Kota Bharu - Seorang guru wanita mengalami igauan ngeri sepanjang hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual anak sendiri yang berusia 19 tahun.
Mangsa berusia 54 tahun yang menetap di Lorong LPP Lundang itu menjadi mangsa anak lelakinya hampir setiap hari sehinggalah kejadian terakhir pada jam 6.30 petang, 21 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang berada di rumah ketika itu diserang suspek dengan kayu penyapu.
Tanpa mengetahui puncanya, suspek tiba-tiba sahaja mengamuk dan memukul wanita tersebut di punggung, belakang dan bahu kiri.
“Akibat daripada itu, ibu suspek cedera dan luka dengan kesan lebam, sakit serta pedih di bahagian yang dipukul suspek,” katanya kepada pemberita, semalam.
Suspek sebelum ini sering kali berkelakuan dan bercakap perkara-perkara lucah terhadap ibunya.
“Setiap hari, remaja lelaki tersebut akan menunjukkan aksi perhubungan seks serta pernah meletakkan tangan di atas dada dan punggung ibunya.
“Dia juga kerap kali datang ke sekolah untuk meminta wang dan mengugut pengadu menyebabkan pengadu ketakutan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan seharian,” katanya.
Sudah tidak betah untuk bertahan, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis menyebabkan pekerja kilang yang masih bujang tersebut ditahan bagi membantu siasatan.
“Suspek dipercayai penagih tegar dan ditahan reman mengikut Seksyen 324 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya. -SH

9 ulasan:
kes ini walaupun anak lelakinya baru 19tahun dadah tidak menjadi penyebab kelakuan anak remaja lelaki itu jika sianak berlaku sumbang terhadap ibunya sendiri mungkin dianya dari kecil terdedah pd kelakuan lucah siibu guru tadi sekiranya guru ibu tunggal
Naudzubillah..
berat nanang anok!!!!
http://bit.ly/1fN7T2W
Saya percaya apabila seorang anak jadi macam ini, ibubapa juga ada bahagiannya sendiri. Walahuallam. Sy kurang setuju bila ada kes anak derhaka, habis anak itu yg dipersalahkan 100%. Bila masyarakat mahu sedar mdidik anak dengan cara yg betul adalah sesuatu yg penting sejak mereka kecil. Lihat saja berapa ramai ibubapa yg tanpa rasa bersalah malah bangga bawa anak mereka yg masih kecil makan di kfc, mcd etc sedangkan umum tahu ayam yg diguna kebanyakan ayam suntik, dari kecil lagi biasa makan ayam suntik? Ada juga ibubapa yg bangga bila anak mereka pintar teknologi, pandai swipe smartphone berjam2 sejak kecil tapi solatnya suruh guru agama sahaja yg ajar? Sedangkan makanan sahaja tidak dipeduli, rohani? Siapalah sy utk myoal cara ibubapa besarkan anak masig2 hingga mereka jadi derhaka, tapi sy pasti yg baik datang dari Allah swt dan yg buruk pasti datang dari diri kita sendiri.
p.s. Baru2 ada kes budak mencabul budak, bila disoal dari mana belajar (mencabul), budak jawab tengok video lucah bersama ibubapa. Nauzubillah minzalik
Kalaulah anda cuba meletakkan sebahagian kesalahan anak itu kepada cara ibu bapa maka anda silap besar. Cuba renung sejarah nabi2 yang terdahulu. Lalu lantas bolehkah anda segera menjatuhkan hukuman kepada ibunya... jangan cepat menjatuhkan hukuman..
Siapa makan cili dia terasa pedasnya, jangan lupa nabi kata ajar anak ikut zamannya. Zaman ini zaman edan bro, so harus tahu cara mendidik anak di akhir zaman ni. Awk cuba renung juga berapa banyak budak yg terlibat dgn kes juvana datang dari keluarga yg brmasalah. Tak dinafikan keluarga yg mendidik anak dgn baik juga boleh sahaja diuji dgn anak yg derhaka tpi sy pasti bilanganya lebih sedikit dgn anak ibubapa yg silap caranya mndidik. Well, siapa yg jatuhkan hukuman, ini ruangan komen, masing2 ada pendapat sendiri. Janganlah terasa.
Biasanya penagih tegar kalau tak de duit nak beli barang tu, dia akan samade mencuri, memukul (malah bole membunuh), dsbnya. Dlm kes ni ibunya jadi mangsa.
Nak tanya juga, bapanya mana? Takkan bapanya lepas tangan aje. Kesian ibunya, mungkin sibuk cari duit, anak2 terpengaruh kawan2 tak betul, ibunya tak perasan.
Punca terjadi ikut kes by kes. Sapa pun tak nak anak jahat/bermasaalah, jadi kena siasat puncanya kes by kes.
Bagus le budak tu kalau masuk pusat pemulihan, paksa mandi dari air kolah yg telah menerima seruan azan, ayat2 quran & kasi minum air yasin banyak2 supaya keluar toksik kotor & beracun tu, diganti dengan ilmu2 agama & amalan.
Dalam pada itu ibu & bapanya kena maafkan & berdoa utknya & selalu ziarahnya. InsyaAllah bole berubah. Tu le, DSNA puas dah ajak rakyatnya pada Islam, ramai yang buat dek aje.
Tak pe, selagi nyawa masih di badan, peluang utk kembali padaNya masih terbuka.
Sama2 kita berdoa kebaikan untuknya & sedara2 kita.
Maaf ye, kalau perokok2 yg baca komen ni kerana ditujukan khas kepada mu.
Engkau merokok masa umur berapa? Ko belajar dari siapa? Dari mak bapa ko ke? Mak ko tentu tak kan, tapi kalau bapa ko merokok, tentu ko belajar darinya walau pun dia mungkin tak nak anak2nya merokok.
Ade pulak tu yang suruh anak2nya belikan dia rokok. Ni aku selalu tengok. Dalam kes2 ni, aku lebih kesian pada para ibu2. Sebab hubungan dgn anaknya dah terpaut sejak dari kandungan, kemudian dia menyusukan, membela & membelai, kasih sayangnya sangat tinggi berbanding para bapa2 yg kadang2 nafkah isteri, anak2 diabaikan, apalagi isterinya bekerja.
Rokok tu sepupu sepipit dadah le. Bole bergaduh laki bini kalau bini asyik membebel kat laki yang duit belanja dapur selalu miss sbb buat beli rokok.
Hai perokok, kesianlah pada ibu, isteri & anak2 ko. Berhentilah, walau ko banyak duit.
sokong perokok kebanyakan tak displin, kat mana2 dia pentingkan diri sendiri merokok depan kita yg tak merokok, kalau ditegur, kita pula dimarahnya. Adil ke tu?
Bau busuk jangan kata le. Isteri2 & anak2 perempuan memang selalu sabar. Tapi anak2 lelaki tak de hal sebab dia dah mula curi2 merokok seawal sekolah rendah.
Mentang2 efek tak sama macam ketagih dadah, perokok2 buat selamba aje, malah turut mengulas kalau anak2 merokok, disalahkan org lain .
Catat Ulasan