Saya sedar siapa kawan, siapa lawan – Ali Rustam
"Bohonglah kalau saya tidak ada rasa kecewa dengan apa yang berlaku sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2013 ini. Tapi saya pasrah kerana bila terjadi begini, barulah saya sedar siapa lawan, siapa kawan,".
Itulah kata Datuk Seri Wira Ali Rustam, bekas ketua Menteri Melaka yang masih mampu tersenyum walaupun dalam diam dipinggirkan oleh semua Umno Bahagian di Melaka.
"Memang pedih sangat hati saya apabila lima Bahagian di Melaka tidak menyokong saya sebagai calon Naub Presiden UMNO yang lalu. Tapi siapa saya yang hendak menegur kelima-lima bahagian tersebut?
"Kalau saya masih lagi Ketua Menteri Melaka, saya pasti semua Bahagian di negeri kelahiran saya ini akan menyokong penuh hasrat saya. Oleh kerana saya sudah bukan sesiapa lagi dan tidak ada kuasa memerintah, mungkin itulah sebabnya mereka tidak mahu menyokong saya,”katanya.
Apapun kata Ali, sewaktu memegang tampuk kuasa, memang semua ahli UMNO mendampinginya tidak kira masa.
"Yang sudah tu sudahlah. Saya tak mahu berdendam. Biarlah orang buat kita dan tak perlu kita nak benci sesiapa. Cuma saya kini sedar yang mana kawan dan yang mana lawan.
"Tak sangkalah juga ramai di kalangan kawan-kawan saya rupa-rupanya ada kepentingan diri dan tidak ikhlas dalam menjalin persahabatan,” ujarnya.
Tambah Ali, walaupun tidak memegang apa-apa jawatan pentig dalam negeri, dia tetap berpuas hati kerana berjaya membangunkan Melaka sebagai antara negeri termaju dan tercantik di Malaysia.
"Biarlah kalau orang negeri sendiri lupa pada saya asalkan orang luar tahu bahawa perubahan Melaka hari ini adalah antara hasil kerja saya selama menjadi Ketua Menteri selama 15 tahun," katanya. - MalaysiaGazette

18 ulasan:
Tok Ali sebelum ni pun serupa juga. Perangai umat UMNO mmg bgitu. Kini syukurlah TokAli mungkin mula insaf dan sedar diri. Ingatlah selamanya kita berpijak di bumi Allah & berteduh di bawah langit Allah. Bila mati, pangkat & harta semua ditinggal hanya diselimut dgn kain kafan shj. Tok Ali jgn lebihkan sangat cinta dunia, semarakkan cintai Allah nescaya Allah mencintai kita.
dia baru tau ! lama daah ! ABU !
baguih la Mat Ali dah nampak pintu keluag, orang dok tunjok lama dah -tapi saja Mat Ali buat buat tak nampak, la ni nampak terang la kot
ni nak tanya sepatah, bekenaan sekolah budak budak perot besag apa pekembangan mutakhir, seingat saya itulah antara jasa besag Mat Ali di negeri Pokok Melaka,
harap harap Mat Ali paham dengan mendalam bahawa di alam perjuangan Omnu tadak perkataan IKHLAS, buat kereja apa sekalipun wajib ada JATAH.
Kalau saja saja lillahita'ala tak ujud dalam donia Omnu. Kesian Mat Ali di KERA SUMBANGkan selepas terBUANG
bersyukur lah kau nie dapat sedar awal sebelum kau mati, so apa lagi kau minta maaf lah dengan rakyat terutama orang2 Melaka....yg mana kau guna harta rakyat utk kepentingan peribadi ke kan....tak kan tak faham2 lagi !!! nak tunggu dah NAZAK baru nak minta maaf ke wahai Ali oiii....Memang dah dasar orang2 UMproNO, dah terhantuk baru nak Terngadah....Bebal tak sudah2 laa puak2 UMporNO nie....kerja menyusahkan rakyat, Rasuah sana sini, Fitnah memang dah jadi darah daging puak2 UMporNO nie....
tahu tak apa! padan muka ahmad ali setan.
Kalau kerja kerana Allah, tiada sedih dan gundah gulana
Lama dah aku benci sama kau wahai Md Ali,dulu sombong sangat dgn kuasa,Itulah perangai Umno dulu kini dan selamalamalamalamalamalamalamanyaaaa.Bodoh tak boleh diajar,Cerdik tak boleh diikut.Tak perlu ditangiskan Pru 14 Kita lawan lagi.
'Cuma saya kini sedar yang mana kawan dan yang mana lawan'
Datuk, gua plk dah lama sedar psl umno tu masa dlm kandungan lg.
"Biarlah kalau orang negeri sendiri lupa pada saya asalkan orang luar tahu bahawa perubahan Melaka hari ini adalah antara hasil kerja saya selama menjadi Ketua Menteri selama 15 tahun," katanya...ayat nak sedapkan hati...hahaha.....dulu time lu kat atas lu lupa semua...skang lu kat bawah bru lu tau....mmg resam macai umno...bila duk atas, ade kuasa, ade pangkat, kiri kanan huluq, time tu lu rasa lu besar..lu kuat...apa lu buat semua betul...la ni bru lu tau..gua harap nasib lu lagi teruk dri skang, bg lu ingat takabbur lu dulu mcm mana....
Sekarang baru sedar ke Tok Ali...mgkn ini blsn Allah sebab Tok Ali halang Ustaz Azhar Idrus memberi kuliyah di masjid di Melaka...Mana tau kan...
Wallahualam....
baru padan muka hang ali rustam.
dulu hang tegah k/tgn kerajaan negeri melaka lawat kelantan sbb hang benci yg amat kpd negeri tadbiran pas, hang belagak dgn tokguru kesayangan kami, negeri kelantan tak heran pun dgn larangan tu malah pelancong makin bertambah.
tapi sekarang ambik bahagian hang, rasakan!!! kerabat hang sendiri pun benci apatah lagi kami. org amno ni bukan boleh buat baik mcm melepas anjung tersepit, waktu lemah pandai pujuk rayu buat muka sedih bila berkuasa dipijak2nya kita, jadi pas jgn ada sekelumit pun hati nak berbaik dgn amno. jgn jadi bodoh tak sudah2.
Itulah hang ali, dulu masa berkuasa jadi km amboi eksyen sunggoh. Dikejinya tok guru nik aziz dan kelantan dengan macam macam nista. Nah ambik kau sekarang, atas dunia pun Allah dah beri pengajaran. Kau pegi kelantan minta maaf dgn tok guru dan rakyat kelantan. InsyaAllah hidup lebih berkat. Tambah tambah pule kalu terus masuk pas sebagai pendokong gerakan islam
Buat la lg kenduri besar2. Barulah ramai yang menghampiri kamu. Agaknya la
Tu baru manusia yg meminggirkan, kalau Allah yg meminggirkan?
Contohnya kat dunia buatlah sesuka hati walau salah di sisiNya, tapi dibiarkanNya malah ditambah kekayaan & kuasa pula, tak rasa terkilan ke?
Mungkin tak, malah rasa macam Allah sayang kot, nauzubillah.
So, bila ada rasa terkilan tu..bawa2 le ingat apa2 dulu yg sekongkol dgn UMNO yg sambil lewa thd Islam, & jihadlah dgn lari daripadanya betul2
Di selangor ada anak Toyo, di melaka ada ali rustam. Baru tahu siapa kawan siapa lawan Sorang kata nak sifar pembangkang. Sorang lagi kata 'nothing can sink umno'. Dua2 dah kena sifar dan ditenggelamkan.
Jangan sombong dan takabbur.
Mr. Ali lu baru tahukah? Kesian juga i tengok tapi nak kesian apa sebab lu buat tak tahu shj masalah rakyat semasa lu berkuasa.
Orang lain bermatian - matian tolak dari pegangan jawatan besar seperti di dlm PAS sebab kalau sudah pegang jawatan tangungjawab memang sangat berat. So bro husam menangis mungkin dia tahu dah susah mana tangungjawab dia akn pegang nanti.
Lu kena bersyukurlah sekurang - kurang tangungjawab sudah terlepas tapi apa boleh buat harta punya pasal maka itu berebut - rebut nak jawatan dlm umno. Sebab if u dpt pun jawatan lu hanya nak harta sahaja dan tabiat lama mu yg nak pau harta rakyat confirm ada punya.
Saya doakan agar mr. Ali panjang umur supaya lu dapat kerosakkan yg telah lu buat di melaka. Amin.
Apa yg berlaku pd Ali Rustam jadi pengajaran kpd puak UG dlm PAS yg masih mau tidur sebantal dng UMNO, berharapkan "laba" dan jawatan tinggi jika tertubuh UG.Lihat apa jadi pada Hassan Ali dan Nakaei.Kalau orang macam Ali Rustam dan Isa Samad boleh dikuis ketepi oleh UMNO, yg duduk dlm PAS yg masih mau bermuzakarah dan berdamai dengan UMNO tak ada harga dan nilai dimata UMNO.
tak payahlah nak sedih En. Ali ooii. Kan lebih baik muhasabah diri tu, tentu ada silap di mana-mana.
Catat Ulasan