23 Dis 2013

[VIDEO & GAMBAR] Flashmob: Jingga 13 Bantah Kenaikan Harga, Penggantungan "The Heat"


Sekumpulan aktvis yang menggelarkan diri mereka Jingga 13 membantah siri kenaikan harga barang keperluan asas dan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit penerbitan akhbar mingguan The Heat.

Jingga 13 yang rapat dengan PKR mengadakan “flash mob” di hadapan Kompleks Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur sambil memegang poster menyebabkan orang ramai tertarik.

“Kami membantah kenaikan harga barang yang dilakukan tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab kepada rakyat,” kata Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dalam ucapannya.

“Kami juga membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung The Heat. Ini merupakan pencabulan terhadap kebebasan media,” tambahnya.

Protes yang dilakukan turut menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.

Dalam selebaran yang diberikan kepada orang ramai, Jingga 13 menyatakan mereka membantah kenaikan tarif elektrik, harga tol, harga bas sekolah dan bil Astro.

“Flash mob” itu dihadiri lebih kurang 40 orang aktivis. -TMI


Demonstrasi bantah kenaikan harga


KUALA LUMPUR - [video] Susulan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan kerajaan BN, hari ini satu "falshmob" Bantahan Kenaikan Harga Barang telah diadakan.

Bantahan tersebut dianjurkan Jingga 13 yang dihadiri 30 peserta membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang didakwa menindas rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata terpanggil dengan rintihan rakyat yang menanggung kenaikan harga barang yang membebankan dan menindas.

"Kita lakukan 'falshmob' ini kerana membantah kenaikan harga barang yang dilakukan oleh kerajaan BN yang tanpa bersalah kepada rakyat.

"Kami dan rakyat akan membantah kenaikan tol, minyak, tarif elektrik, harga Astro, cukai jalan, cukai pintu dan sebagainya seperti yang diumumkan kerajaan BN.

"Apa yang berlaku sekarang rakyat yang sengsara," katanya dalam satu demontrasi yang diadakan di ibu kota hari ini.

Awal bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan jangkaan dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk tambang LRT dan monorel, tarif elektrik ,tol dan lain-lain.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, kenaikan harga barang terus memberi trauma kepada rakyat yang masih berpendapatan rendah.

"Kenaikan harga yang dilakukannya juga memberi trauma kepada rakyat," katanya.

Selain itu, demontrasi tersebut turut berarak di beberapa tempat tumpuan awam dengan membawa poster bantahan kenaikan harga barang yang mendapat sokongan masyarakat yang turut bersama melaungkan bantahan.
-SH








3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

meekalah sebenarnya wira yg tak didendangkan

WarFitnah berkata...

UMNO DAH SEMAKIN LAYU, KUYU DAN LESU.....BUAT KEPUTUSAN NAIKKAN HARGA BARANG KEPERLUAN TANPA GUNA OTAK!!! YG DIFIKIRKAN ADALAH BAGAIMANA NAK PENUHKAN KANTUNG POKET SENDIRI DAN KRONI....UDAH2 LAA TU WAHAI PENGUNDI2 UMNO/BN, KORANG DAH DI PERBODOHKAN OLEH UMNO/BN PUN TAK NAK SEDAR2 LAGI KE??? UNDI LAA ORANG YG NAK BANTU KITA, BUKAN UNDI ORANG YG NAK MAKAN KITA....AGAK2 NYA OTAK KORANG SEMUA NIE LETAK KAT MANA YEK???

Oh kenderaan ku berkata...

Insuran kenderaan telah meningkat dari tahun ke tahun, tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada rakyat, dan kenaikannya sungguh mengejutkan, bagaimana seandainya kita tak mampu memperbaharui insuran kenderaan, itulah sebabnya, cuba kita perhatikan di stesen timbang jpj, berapa banyak kenderaan yg disitar?