20 Dis 2013

[VIDEO] Touch n' Go Kena Godam Guna Telefon Pintar


Petaling Jaya: Rakaman video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon bimbitnya untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di sini, tersebar meluas di laman sosial Facebook, sejak awal minggu ini.

Pada Isnin, seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan aksi yang berlaku dalam sebuah kereta di lebuh raya yang tidak diketahui.

Posting berkenaan menerangkan bagaimana tindakan seorang penggodam menggunakan telefon pintarnya untuk melangkaui sistem debit sekaligus menyebabkan palang pagar di plaza tol terus terbuka.

Klip video berkenaan memaparkan aksi pemandu kereta itu menggunakan telefon pintarnya sebagai aplikasi di kaunter Touch n' Go sebaik sahaja dia tiba di plaza tol.

Individu berkenaan dilihat menggunakan telefon pintarnya sebagai alat untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di plaza tol tersebut.

Sebaik sahaja keretanya menghampiri, plaza tol, pemandu berkenaan melekapkan telefonnya di kaunter pengimbas Touch n' Go.

Pegimbas berkenaan kemudiannya mengeluarkan bunyi bip, dan pemandu berkenaan kemudiannya berlalu pergi sebaik sahaja palang tol berkenaan dinaikkan.

Dalam respon segera, wakil Touch n' Go berkata syarikatnya telah menyedari kewujudan video berkenaan sejak 18 Disember lalu.

"Buat masa ini, Touch n' Go sedang menjalankan siasatan menyeluruh dalam isu berkenaan," kata wakil tersebut. -mstar


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang smart la brader tu...
Ada kad touch n go dalam cover phone dia..

Hahaha.. Tapi bagus juga video nie keluar.. biar pihak touch n go gabra...

Tanpa Nama berkata...

Walau memang ianya perbuatan yg tak baik, tapi messegenya cukup jelas kpd puak umno yg masih ingat rakyat malaysia semuanya bodoh.

Ingat yang bodohnya hanya umat melayu shj sampai nasi jadi tahi pun masih nak sokong umno.

Walaupunbagaimanapun perbuatan menggodom bukan baik beb biarpun we benci dengan kerajaan, jangan kita menggodom pula sebab lu menggodom tak jauh beza pun dgn perangai umno rompak harta rakyat.

Malaysia Boleh berkata...

Orangnya pintar tapi sayangnya kepintaran disalahgunakan.

dina99 berkata...

Mamat nie pandai mengecoh; dia letak kad TNG di belakang telefon.. ha ha pembaca tertipu !

Tanpa Nama berkata...

dina99 ape ke banggang ko ni..aku rs ko ni puak umno yg terkenal dgn bodohnya..mamat tu ada attach blueprint mcmne dia buat dr mula smp habis..ko dah tgk blom??mentaliti banggang mcm ko ni akan kata mende2 mcmni adalah mustahil..

Tanpa Nama berkata...

anon 4:24 kot ya pun nak bangangkan org cek diri sendiri dulu.. x perlu blue print bagai.. dalam smart phone skrg ada teknologi di panggil NFC... ko p google serch Galaxy note 2/3 NFC apa fanction dia baru ko boleh ckp org bangang... sedih la ko ni org nak komen ko pun nak komen... vangang x btmpat...

Doondee berkata...

Anon 424; tertipu 2 kali. Inilah perangai bebal, suka menentang dan nak menang sendiri. Kau percaya hanya dengan tengok video tu jer ? Sah bengong...lainlah kalau tengok live....