22 Jan 2014

Akhbar Jepun "Kyodo News" Siar Berita Bantahan Penyokong Anwar


Sekatan kerajaan Jepun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu telah mendapat liputan dan disiarkan oleh agensi berita Jepun, Kyodo News semalam.

Menurut akhbar berkenaan, para penyokong Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim telah berhimpun di depan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur semalam untuk membantah halangan kemasukan Anwar ke negara berkenaan hujung minggu lalu.

Sementara itu, pihak keduataan dilaporkan telah menyatakan episod itu berlaku kerana Anwar keliru mengenai syarat untuk memasuki negara tersebut.

Semalam, berpuluh penyokong dari Parti Keadilan Rakyat telah menyatakan bantahan sambil memegang poster yang bertulis “boikot barangan Jepun”.

Portal Keadilan Daily menyebut, sekatan kerajaan Jepun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu mengejutkan, kerana rekod pejabat Ketua Umum KEADILAN itu menunjukkan tiada isu yang boleh menyebabkan beliau dihalang, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Untuk rekod, pada tahun 2011 dan 2012, Datuk Seri Anwar ada memasuki Jepun tanpa halangan.

“Namun kenapa beliau dihalang dari memasuki Jepun pada 19 Januari lalu,” kata Shamsul ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan di kedutaan Jepun di Jalan Tun Razak, semalam.

Justeru, Shamsul menggesa jawapan munasabah dari kedutaan Jepun kerana menyenaraihitam nama Ketua Pembangkang yang mendapat jemputan rasmi untuk membentangkan kertas kerja untuk Yayasan Nippon.

Jepun juga telah memansuhkan permohonan visa oleh rakyat Malaysia ke negara itu semenjak Julai 2013.

“AMK dan KEADILAN meminta kedutaan Jepun segera menyiasat insiden tersebut dan memberi penjelasan menyeluruh selain membuat permohonan maaf,” kata Shamsul yang juga merupakan ahli parlimen Bukit Katil.


2 ulasan:

Amuraria berkata...

ini mesti ada kerja macai gerombolan pengkhianat yang anti anwar ! ABU !

Awanama berkata...

Jangan kerana terlalu taksub akal waras dikebelakangkan.....selidiki dahulu sebelum membuat tuduhan.