30 Dis 2013

[VIDEO & GAMBAR] Sarawak Pula Dilanda Banjir


Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri semasa dihubungi Bernama hari ini berkata beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter.

Menurutnya dua buah keluarga juga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Marudi, sebuah bandar di pedalaman di Miri.

Di bandar Bintulu pula, tujuh kawasan perumahan dinaiki air sehingga 0.5 meter namun jumlah penduduk yang terjejas dan perlu dipindahkan masih belum dapat dipastikan. ?

Lima buah penempatan yang terjejas di Sri Aman termasuk Rumah Panjang Lancaster King (lapan keluarga), Rumah Panjang Bujau (lapan keluarga), Rumah Ujang (tujuh keluarga), Kampung Sekait (lima keluarga) dan Kampung Melayu Baru (14 keluarga).

Satu-satunya penempatan di Betong yang dilaporkan dinaiki air ialah Kampung Lalang, Meludam; namun jumlah mangsa yang terjejas masih belum dapat dipastikan.

Situasi terkini banjir di bandar tersebut dikongsi pengguna media sosial lewat petang tadi.

Turut berkongsi foto situasi terkini banjir yang berlaku di sana adalah akaun Twitter rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat. -astroawani





Hujan lebat peringkat kuning di beberapa daerah di Sarawak


Hujan sekejap-sekejap dan kadangkala sederhana di beberapa daerah di Sarawak dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Samarahan, Betong, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.

Nasihat Hujan Lebat Peringkat Kuning telahpun dikeluarkan jabatan itu.

Kenyataan itu menyebut keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.
- Bernama


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takpe Taib mahmud akan membantu.duit berbillion2 kat bank.untung le Pengundi2 Sarawak yg undi BN akan dpt bantuan segera

Tanpa Nama berkata...

anon 7:12, post yg sangat melegakan rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak nanti berkumpul ramai2 depan rumah Taib mahmud ye. Jangan segan2 le, kalau tak datang minta bantuan nanti dia ingat rakyatnya mewah tak perlu bantuan.

Tanpa Nama berkata...

Sarawak banjir ini bahaya sebab buaya banyak. Buaya liar akan keluar. BEgitu juga buaya yang dipelihara, munhkin terlepas.

Tanpa Nama berkata...

Buata darat tetap ambil kesempatan nih.


-zunodeng.