8 Dis 2013

Rakam, Sebar Aksi Seks Jadi Budaya ‘Gila’ Di Internet


Isu kejatuhan moral golongan muda acapkali menjadi isu yang mencetuskan perdebatan, sama ada di media massa atau di forum-forum sosial.

Pelbagai faktor dijadikan sandaran dan paling popular ialah pengaruh ledakan teknologi serta penyebaran budaya popular barat yang mempengaruhi corak pemikiran dan budaya anak-anak muda.

Salah satu gejala negatif yang terus mendapat perhatian ialah keberanian anak-anak muda untuk melakukan perbuatan di luar norma-norma agama termasuk melakukan perbuatan sumbang dan bertindak lebih eksrem dengan menyebarkannya di laman-laman sosial.

Portal Mynewshub ada mengulas mengenai ratusan aksi seks yang tersebar di internet sejak kebelakangan ini.

Malah portal itu mendakwa, ada yang mendakwa jumlah tersebut mungkin mencecah ribuan apatah lagi pelbagai aplikasi yang wujud sekarang sekarang ini terutama melalui telefon bimbit pintar yang membolehkan ia tersebar secara meluas.

Malangnya, walaupun isu ini sudah lama didedah dan diperbincangkan, ternyata ia seolah-olah tidak dijadikan iktibar, malah semakin hari ada saja rakaman aksi terlarang seumpama itu yang ‘muncul’.

Ia bermula dari golongan muda hinggalah yang kepada kumpulan warga emas juga masih sanggup merakamkan aksi seks mereka dan ‘berkongsi’ perbuatan terkutuk itu di laman sosial.

Mungkin ada yang sekadar mahu ‘mengabadikan’ aksi mereka untuk tontonan sendiri tetapi mereka tidak sedar akan padah yang menanti bila rakaman itu jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Malah, mereka yang dalam status VVIP pun terjebak dalam masalah ini.

Artis ada, guru juga terlibat malah mereka yang bergelar ustaz pun terheret sekali dalam kancah yang sungguh menjijikkan itu.

New Malaysian Post sebelum ini turut merungkai isu penyebaran gambar-gambar tidak senonoh dalam kalangan remaja sehingga mengundang kegelisahan masyarakat yang mahu masalah itu ditangani secara segera.

Persoalannya, sejauh mana pihak berkuasa bersungguh-sungguh menangani isu moral, lebih-lebih lagi apabila kita memperkatakan mengenai keperluan untuk menyediakan barisan kepimpinan masa depan.

Kita masih ingat bagaimana pasangan seks, Alvian dan Vivian yang secara terbuka mengakui mereka melakukan aksi seks dan menyebarkannya di laman sosial atas prinsip kebebasan hak asasi.

Jangan sampai suatu hari nanti, ia menjadi budaya golongan anak muda lain untuk membuat perkara terkutuk itu dengan menggunakan alasan yang sama. -NMP

ULASAN GB

Yang kes remaja sebarkan video lucah rakaman sendiri satu hal. Yang lebih menjijikkan ialah perbuatan sesetengah pihak membuat video-video palsu untuk menjatuhkan terutamanya pemimpin PR. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan dimana penyebar video-video palsu itu pasti menerima hukuman. Contohnya si papagomo - selagi tidak bertaubat, sampai mati pun rohnya tidak akan tenang.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kejatuhan moral dissbabkan pemimpin yang korup...korup dari segi akhlak..akidah danyang paling haprak sokobg lgbt dan murtad..pemimpin ini masih ada juga menjadi idola pada pengikut yng sokobg membabi buta..peliwat dan penzina dangkat jadi pmimpin...

Mohd Nizam Hasim berkata...

Macai macai... belum mati,wa rasa lu ahli neraka, apa masalahnya pihak berkuasa ada kasi kantoi la, kalau tak mau kasi PR perintah la bod.... amek kau.

Ebra Heim berkata...

Ya betul...itu sebab Ketua Audit Negara telah melaporkan banyak ketirisan wang negara hampir 20 bilion setahun...kita bimbang pemimpin yang bermaksiat ini menjadi dalang tidak berkatnya ekonomi negara.

Dino JAWI berkata...

Di negara kita nie ada macam-macam pihak berkuasa.........Foto atau video yg dimuatnaik tu banyak yg jelas akan rupa paras si pelaku, so burulah mereka. Antara hukuman dan didikan yg boleh dilaksanakan ialah dengan memberikan amaran keras dan masukkan mereka ke kem pemulihan....3 bulan ke, 6 bulan ke...insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Well nak dikatakan macam mana beb puak UMNO kerja diaorang hanya nak fikir mcam mana nak pau duit rakyat. Masalah sosial macam ini tak payah risau kasih sahaja orang bawahan buat.

hello UMNO since lu yg berkuasa lu kena bertangungjawab atas masalah sosial remeja bukan main lepas sahaja tangungjawab kepada orang bawahan beb.

Jangan menyesal nanti anak lu sendiri wahai pemimpin UMNO yang terlibat gejala sosial ini.

Ingat orang bijak akan mengelak dahulu sebelum terkena masalah, elakkan daripada nasi menjadi bubur. Tapi bagi orang bodoh macam umat melayu kena dahulu baru nak mengelak. Kalau sudah terkena baru nak mengelakkan dah tiada guna beb sebab mana mungkin bubur boleh bertukar semula menjadi nasi.