling botol air mineral ketika Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berucap untuk menenangkan keadaan," katanya.

Beliau berkata polis juga akan mengesan beberapa pemimpin politik yang dilihat berada pada perhimpunan haram itu.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh empat badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Para peserta perhimpunan telah menyerbu masuk ke Dataran Merdeka dan mengganggu konsert sempena menyambut tahun baharu yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira setengah jam sebelum detik 12 tengah malam.

Zainuddin berkata berikutan keganasan peserta perhimpunan haram itu, konsert berkenaan yang dihadiri 25,000 penonton terpaksa dihentikan. - Bernama

ULASAN GB

Menggunakan istilah "perhimpunan haram" oleh pihak berkuasa bersama-sama dengan sekalian media massa termasuk BERNAMA sudah merupakan satu kesilapan. Perhimpunan aman tanpa senjata adalah hak asasi yang juga kebebasan fundamental mana mana rakyat negara ini yang dijamin oleh Perkara 10 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada yang dinamakan "perhimpunan haram" oleh Perlembagaam.

Malah Mahkamah pernah mengisytiharkan BERSIH sebagai entisi yang sah sekaligus membatalkan perisytiharan Menteri KDN waktu itu yang menyatakan BERSIH menganjurkan perhimpunan haram.

Benar, permohonan bertulis 10 hari diperlukan oleh mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan, tetapi itu persoalan teknikal dan ia tidak samasekali boleh membatalkan hal fundamental iaitu rakyat berhak untuk berhimpun dan tidak ada di dalam undang-undang menyatakan tanpa permit itu perhimpunan bertukar menjadi haram.

Jika terus-terus mereka menggunakan istilah perhimpunan haram, alamat merudumlah lagi indeks kebebasan bersuara dan hak asasi manusia bagi negara Malaysia di mata dunia dan mereka perlu dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Parang tak bersarung ditemui, lantas ia hendak dituduhkan perhimpunan bersenjata. Siapa bawa parang, siapa letak dalam longkang? Katakanlah yang datang semalam 10,000 orang, hanya ada satu kes saja bawa parang, itu pun belum terbukti sah milik perserta perhimpunan. Kalau sabversif, maka setiap orang atau majoriti peserta ada senjata. Tapi tak ada siapa pun dari kalangan peserta himpunan tersebut bawa apa-apa senjata yang merbahaya. Dan hanya orang gila nak bawa parang tak bersarung!

Berkisah buang senjara dalam longkang semacam ada skrip yang sama sebelum ini ... ingat kisah pengawal keselamatan dikatakan buang senjata dalam longkang? Macam skrip yang serupa saaja!

Tiba-tiba bila dibelek-belek, payung yang ditemui bersama parang itu mirip payung BN. Tak ada orang pakai baju biru BN malam tadi. Ini kes yang lagi besar kantoinya. Rakyat berdemo menentang kenaikan harga oleh kerajaan BN nak bawa payung BN?

Hukum kebenaran dan keadilan pasti berjalan. Percayalah, fitnah pihak berkuasa dan sekalian media massa termasuk BERNAMA ke atas rakyat marhaen tidak akan berjaya malah kehinaan itu akan menimpa ke atas mereka semula.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebijik dalam filem tamil. bila yg menuduh dah kantoi. macam-macam bukti boleh diwujudkan!

BaDiN berkata...

Skrip lama yg diolah semula dan dijenamakan semula agar ianya boleh digunakan pd setiap masa.Haram katanya adakah anjuran pihak lain yg sekutu dgnnya dicop halal.Hari ini mhari kau Sadiq lain kali tiba masa aku pulak.
Dkt Penang yg sentiasa ada himpunan oleh umno and the gang,kau tak buat apa2,Demontrasi berterusan dilakukan oleh Umno serta agen2nya utk mengucarkacirkan Kerajaan Negeri.Pada mata Polis ,RTM,UM,TV3,BH apa yg dilakukan oleh Bukan Sekutu Umno dicop HARAM dan sebaliknya dicop HALAL.Haram Jadah punya Kerajaan pun kau sokong jugak,

Tanpa Nama berkata...

Ini semua skrip drama usang polis yg diulangtayang untuk burukkan "Turun".Rakyat sudah bosan dan muak dengan tektik kotor polis ni.Polis boleh jumpa dadah dlm rumah, boleh jumpa parang dlm kereta,boleh jumpa pisau dlm jubah dan boleh jumpa bom dekat pasu bunga tepi jalan raya - semua ni orang ramai dah tau kerja polis.Kaedah "planted" ni sudah tak boleh pakai dan sudah ketinggalan zaman.Hanya akhbar seperti Utusan Meloya dan Berita Heiran aje yg boleh gunakan cerita jenis ini.Gambar yg kena tetak tu, boleh oeriksa sama ada betul darah atau kecup tomato.Tak usah nak tipu rakyat lagi, rakyat dah celek dan faham.

Tanpa Nama berkata...

Yang melebel kata perhimpunan aman haram itu adalah mereka yang terlalu banyak makan duit haram,jadi yang haram tu disangka halal,dan yang halal dikata haram.
Jika perhimpunan itu adalah secara spontan kerana rakyat mau tunjuk rasa kesal terhadap kezaliman kerajaan,mengikut hak mereka bawah Perlrmbagaan,tampa penganjur,sapa pula nak buat permohonan 10 hari sabelum tu?
Apa ada syaitan yang dikenali Kah?

Tanpa Nama berkata...

mca sama aje, mcm sama aje , skrip dulu2

Tanpa Nama berkata...

Tak jumpa bom C4 ke ?

Malaysia Boleh berkata...

Awat ni? Betapa "bodoh"nya peserta "TURUN" bawa parang bersama ketika perhimpunan?
Kalau setakat 4 bilah parang dan sebiji bom ciptaan "cina", sudah jadi masalah besar bagi POLIS MALAYSIA dan sudah mampu menggulingkan KERAjaan BN? Hebatnya peserta TURUN.
Anggota Polis cedera??? Kan bodoh namanya anggota polis. Yang hangpa pi menahan pergerakan rakyat Malaysia yang halal ni buat apa? Mana ada undang-undang menyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak boleh memasuki DATARAN MERDEKA? Cuba kalau rakyat yang menahan POLIS menjalankan tugas, dah tentu AKTA POLIS digunakan dan sudah tentu kena belasah dengan teruk oleh anggota polis. Polis hanya bagitahu anggotanya cedera akibat kena rempuh. Betulkah tu? Waktu belasah orang, tak takut. Bila jumpa 4 bilah parang saja, dah kecut perut? Berlakon baik ni? Haramjadah sungguh. Dasar munafikun.

Tanpa Nama berkata...

Polis kan tali barut umno..apa nak heran ikut telunjuk umno barang naik.aptb..turun turun..

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah berilah petunjuk Mu kpd pihak polis yg terlibat. Aamiin....

Tanpa Nama berkata...

PDRM dan media perdana (tv3, tv1, awana, astro, um,bh, st, star dan lain-lain), penyebaran gambar sebilah dua parang bodo konon untuk menggulingkan kerjaan AMAT MENGAIBKAN PDRM.
Apakah senjata begitu BOLEH MENJATUHKAN KERAJAAN, nampak sangat PDRM seolah-olah menggunakan pistol plastik....
INILAH KESAN FITNAH AKHIRNYA MENGAIBKAN DIRI SENDIRI......

UMNO Bodoh berkata...

woi!!! agak2 laa oiiiii, setakat BOM mcm BODOH tuu nenek aku pon boleh buat laa....aduhhh dah laa nak menipu tak pandai, lain kali study laa dulu mcmana nak bagi nampak REAL skit kan....RAKYAT semua dah makin ramai yg pandai laa BODOH!!!

Unknown berkata...

Alahai Bodo nya malaysia. Kalau p ramlee idup lagi, dia buleh bikin filim box offis